Tuesday, December 14, 2010

Di Hari Pernikahanmu


Sedih..
Tapi apa kan daya..
Allah Maha Merancang segalanya..
Akhir minggu ini dirimu akan diikat dengan pilihanmu..
Maka ku harap, moga kalian berkekalan hingga ke syurga..

Saling ingat-mengingati tujuan Allah menciptakan kita..
Saling bertolak ansur dalam rumah tangga..
Saling lebih memberi daripada menerima..
Saling kasih mengasihi kerana-Nya..

Wahai si dia yang menjadi pilihanmu,
Jagalah pasanganmu sebaiknya..
Pimpinlah dia mengecapi jannah yang diimpikan semua..

Wahai dikau yang bakal menamatkan zaman single mu,
Doaku mengiringi dirimu..

Walaupun diriku tiada di hari persandinganmu..
Walaupun jauh dari pandangan matamu..
Walaupun diriku jauh di perantauan..
Dikau tetap di hatiku..
Menjadi pemangkin cita-cita ku..

Wahai kakakku sayang..
Semoga berbahagia dan berkekalan bersama bakal suamimu..amin~

Adikmu,
Manipal, India

p/s: kalau kakak saya baca ni, mesti dia tergelak-gelak..hahaha

1 comment:

adziemah said...

petikan dari sebuah emel

"Ingin kami kongsikan sebuah kisah sempena walimahtul urus ini.,,

Seperti lazimnya upacara pernikahan di masa sekarang, para tetamu pasti memberi ucapan selamat sekaligus doa mengiringi.

"Semoga bahagia dan banyak anak," kata para tetamu kepada sang pengantin.

Menerima ucapan selamat seperti itu, seorang sahabat, Uqail bin Abu Talib lantas teringat kepada pesan Rasulullah. Kemudian dia berkata,

"Janganlah kalian mengatakan demikian, kerana sesungguhnya Rasulullah s.a.w melarang hal tersebut"

"Kalau demikian, apa yang harus kami katakan wahai Abu Zaid?"

"Katakanlah, Semoga Allah membarakahi kamu dan melimpahkan barakah kepada kamu dan menghimpunkan kamu berdua dalam kebaikan" (Hadis)

Sunnah bagi kita mendoakan saudara kita yang akan melangsungkan pernikahan dengan doa barakah. Mudah-mudahan pernikahan itu barakah bagi pengantin dan barakah atas orang-orang disekelilingnya. Memperolehi anak yang barakah, rezeki utk dunia dan akhirat. Allahualam..