Thursday, November 26, 2009

Business???



Salam Aidil Adha buat pembaca c-u-d jannah.
Kebiasaannya, di Kelantan, sambutan Hari Raya Aidil Adha lebih meriah berbanding AidilFitri. Begitulah juga keadaannya di negara Arab.

Ada yang sedang menjalankan haji di tanah suci Mekah, ada juga yang sudah bersedia untuk dikorbankan (lembu, unta, kambing)...

Jadi, jom la kita semua pakat berKORBAN seiring pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s.

kalau macam itu, jom join buat bisnes!!!

"Sesungguhnya Allah telah MEMBELI dari orang-orang yang beriman akan JIWA mereka dan HARTA BENDA mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh SYURGA, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar."(At-Taubah:111)