Hari ini ukhti sekelas nikah.
Tapi rasanya seperti saya yang terlebih teruja..haha
Sungguh tak sangka ainfa yang
pertama kahwin dalam batch kami. Diam2 ubi berisi.
Perjalanan yang jauh dari Melaka
ke Parit Buntar Perak. Bertolak seawal 3.30pagi dan sampai sekitar 10 pagi.
Ini lah pengalaman pertama
mengikuti acara akad nikah dari jarak dekat. Dapat saya dengar setiap ayat tok
kadi.
Tok kadi berkata,
“Kepada saudari yang tidak
menutup aurat dan haidh, mohon kerjasama untuk duduk di luar masjid kerana
hukumnya haram.”
“Buat pengantin, selepas akad
nikah kita akan ada majlis batal wuduk, ketahuilah bahawa kita sebagai umat
islam, tidak sewajarnya kita bermesra seperti cium pipi, cium dahi isteri di
khalayak ramai kerana ia akan menjatuhkan maruah seseorang. Namun sebagai
menghormati adat, kita akan lakukan majlis tersebut tetapi sekadar bersalaman
suami isteri,”
Seusai akad nikah dengan satu
lafaz, maka sah lah sahabat saya bergelar isteri. Saya lihat suaminya, iaitu
juga merupakan rakan sekelas saya, dia pergi bersalaman dengan ibunya yang
berpurdah.
Terharu saya melihat seorang anak
lelaki cuba menenangkan ibunya yang menangis teresak-esak. Mungkin kerana sedih
anak terunanya akan berjauhan dengannya. Dia menenangkan ibunya sambil mengucup
kepala ibunya beberapa kali. Tersentuh saya..alangkah sukar sekali melihat anak
lelaki mengasihi ibunya di khalayak ramai kerana ramainya yang ego dan malu.
Moga bakal suamiku juga seorang
yang sangat kasih kepada ibunya, kerana sudah pastilah dia juga akan kasih
kepada isterinya.
Pengalaman ini betul2 memberikan
impak kepada saya, saya akui saya pon tertanya-tanya apakah kisah episode
pernikahan saya.
Dengan siapa?
Bila?
Semuanya bermain di minda.
Namun satu yang saya pasti, Allah
akan memberikan jodoh yang terbaik buat saya. Tapi saya sentiasa bermuhasah
diri. Andai kita pon biasa2, mana mungkin jodoh dengan lelaki yang saya idamkan
itu.
Lelaki yang saya idamkan,
Seorang yang dapat membimbing
saya menuju Rabb, bersama2 berjuang dalam jalan dakwah dan tarbiyah.
Yang akan
mengajak saya,
“mari kita sama-sama ke masjid,
ada ceramah.”
“mari kita ke pondok untuk bertalaqqi”
“mari sibukkan diri dengan gerak
kerja jemaah”
Seorang yang mampu mengajar saya
ilmu-ilmu akhirat. Mampu menjawab soalan-soalan berkaitan akhirat.
Yang apabila di tanya“bagaimana
cara bacaan ayat al-quran ni?”
“begini caranya.”
“apa hukum puasa setelah habis
haidh tetapi baru mandi junub selepas subuh?”
“ooo hukumnya sekian sekian”
“apa itu hadith maudhu`?”
“ooo itu maksudnya hadith
yang...sekian sekian”
“boleh kongsikan kisah yang
berlaku di mesir, Syria?”
“begini kisahnya....sekian sekian”
Dan juga seorang yang penyayang
kepada orang sekelilingnya.
Saya mempunyai impian sendiri
untuk majlis bersejarah saya kelak,
Moga saya mampu melaksanakan
impian saya.
Iaitu majlis yang tanpa perkara2
yang dimurkai Allah. Seperti mekap yang terlalu tebal, memakai pakaian ketat,
memakai bulu mata palsu. Moga Allah pelihara saya.
Pada saat akad nikah, saya
memakai pakaian putih, manakala bakal suami berjubah putih atau hitam dan
berkopiah putih tanpa inai dijarinya.
Seusai bakal suami saya
melafazkan akad, dia berpaling kearah saya. Kami saling menghadap. Dia pon
memperdengarkan surah yang dihafaznya. Iaitu surah yang saya pilih untuk
dihafaz oleh bakal suami saya dan saya. Hafaznya kami, beserta maksudnya. Moga2
beramal dengan maksud ayat tersebut di alam perkahwinan kelak.
Selepas itu, kami pon bersalaman
tanpa adegan2 selain daripada itu.
Setelah majlis akad nikah selesai
di pagi hari jumaat, kenduri pula diadakan samada hari ahad ataupun sabtu
keesokannya. Bermula selepas zohor(Pengantin hadir selepas solat zohor terlebih
dahulu) dan berakhir hingga ke 6 petang. Supaya mampu menyantuni sahabat2 yang datang
dari jauh. Bab ni mustahil berhasil sekiranya majlis berlangsung di dewan.
Kerana kebiasaannya pukul 3 terus meja2 di kemas. Masih berfikir tentang ini.
Boleh jadi kawasan rumah saya.
Majlis kenduri saya tanpa lagu2
karaoke mahupun lagu lagha yang kuat. Majlis bermula dengan qasidah selawat
daripada team qasidah yang terdiri daripada kanak2 dan beberapa orang dewasa.
Yang ni saya terfikir mahu mengajak team Qasidah The
Experience. Mana lah tau dapat murah sikit sebab kenalan sekelas. Mereka
semua berjubah putih duduk di atas pentas. Kemudian diselang seli dengan video
akad nikah tadi yang di mainkan menggunakan LCD projector di hadapan penonton.
Di selang seli dengan ucapan kami berdua, family terdekat, ucapan rakan2 yang
juga dirakam. Kemudian, memainkan satu lagu dari laptop, mungkin lagu Maher
Zain (lagu Barakallah). Selepas itu team qasidah pula memperdengarkan lagu ya
hanana ataupun selawat burdah. Kemudian selang seli dengan video hinggalah
majlis selesai.
Saya dan suami tidak bersanding
di atas pelamin di atas pentas. Tapi ada ruang pelamin yang sederhana di satu
sudut khas untuk bergambar bersama teman2 yang hadir buat kenangan.
Perihal tetamu pula, saya
berhajat mahu menjemput anak2 yatim ke majlis saya. Tak ramai, tapi kalau boleh
adalah jugak anak-anak yatim yang hadir. Dan mereka diraikan dengan mengumumkan
kedatangan mereka, mudah-mudahan ada yang berkemampuan dapat memberi sedekah
kepada mereka.
Bagi door gift pula, mungkin
boleh usahakan untuk memberi satu hadiah berbentuk makanan dan satu lagi
berbentuk ilmiah. Mungkin buku al-mathurat, amalan2 doa, ataupun himpunan hadith.
Sedang saya mengelamun tentang
hari bersejarah saya yang entah bila akan berlangsung, saya tersedar dari
lamunan panjang.
Mengeluh panjang...
Terlalu tinggi angan2..
Mahu punya suami yang begitu
begini sedangkan diri ini cuma seorang hamba yang banyak berdosa.
Ya Allah, saya tertunduk malu..
“Aku mahu suami yang `alim namun aku sendiri barangkali menjadi orang yang mengecewakan suami ku dek
kerana kurang nya ilmu dan kurangnya amal.”
“Aku mahu majlis begitu begini,
tapi mampukah aku mempunyai wang untuk merealisasikan nya.”
Akhirnya saya kembali ke alam nyata.
Usahlah bermimpi mahu suami yang
soleh andai diri pon tidak sesolehah mana.
Menyebabkan saya terfikir, “Kalau aku
mula solehahkan diri, pasti Allah menyediakan pasangan yang soleh buatku.”
Kemudian saya bermonolog, “Maka
sudah pasti aku tidak ikhlas dalam melakukan perubahan dalam diri.”
Jadi, saya bertekad, mahu
berusaha menjadi mujahidah solehah, supaya dikasihi dan dicintai Allah sentiasa
kerana itulah sebaik-baik impian yang akan kekal selamanya.
Iaitu cinta agung Maha Pencipta.
Dan aku serahkan urusan jodohku
kepadaNya kerana Dialah sebaik-baik perancang.
Amin ya rabbal `alamin~
1 comment:
nice ukhtiii,,, ^_^
Salam kenal dari saya, Juhra, from Bima, Indonesia
Post a Comment