Baru-baru ini Allah izinkan saya ke pondok Baitul Qurra`.
Program Daurah Musim Panas(DAMSAS) selama 2 minggu tapi
saya hanya mampu mengikuti selama 4 hari disebabkan kekangan ada kuliah medic
di kolej.Walaupun 4 hari sahaja, tapi pengalaman tersebut sgt memberi impak
positif kepada saya.Alhamdulillah
Syukur sangat dengan nikmat kegembiraan ni hinggakan saya
memang nak sangat2 share kan pengalaman dengan semua.
6 bulan yang lalu,
"Ya Allah, kat mana aku nak cari tempat utk menadah
ilmu agama, aku jahil sangat.Banyak benda basic pon xtau"
Sehinggalah saya menonton cerita Warkah Cinta. Cerita
itulah yang membawa saya kepada idea utk belajar di pondok.
Pelbagai usaha saya lakukan utk mencari ruang dan jalan utk
ke pondok Baitul Qurra` yang berdekatan dengan kolej saya.
Pelbagai persoalan di minda saya,
"Bolehkah kalau hanya mengaji pondok selama 2
minggu(kerana itu sahaja cuti yang saya ada)?"
"Berapa bayaran?"
1 bulan yang lalu,
Saya dapat invitation utk ke satu daurah, belajar kitab
usuluddin, safinatun najah dan mau`izatul hasanah. Gembira hati bukan kepalang.
Duit bkn lagi persoalan walaupun tengah kekeringan duit.
Maka bermulalah episod ku di sana...
22hb Ogos 2013
Sewaktu mula-mula menjejakkan kaki, perasaan pertama ialah
eksited. kemudian saya toleh ke satu sudut, beberapa pondok dhaif, kecil je,
tidak bercat warna atau apa. Kata kawan, itulah tempat pelajar pondok muslimin
tidur. Tak ada kipas, cuma ada lampu. Rasa sayu pula. Mungkin sengaja dibiarkan
begitu supaya rasa susah nya belajar. Mungkin juga kekurangan dana. Saya tak sempat
utk bertanya lanjut. Kemudian masuk sahaja ke dalam tempat penginapan muslimat,
perasaan bertukar kepada rasa inferior. Mana tak nya, kebanyakan nya bertudung
labuh dan berniqab. Huhu. Kerdil rasa diri ini. Di tambah pula saya dan kawan
saya(Sen) yang paling tua. dan yang paling muda usia 16 tahun.
Tapi sekejap je, lepas tu saya rasa selesa, kerana semuanya
melayan dengan penuh ramah. Sekarang ni pon da rasa rindu pada adik2 tu.
Kuliah dimulakan dengan belajar kitab Usuluddin
(pokok-pokok atau asas-asas agama) yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz
Zulkifli Ismail. Tak sangka guru pondok kelakar. Penyampaian yang bersahaja.
Penyampaian yang memang sampai ke hati. Cuma bila ustaz baca directly from
kitab tu, pening jugakla..sbb berbelit-belit. Contoh "tiadanya Allah itu
tiada". Huhu.
24hb Ogos 2013
“Alhamdulillah hari ini sheikhuna iaitu Sheikh Nuruddin
Al-Banjari akan hadir memberikan kuliah Dhuha di Baitul Qurra’.”Kata Ustaz Zul
Tak sabar saya rasa. Selama ini dengar nama kat televisyen
dan disebut2 oleh rakan2, untung rasa sebab dapat bertemu live.
Kuliah Dhuha ini terbuka bagi semua orang. Maka penuhlah
Baitul Qurra pagi itu dengan makcik2 pakcik2 sekeluarga yang tinggal
berdekatan.
Memang saya tak sangka, penyampaian Sheikh Nuruddin sangat
bersahaja, dengan bahasa Indonesia, ditambah lawak-lawak yang kelakar, memang
tak kering gusi. Saya senyum memanjang sepanjang kuliah. Terkadang saya
menangis, kerana benar2 menyentuh hati bila diceritakan kisah2 orang2 yang
soleh.
Hati saya memang tenang sangat ketika itu. Patutlah Ustaz
Zul sentiasa memuji beliau sepanjang kuliah2 kami.
Pada malam harinya,
Kami diberitahu ada Habib Syech As-Seggaf akan berqasidah
dalam program Melaka Berselawat di Stadium Kubu Melaka, dekat sahaja dengan
pondok Baitul Qurra.
Makin teruja saya, selama ni tengok dalam tv, semua yang
hadir pakai baju putih..rasa suci, bersih dan tenang je.
Tapi, Ustaz Zul hanya membenarkan muslimin je yang boleh
pergi. Bagi muslimat, kami hanya boleh pergi sekiranya wali(ayah atau keluarga) izinkan dan wali
datang jemput dan pergi ke sana bersama2 wali. Saya masih rasa sedih sebab tak
dapat ikuti program itu, tapi saya pujuk diri kerana tsiqah dengan ustaz Zul.
Pasti ada hikmah.
25 Ogos 2013
Hari ini ada kuliah Dhuha yang akan disampaikan oleh Ustaz
Zul, penuh Baitul Qurra dengan orang ramai. Dari atuk yang berusia, hinggalah
bayi kecil.
Kuliah mengenai hadith rasulullah tentang seorang lelaki
yang berbuat baik kepada anjing yang dahaga. Seperti kebiasaanya, saya rasa
tersentuh dengan pengisian beliau.
Seusai kuliah, ustaz mengalu-alukan seorang bekas pelajar
beliau yang merupakan salah seorang yang dipilih sebagai tenaga pengajar di
Universiti Al-Azhar. Fuh, bukan calang-calang orang yang terpilih. Maknanya dia
memang seorang yang `alim dan ilmunya diiktiraf oleh universiti Al-Azhar. Orang kedah rasanya, umur baru 27 tahun. Ustaz Azam
namanya. Saya terfikir nanti umur 27 tahun tak tahu lah apa yang hebatnya
dengan diri ini..huhu
Ustaz Azam berkongsi 5 perkara yang dia belajar
daripada Ustaz Zul dan apa yang dia dapat di Baitul Qurra`. Yang saya ingat, Fokus kepada pembelajaran(bersungguh-sungguh),
Adab menuntut ilmu.
Selesai Ustaz Azam memberi tazkirah, ustaz Zul
menutup majlis, ustaz cakap
”ok, anak-anak, mari kat ustaz, ustaz doakan”
Memang terharu saya melihat situasi itu, betapa
ramai kanak2 berlari mengerumuni ustaz zul di hadapan, dari kanak2 yang besar
hinggalah sekecil2 bayi yang didukung oleh ayah mereka. Jarang kita lihat orang
awam mahu mendekati ustaz2, ulama2 apatah lagi budak2 yang masih kecil.
Lagak mereka seperti di ajak ”anak-anak, mari sini
ambil gula-gula!!”
Itulah antara kisah yang saya akan sematkan dalam
hati saya sampai bila2.Di sinilah saya belajar erti ketenangan pabila kita bersama
orang yang soleh. Moga Allah berikan peluang sebegini lagi. InsyaAllah. Amin ya
Rabbal `alamin~
13 comments:
Salam. Tlg whatsapp saya kak. 010 2877891. Ada banyak pertanyaan ttg pondok ni . Jazakillah
Salam. Tolong whatsapp sy jg nama nis di 0133702726 sbg nak tny ttg pondok ni..
Salam. Tolong whatsapp sy jg nama nis di 0133702726 sbg nak tny ttg pondok ni..
salam sis . please wasap me 0139685562 . saya berminat nak masuk pondok ny dan nak bertanya sengan sis pasal pondok ny . please wasap . i'm begging you . saya nak berubah dah perlu pertolongan daro org berpengalaman
Assalamualaikum kak.sy jga brminat nk tau lbh lnjut brknaan pndok ni.klo akk x kberatan n free tlong wasap sy ye.0145141261
Assalamualaikum kakak....
boleh sy tau mcm mne nk memdaftar kt sane..? Baitul qurra...
Kakak...sy berminat nk belajar kat sane...tolonglah kakak...hidup sy tak menentu sekrg ni..
Assalammualaikum akak..boleh pm sy berkaitan sekolah pondok ini..sy ingin belajar agama sebelum melanjutkan pelajaran di ipt semula..ini no whatsapp sy 0135267805
salam sahabat@ semua bole join majlis ilmu daurah baitul qurro' damsas 3.0 10-20 ogos 2015 nie . search damsas 3.0 kat fb dan daftar online. doakan saya dan kawan2 semua dapat join sekali .in shaa Allah
As salam. Tolong PM saya no HP Ustaz. Saya ingin nak belajar
0192805899
As salam. Tolong PM saya no HP Ustaz. Saya ingin nak belajar
As salam. Tolong PM saya no HP Ustaz. Saya ingin nak belajar
Post a Comment