Hari ini hati saya riang tak terkata..orang kata, dalam hati ada taman.
Di sebabkan tak sesuai untuk saya share di facebook, maka saya ceritakan di sini.
Walaupun saya sudah membawa usrah sejak dari intec, saya sebenarnya sedar bahawa saya tidaklah pandai berkata-kata, pandai memberi tazkirah. Kadang-kadang rasa rendah diri tiap kali nak usrah. Tak kira lah usrah darat mahupun usrah online.
Antara yang saya fikirkan,
"Adik-adik boleh fahamkah apa yang aku cakapkan ni?"
"Dorang boring tak agaknya dengar ape yang aku sharekan ni?"
"Tersentuh tak hati dorang dengan tazkirah kali ni?"
Semua benda akan saya fikir. Rendah diri sungguh. Lebih-lebih lagi kalau usrah sekali dengan kawan baik saya,Fatin. Sebab dia lagi mahir berceramah, sharing2. Perwatakannya seperti YB, yakin dan mesra. ^.^
Kisah bermula pada awal minggu lepas. Kami ada usrah online. Dan saya yang memberi tazkirah. Seusai memberi tazkirah berkenaan futur,seperti kebiasaan, rasa rendah diri itu timbul. Terasa jauh hati selepas memberi tazkirah tempoh hari, kerana saya sendiri sedar akan tazkirah saya yang boring dan tak best.
Sehingga saya merasakan 'lepas ni aku taknak bagi tazkirah lagi utk usrah online minggu depan'. Sedih hati bukan kepalang.Saya luahkan pada Fatin, "Kita tak pandai bagi tazkirah. Mesti semua orang boring. Sedihnya."
"Mana ada ziema,ok je la awak bagi tazkirah tadi." Fatin memujuk walaupun ku tahu hakikat sebenar.
Namun, saya sentiasa mengingatkan diri saya supaya bersihkan niat kerana Allah. Kerana dengan hati yang bersih, niat yang ikhlas, saya tak kan sibuk berfikir pandangan orang lain. Kerana kita tahu bukan pujian yang kita inginkan tetapi tercapai ibrah yang ingin di sampaikan.
Rasa tak bersemangat berterusan sehinggalah hari ini, saya melihat di facebook.
Ex-adik usrah saya, post sesuatu di facebook nya.
Post nya benar2 menyentuh hati saya.

Ya Allah, hati saya sebak sungguh. Terlalu lama jarak masa peristiwa itu dengan sekarang. Lebih setahun sudah berlalu. Tapi masih diingati walhal saya membawa usrahnya sekejap sahaja.
Tuhan sahaja tahu perasaan saya apabila adik usrah mengingati nasihat2 kita sebagai kak naqibah.
Sungguh membahagiakan dan mendamaikan.
Lantas saya memberi mesej kepada Fatin, sahabat yang saya mengadu masalah2 suka dan duka.
'Betul tu fatin, Allah sedang memujuk hati kite yang kesedihan.'
Subhanallah..Tarbiyah Allah itu Maha Hebat.
'Teruskanlah memberi peringatan Adziemah, kerana hati manusia itu Allah yang pegang. Bukan kau. Maka berdoalah semoga Allah menjadikan kata2 kau yang biasa itu dapat menyentuh hati adik2. Ingatlah, mereka berubah bukan kerana kau tapi Allah yang berkehendak dan kau cuma sebagai asbab.'
Dalam pada saya gembira, tak boleh dinafikan bahawa ibrah yang besar buat diri saya ialah, semua tazkirah yang saya ucapkan, ungkapkan, share kan kepada orang sekeliling, sebenarnya menjadi amanah buat saya sendiri untuk mengotakan apa yang saya katakan. Membuatkan saya teringat ayat Al-Quran dari surah A-Saff.
Maksud: "Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya." (As-Saff: 2,3)
Perkara yang paling saya takuti..Allahu rabbi, nauzubillahi min zalik
"Ya Allah, Engkau peliharalah hatiku agar terus istiqamah dalam beramal dengan perkara yang aku sebutkan.Amin ya Rabb"