Monday, September 2, 2013

Pernikahanku kelak

Hari ini ukhti sekelas nikah. Tapi rasanya seperti saya yang terlebih teruja..haha

Sungguh tak sangka ainfa yang pertama kahwin dalam batch kami. Diam2 ubi berisi.

Perjalanan yang jauh dari Melaka ke Parit Buntar Perak. Bertolak seawal 3.30pagi dan sampai sekitar 10 pagi.

Ini lah pengalaman pertama mengikuti acara akad nikah dari jarak dekat. Dapat saya dengar setiap ayat tok kadi.

Tok kadi berkata,

“Kepada saudari yang tidak menutup aurat dan haidh, mohon kerjasama untuk duduk di luar masjid kerana hukumnya haram.”

“Buat pengantin, selepas akad nikah kita akan ada majlis batal wuduk, ketahuilah bahawa kita sebagai umat islam, tidak sewajarnya kita bermesra seperti cium pipi, cium dahi isteri di khalayak ramai kerana ia akan menjatuhkan maruah seseorang. Namun sebagai menghormati adat, kita akan lakukan majlis tersebut tetapi sekadar bersalaman suami isteri,”

Seusai akad nikah dengan satu lafaz, maka sah lah sahabat saya bergelar isteri. Saya lihat suaminya, iaitu juga merupakan rakan sekelas saya, dia pergi bersalaman dengan ibunya yang berpurdah.
Terharu saya melihat seorang anak lelaki cuba menenangkan ibunya yang menangis teresak-esak. Mungkin kerana sedih anak terunanya akan berjauhan dengannya. Dia menenangkan ibunya sambil mengucup kepala ibunya beberapa kali. Tersentuh saya..alangkah sukar sekali melihat anak lelaki mengasihi ibunya di khalayak ramai kerana ramainya yang ego dan malu.

Moga bakal suamiku juga seorang yang sangat kasih kepada ibunya, kerana sudah pastilah dia juga akan kasih kepada isterinya.

Pengalaman ini betul2 memberikan impak kepada saya, saya akui saya pon tertanya-tanya apakah kisah episode pernikahan saya.

Dengan siapa?

Bila?

Semuanya bermain di minda.

Namun satu yang saya pasti, Allah akan memberikan jodoh yang terbaik buat saya. Tapi saya sentiasa bermuhasah diri. Andai kita pon biasa2, mana mungkin jodoh dengan lelaki yang saya idamkan itu.

Lelaki yang saya idamkan,
Seorang yang dapat membimbing saya menuju Rabb, bersama2 berjuang dalam jalan dakwah dan tarbiyah. 

Yang akan mengajak saya,
“mari kita sama-sama ke masjid, ada ceramah.”
“mari kita ke pondok untuk bertalaqqi”
“mari sibukkan diri dengan gerak kerja jemaah”

Seorang yang mampu mengajar saya ilmu-ilmu akhirat. Mampu menjawab soalan-soalan berkaitan akhirat.

Yang apabila di tanya“bagaimana cara bacaan ayat al-quran ni?”
“begini caranya.”

“apa hukum puasa setelah habis haidh tetapi baru mandi junub selepas subuh?”
“ooo hukumnya sekian sekian”

“apa itu hadith maudhu`?”
“ooo itu maksudnya hadith yang...sekian sekian”

“boleh kongsikan kisah yang berlaku di mesir, Syria?”
“begini kisahnya....sekian sekian”

Dan juga seorang yang penyayang kepada orang sekelilingnya.

Saya mempunyai impian sendiri untuk majlis bersejarah saya kelak,

Moga saya mampu melaksanakan impian saya.

Iaitu majlis yang tanpa perkara2 yang dimurkai Allah. Seperti mekap yang terlalu tebal, memakai pakaian ketat, memakai bulu mata palsu. Moga Allah pelihara saya.

Pada saat akad nikah, saya memakai pakaian putih, manakala bakal suami berjubah putih atau hitam dan berkopiah putih tanpa inai dijarinya.

Seusai bakal suami saya melafazkan akad, dia berpaling kearah saya. Kami saling menghadap. Dia pon memperdengarkan surah yang dihafaznya. Iaitu surah yang saya pilih untuk dihafaz oleh bakal suami saya dan saya. Hafaznya kami, beserta maksudnya. Moga2 beramal dengan maksud ayat tersebut di alam perkahwinan kelak.

Selepas itu, kami pon bersalaman tanpa adegan2 selain daripada itu.

Setelah majlis akad nikah selesai di pagi hari jumaat, kenduri pula diadakan samada hari ahad ataupun sabtu keesokannya. Bermula selepas zohor(Pengantin hadir selepas solat zohor terlebih dahulu) dan berakhir hingga ke 6 petang. Supaya mampu menyantuni sahabat2 yang datang dari jauh. Bab ni mustahil berhasil sekiranya majlis berlangsung di dewan. Kerana kebiasaannya pukul 3 terus meja2 di kemas. Masih berfikir tentang ini. Boleh jadi kawasan rumah saya.

Majlis kenduri saya tanpa lagu2 karaoke mahupun lagu lagha yang kuat. Majlis bermula dengan qasidah selawat daripada team qasidah yang terdiri daripada kanak2 dan beberapa orang dewasa. Yang ni saya terfikir mahu mengajak team Qasidah The Experience. Mana lah tau dapat murah sikit sebab kenalan sekelas. Mereka semua berjubah putih duduk di atas pentas. Kemudian diselang seli dengan video akad nikah tadi yang di mainkan menggunakan LCD projector di hadapan penonton. Di selang seli dengan ucapan kami berdua, family terdekat, ucapan rakan2 yang juga dirakam. Kemudian, memainkan satu lagu dari laptop, mungkin lagu Maher Zain (lagu Barakallah). Selepas itu team qasidah pula memperdengarkan lagu ya hanana ataupun selawat burdah. Kemudian selang seli dengan video hinggalah majlis selesai.

Saya dan suami tidak bersanding di atas pelamin di atas pentas. Tapi ada ruang pelamin yang sederhana di satu sudut khas untuk bergambar bersama teman2 yang hadir buat kenangan.

Perihal tetamu pula, saya berhajat mahu menjemput anak2 yatim ke majlis saya. Tak ramai, tapi kalau boleh adalah jugak anak-anak yatim yang hadir. Dan mereka diraikan dengan mengumumkan kedatangan mereka, mudah-mudahan ada yang berkemampuan dapat memberi sedekah kepada mereka.

Bagi door gift pula, mungkin boleh usahakan untuk memberi satu hadiah berbentuk makanan dan satu lagi berbentuk ilmiah. Mungkin buku al-mathurat, amalan2 doa, ataupun himpunan hadith.

Sedang saya mengelamun tentang hari bersejarah saya yang entah bila akan berlangsung, saya tersedar dari lamunan panjang.

Mengeluh panjang...

Terlalu tinggi angan2..

Mahu punya suami yang begitu begini sedangkan diri ini cuma seorang hamba yang banyak berdosa.

Ya Allah, saya tertunduk malu..

“Aku mahu suami yang `alim namun aku sendiri barangkali menjadi orang yang mengecewakan suami ku dek kerana kurang nya ilmu dan kurangnya amal.”

“Aku mahu majlis begitu begini, tapi mampukah aku mempunyai wang untuk merealisasikan nya.”
  
Akhirnya saya kembali ke alam nyata.

Usahlah bermimpi mahu suami yang soleh andai diri pon tidak sesolehah mana.

Menyebabkan saya terfikir, “Kalau aku mula solehahkan diri, pasti Allah menyediakan pasangan yang soleh buatku.”

Kemudian saya bermonolog, “Maka sudah pasti aku tidak ikhlas dalam melakukan perubahan dalam diri.”

Jadi, saya bertekad, mahu berusaha menjadi mujahidah solehah, supaya dikasihi dan dicintai Allah sentiasa kerana itulah sebaik-baik impian yang akan kekal selamanya.

Iaitu cinta agung Maha Pencipta.

Dan aku serahkan urusan jodohku kepadaNya kerana Dialah sebaik-baik perancang.


Amin ya rabbal `alamin~

1 comment:

Unknown said...

nice ukhtiii,,, ^_^
Salam kenal dari saya, Juhra, from Bima, Indonesia