Sunday, December 20, 2009

Tak cukup ilmu rumah tangga


Anak Teruna Tua


"Akh, enta tak nak kahwin lagi kah?ana rasa enta sudah layak berkahwin.Tua-tua sangat, takut jadi antertu"tanya Ahmad pada sahabatnya Muadz dalam nada gurauan.

"Adakah istilah 'antertu' dalam kamus dewan?em..ana bukan apa. ana tak cukup ilmu dalam berumah tangga lagi."jawab Muadz sedikit tertawa.

"Aik, bukankah enta sudah mengikuti kursus perkahwinan sampai dua kali?"tanya Ahmad kehairanan.

"Itu tak cukup. Ana nak pastikan ana sudah betul-betul cukup ilmu mengurus rumah tangga, ilmu mengurus anak, ilmu menjaga hati isteri, ilmu menjaga hati mertua, ...(harap maaf, dek kerana terlalu banyak ilmu yang Muadz senaraikan, saya terpaksa memotong sedikit dialog ini)...dan ilmu rumah tangga berkekalan, barula ana akan kahwin. Walaupun ana sudah menghadiri 10 ceramah berkaitan hal perkahwinan, ana masih rasa ilmu ana ini tak cukup."jawab Muadz dengan panjang lebar.

Petikan di atas hanya lah sekadar analogi dan hanya rekaan..

Sebenarnya jarang sekali hal sebegini terjadi dalam kalangan masyarakat terutama ikhwah.

Kebiasaannya, bagi mereka yang berkeinginan untuk berkahwin, soal cukup ilmu atau tidak bukan lagi menjadi persoalan. Hal ini disebabkan keinginan mengatasi segalanya.

Sesetengah orang berpendapat lebih banyak ilmu perkahwinan yang dapat dipelajari sesudah mereka menjalani perkahwinan tersebut.

Topik Sebenar

Namun bukan soal perkahwinan yang ingin saya bincangkan kali ini, saya hanya mahu mengajak sahabat-sahabat berfikir wajarkah ayat 'saya tak cukup ilmu' dijadikan alasan untuk tidak menghadiri temuduga kerja 'full-time dakwah'.

Seringkali kita dengar..

"Minah, boleh tak awak bawa usrah adik-adik pula? Dari pemerhatian akak, akak rasa awak layak."tanya kak Ros.

"Saya tak boleh, kak. Saya tak layak, saya tak cukup ilmu. Sirah Nabi Muhammad pun saya tak habis kaji. Macam mana nak pegang usrah? Kak Ros cuba tanya usrah-mate yang lain pula ya..."Jawab Minah sambil menunduk.

Biasa juga kita dengar alasan-alasan seperti..

“Tunggu aku cukup ilmu dulu..”

“Biar ustaz-ustaz saja lah yang buat kerja-kerja dakwah ini…”

“Tak reti la..”


Gergorius Theodorus

Sebelum membincangkan hal ini lebih lanjut, ingin saya membawa sahabat mengenali Gergorius. Beliau merupakan seorang panglima Rom yang sangat handal dan terbilang.

Allahu Akbar! Kisah beliau memeluk Islam sungguh unik. Bagi mereka yang sejak azali tidak gemar membaca sejarah (seperti saya), saya harap kali ini lapangkan hati untuk membacanya..^-^

* ini bukan gambar Gergorius

Sebelum Perang Yarmuk bermula, dua orang panglima daripada setiap tentera Islam dan Rom akan berentap di medan perang terlebih dahulu. Lawan bagi Gergorius ialah Khalid al-Walid, Saifullah-Pedang Allah.

Dalam pertarungan antara mereka berdua, ternyata kedua-duanya sama handal. Ketika Panglima Rom itu melancarkan serangan maut, Khalid al-Walid dapat menangkisnya dan begitula sebaliknya.

Sedang mereka asyik bertarung, tiba-tiba Gergorius minta berhenti berlawan sebentar untuk berbual seketika. Tentera Rom dan Tentera Islam hairan melihat dua pahlawan tersebut berbual di saat-saat yang genting ini.

Ada banyak soalan yang dikemukakan oleh Gergorius kepada Khalid al-Walid, salah satu soalan ialah

"Apakah orang yang baru memeluk agama tuan pada hari ini akan mendapat pahala dan kedudukan yang sama dengan saudara?" tanya Gergorius.

"Mereka lebih mulia daripada kami." jawab Khalid al-Walid.

Gergorius bertanya kenapa begitu.

"Kami yang hidup pada zaman Nabi(s.a.w) dapat melihat sendiri kebesaran dan keajaibannya.""Ada juga yang tak pernah bertemu dengan Rasulullah s.a.w. Selain itu, mereka juga tak pernah tengok kebesaran dan keajaiban baginda. Walaupun begitu, oleh sebab mereka menerima agama Islam dengan ikhlas, mereka lebih dimuliakan daripada kami."terang Khalid al-Walid.

(Sengaja saya memilih soalan ini di antara soalan-soalan yang lain kerana 'MEREKA' = kita semua..insyaAllah)

Saat itu jugalah Gergorius memeluk Islam lalu menyertai tentera Islam. Peperangan terhenti seketika..

Selain dua kalimah syahadah, Gergorius hanya sempat mempelajari cara mengerjakan solat sunat daripada Khalid.

Peperangan bermula pada hari berikutnya...dan akhirnya beliau mati syahid.

Kisahnya seakan-akan Sumayah yang hanya tahu kalimah lailahailallah sebelum syahid..namun pada zaman Sumayah, Al-Quran belum turun sepenuhnya manakala pada zaman Khalid, hukum-hukum, ibadah-ibadah sudah diturunkan oleh Allah. Jadi, perumpamaan yang lebih tepat, zaman Khalid seperti zaman sekarang . Sudah ada ilmu-ilmu yang perlu diketahui.

Gergorius jihad dengan cara berperang walaupun 'tak cukup ilmu', jihad yang mempertaruhkan nyawa.

Manakala kita menjadikan alasan 'saya tak cukup ilmu' untuk membebaskan diri dari berjihad yang hanya menggunakan harta dan masa. Jauh sekali jihad korban NYAWA. Astaghfirullah..wajarkah????!!

Golongan itu

Ingatlah perintah Allah s.w.t iaitu:

وَلْتَكُن مِّنكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَأُوْلَـئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung. (3:104)

'Segolongan' yang dimaksudkan oleh Allah s.w.t tidak hanya tertuju kepada ustaz-ulama..Kita yang 'tak cukup ilmu' pun termasuk. Jadi, mai pakat kita jadi SEGOLONGAN itu!!

~Tak cukup ilmu boleh dicukupkan, tapi masa di dunia tak cukup untuk cukupkan ilmu SAHAJA..kena juga beKERJA~

Wallahu`alam