Wednesday, August 28, 2013

Pengajianku di Pondok Baitul Qurra`

Baru-baru ini Allah izinkan saya ke pondok Baitul Qurra`.
Program Daurah Musim Panas(DAMSAS) selama 2 minggu tapi saya hanya mampu mengikuti selama 4 hari disebabkan kekangan ada kuliah medic di kolej.Walaupun 4 hari sahaja, tapi pengalaman tersebut sgt memberi impak positif kepada saya.Alhamdulillah

Syukur sangat dengan nikmat kegembiraan ni hinggakan saya memang nak sangat2 share kan pengalaman dengan semua.

6 bulan yang lalu,

"Ya Allah, kat mana aku nak cari tempat utk menadah ilmu agama, aku jahil sangat.Banyak benda basic pon xtau"

Sehinggalah saya menonton cerita Warkah Cinta. Cerita itulah yang membawa saya kepada idea utk belajar di pondok.
Pelbagai usaha saya lakukan utk mencari ruang dan jalan utk ke pondok Baitul Qurra` yang berdekatan dengan kolej saya. 
Pelbagai persoalan di minda saya,
"Bolehkah kalau hanya mengaji pondok selama 2 minggu(kerana itu sahaja cuti yang saya ada)?"
"Berapa bayaran?"

1 bulan yang lalu, 

Saya dapat invitation utk ke satu daurah, belajar kitab usuluddin, safinatun najah dan mau`izatul hasanah. Gembira hati bukan kepalang. Duit bkn lagi persoalan walaupun tengah kekeringan duit.

Maka bermulalah episod ku di sana...

22hb Ogos 2013

Sewaktu mula-mula menjejakkan kaki, perasaan pertama ialah eksited. kemudian saya toleh ke satu sudut, beberapa pondok dhaif, kecil je, tidak bercat warna atau apa. Kata kawan, itulah tempat pelajar pondok muslimin tidur. Tak ada kipas, cuma ada lampu. Rasa sayu pula. Mungkin sengaja dibiarkan begitu supaya rasa susah nya belajar. Mungkin juga kekurangan dana. Saya tak sempat utk bertanya lanjut. Kemudian masuk sahaja ke dalam tempat penginapan muslimat, perasaan bertukar kepada rasa inferior. Mana tak nya, kebanyakan nya bertudung labuh dan berniqab. Huhu. Kerdil rasa diri ini. Di tambah pula saya dan kawan saya(Sen) yang paling tua. dan yang paling muda usia 16 tahun. 

Tapi sekejap je, lepas tu saya rasa selesa, kerana semuanya melayan dengan penuh ramah. Sekarang ni pon da rasa rindu pada adik2 tu.

 Kuliah dimulakan dengan belajar kitab Usuluddin (pokok-pokok atau asas-asas agama) yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Zulkifli Ismail. Tak sangka guru pondok kelakar. Penyampaian yang bersahaja. Penyampaian yang memang sampai ke hati. Cuma bila ustaz baca directly from kitab tu, pening jugakla..sbb berbelit-belit. Contoh "tiadanya Allah itu tiada". Huhu. 

24hb Ogos 2013

“Alhamdulillah hari ini sheikhuna iaitu Sheikh Nuruddin Al-Banjari akan hadir memberikan kuliah Dhuha di Baitul Qurra’.”Kata Ustaz Zul

Tak sabar saya rasa. Selama ini dengar nama kat televisyen dan disebut2 oleh rakan2, untung rasa sebab dapat bertemu live.

Kuliah Dhuha ini terbuka bagi semua orang. Maka penuhlah Baitul Qurra pagi itu dengan makcik2 pakcik2 sekeluarga yang tinggal berdekatan.

Memang saya tak sangka, penyampaian Sheikh Nuruddin sangat bersahaja, dengan bahasa Indonesia, ditambah lawak-lawak yang kelakar, memang tak kering gusi. Saya senyum memanjang sepanjang kuliah. Terkadang saya menangis, kerana benar2 menyentuh hati bila diceritakan kisah2 orang2 yang soleh.

Hati saya memang tenang sangat ketika itu. Patutlah Ustaz Zul sentiasa memuji beliau sepanjang kuliah2 kami.

Pada malam harinya,

Kami diberitahu ada Habib Syech As-Seggaf akan berqasidah dalam program Melaka Berselawat di Stadium Kubu Melaka, dekat sahaja dengan pondok Baitul Qurra.

Makin teruja saya, selama ni tengok dalam tv, semua yang hadir pakai baju putih..rasa suci, bersih dan tenang je.

Tapi, Ustaz Zul hanya membenarkan muslimin je yang boleh pergi. Bagi muslimat, kami hanya boleh pergi sekiranya wali(ayah atau keluarga) izinkan dan wali datang jemput dan pergi ke sana bersama2 wali. Saya masih rasa sedih sebab tak dapat ikuti program itu, tapi saya pujuk diri kerana tsiqah dengan ustaz Zul. Pasti ada hikmah.

25 Ogos 2013

Hari ini ada kuliah Dhuha yang akan disampaikan oleh Ustaz Zul, penuh Baitul Qurra dengan orang ramai. Dari atuk yang berusia, hinggalah bayi kecil.

Kuliah mengenai hadith rasulullah tentang seorang lelaki yang berbuat baik kepada anjing yang dahaga. Seperti kebiasaanya, saya rasa tersentuh dengan pengisian beliau.

Seusai kuliah, ustaz mengalu-alukan seorang bekas pelajar beliau yang merupakan salah seorang yang dipilih sebagai tenaga pengajar di Universiti Al-Azhar. Fuh, bukan calang-calang orang yang terpilih. Maknanya dia memang seorang yang `alim dan ilmunya diiktiraf oleh universiti Al-Azhar. Orang kedah rasanya, umur baru 27 tahun. Ustaz Azam namanya. Saya terfikir nanti umur 27 tahun tak tahu lah apa yang hebatnya dengan diri ini..huhu

Ustaz Azam berkongsi 5 perkara yang dia belajar daripada Ustaz Zul dan apa yang dia dapat di Baitul Qurra`. Yang saya ingat,  Fokus kepada pembelajaran(bersungguh-sungguh),  Adab menuntut ilmu.

Selesai Ustaz Azam memberi tazkirah, ustaz Zul menutup majlis, ustaz cakap
”ok, anak-anak, mari kat ustaz, ustaz doakan”
Memang terharu saya melihat situasi itu, betapa ramai kanak2 berlari mengerumuni ustaz zul di hadapan, dari kanak2 yang besar hinggalah sekecil2 bayi yang didukung oleh ayah mereka. Jarang kita lihat orang awam mahu mendekati ustaz2, ulama2 apatah lagi budak2 yang masih kecil. 

Lagak mereka seperti di ajak  ”anak-anak, mari sini ambil gula-gula!!”


Itulah antara kisah yang saya akan sematkan dalam hati saya sampai bila2.Di sinilah saya belajar erti ketenangan pabila kita bersama orang yang soleh. Moga Allah berikan peluang sebegini lagi. InsyaAllah. Amin ya Rabbal `alamin~

13 comments:

Hafiz Rahim said...

Salam. Tlg whatsapp saya kak. 010 2877891. Ada banyak pertanyaan ttg pondok ni . Jazakillah

Anonymous said...

Salam. Tolong whatsapp sy jg nama nis di 0133702726 sbg nak tny ttg pondok ni..

Anonymous said...

Salam. Tolong whatsapp sy jg nama nis di 0133702726 sbg nak tny ttg pondok ni..

Anonymous said...

salam sis . please wasap me 0139685562 . saya berminat nak masuk pondok ny dan nak bertanya sengan sis pasal pondok ny . please wasap . i'm begging you . saya nak berubah dah perlu pertolongan daro org berpengalaman

Anonymous said...

Assalamualaikum kak.sy jga brminat nk tau lbh lnjut brknaan pndok ni.klo akk x kberatan n free tlong wasap sy ye.0145141261

nur azma said...

Assalamualaikum kakak....
boleh sy tau mcm mne nk memdaftar kt sane..? Baitul qurra...

nur azma said...

Kakak...sy berminat nk belajar kat sane...tolonglah kakak...hidup sy tak menentu sekrg ni..

fyqa tyra said...

Assalammualaikum akak..boleh pm sy berkaitan sekolah pondok ini..sy ingin belajar agama sebelum melanjutkan pelajaran di ipt semula..ini no whatsapp sy 0135267805

Nabila Z said...

salam sahabat@ semua bole join majlis ilmu daurah baitul qurro' damsas 3.0 10-20 ogos 2015 nie . search damsas 3.0 kat fb dan daftar online. doakan saya dan kawan2 semua dapat join sekali .in shaa Allah

Shahid abdul rahman said...

As salam. Tolong PM saya no HP Ustaz. Saya ingin nak belajar

Shahid abdul rahman said...

0192805899

Shahid abdul rahman said...

As salam. Tolong PM saya no HP Ustaz. Saya ingin nak belajar

Shahid abdul rahman said...

As salam. Tolong PM saya no HP Ustaz. Saya ingin nak belajar