Wednesday, August 14, 2013

Bahan Usrah 1: Kepentingan Ilmu bagi Daie

Bismillahirrahmanirrahim

Bagi permulaan usrah, boleh dimulakan dengan momokan soalan2. Contoh:
  1. Senaraikan beza antara syarat sah qasar dan jamak?
  2. Pengertian riba?
  3. Apa itu tasawuf
  4. Apa itu hadith maudu'?
(seperti kebiasaannya, tak ramai daie yang mampu menjawab dengan baik)

Mulakan perkongsian dengan,

Point 1:

 Sepetimana yang kita sedia maklum, wahyu pertama yang diturunkan ialah:


اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ
Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk). (QS Al-Alaq, 96:1)

Di sini kita boleh lihat, suruhan pertama bukanlah beribadah mahupon berdakwah, namun kita disuruh menuntut ilmu.Bermakna, untuk melakukan apa2 pon, kita perlu mempunyai ilmu.

Bak kata salafus soleh:



مَنْ عَبَدَ اللهَ بِجَهْلٍ , أَفْسَدَ أَكْثَرَ مِماَّ يُصْلِحُ

Barangsiapa beribadah kepada Allah dengan kebodohan, dia telah membuat kerusakan lebih banyak daripada membuat kebaikan. (Majmu’ Fatawa 25/281)

Point 2:
Prof. Dr. Yusof Abdullah Al-Qardhawi menyebut di dalam fiqh alawalyiyat dalam bab pentingnya ilmu bagi pendakwah dan guru, katanya:
“ilmu menjadi syarat utama untuk mereka yang bergiat dalam bidang kehakiman dan fatwa,dan ia juga menjadi batu asas bagi mereka yang bergiat dalam bidang dakwah dan pendidik,maka setiap pendidik wajib melakukan dakwahnya dengan hujah dan ajaran yang nyata dan jelas”
Sheikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin pernah ditanya:
 “Kita sering menemukan sebahagian da’i memiliki perhatian terhadap dakwah dan ukhuwah ke jalan Allah, serta saling mencintai di dalamnya, namun mereka tidak menitik beratkan persoalan ilmu, tafaqquh dalam perkara-perkara agama dan aqidah, serta lalai daripada menghadiri majlis-majlis ilmu. Maka apakah komentar Sheikh terhadap hal ini? 
Antara jawapannya ialah,
"Jika dakwah itu berdiri di atas kebodohan, maka setiap orang akan memberikan hukum sesuai dengan apa yang difikirkan oleh akalnya, yang ia sangka benar padahal salah..." 

Saya berikan analogi,
Contohnya, ada seorang musafir meminta kita menunjukkan jalan ke satu tempat. Kita pun memberi direction sedangkan kita sendiri tidak tahu ataupon tidak berapa pasti, sudah pasti akan menjadikan musafir itu sesat.

Dewasa ini, memang tidak dinafikan betapa ramai mahasiswa/siswi yang mula sedar dan berjinak dalam Dakwah dan Tarbiyah, namun maafkan saya kalau mereka (baca:kami) sebenarnya jahil.

Saya kongsikan kisah benar,
Kisah 1:
Sewaktu itu saya dan akhawat sedang bermusafir ke Mangalore, 2 jam perjalanan dari Manipal, India. Bila saya rujuk syeikh google, jaraknya tak cukup 2 marhalah. Maka bermulalah episode kejahilan kami
"eh, boleh qasar ke tak ni?"
"entahlah, aku pon tak sure la."
Saya pon berkata dengan nada kecewa, "Kita ni nama je dah lama join usrah, siap bawak usrah lagi, bab solat qasar pon kita failed.Haih, teruknya kita ni"
Saya cuma terfikir, kalau orang yang sedar tentang kewajipan berdakwah pon jahil, maka bagaimana pula orang yang belum diberi hidayah di luar sana tu?

Kisah 2:
Pernah satu ketika, saya berbincang dengan seorang sahabat mengenai idea saya yang ingin share kan di facebook tentang perbezaan islam dan ideologi lain dari pelabagai aspek seperti sistem ekonomi, undang2, pendidikan.
"hish, enti ni. susah tu. mana boleh nak buat macam tu sebab kita tak da ilmu"
"ala..apa yang susahnya, kita sharekan ape yg kita tau supaya semua orang sedar yang islam itu terbaik"
"masalahnya, kita perlu la ada ilmu yang luas bila nak sebut pasal ni. Ini bukan bidang kita. Benda macam ni elok kita serahkan pada orang yang faqih dalam bidang ni. Enti tau ke apa itu ilmu ekonomi secara meluas? Kalo tau superficial je, mana boleh nak share macam tu."
"Emm...tak tau"
"Enti tau ke ilmu tasawuf?"
"Em, apa itu?"

"Enti, memang lah kita ni tak adalah perlu sampai jadi `alim dalam semua bidang. Tapi benda2 asas macam ni kita wajib tau."
Serius saya sedih sangat waktu tu sampai tak tau nak kata apa. Dan saya menangis semahunya pada malam itu. Pada malam itu saya sedar, 'banyak ilmu yang aku tak tau selama ni sedangkan ilmu2 aqidah, tasawuf patutnya sudah tersemat dalam hati'

Kisah 3:
Pernah satu ketika semasa saya di India, berlaku satu kekecohan. Isu penggunaan ayat Al-Quran tanpa ilmu dalam mengeluarkan hujah. Apa yang saya dapat konklusikan, permasalahan  ni timbul kerana ramai yang salah faham terhadap satu daurah yang saya pernah hadiri iaitu bertajuk "Cara berinteraksi dengan Al-Quran"
Rata-rata ramai yang menafsirkan ayat Al-Quran tanpa berguru termasuk saya juga ketika masa dahulu.Sedangkan penafsiran ayat Al-Quran perlulah jelas bersama asbabun nuzul, dan tafsiran di sebalik ayat tersebut yang telah pon dihuraikan oleh ulama` terkenal dan dipelajari dengan guru yang faqih dalam bab ini.
Bak kata pepatah dari saya,
"Ilmu tanpa amal, sia-sia.
Amal tanpa ilmu, sesat.
Menuntut ilmu tanpa guru dan tidak bersanad, maka syaitan dan hawa nafsulah gurunya."
Maka, hadirilah talaqqi, ceramah2, kuliah2 dari guru2 yang faqih dalam bidang yang diajarkannya. Tadahlah kitab dari kitab2 muktabar dengan tok guru.

Pernah dengar satu ayat Al-Quran yang sangat famous dijadikan teka-teki.
"Ayat mana dalam Al-Quran sebut pasal cara-cara membuat roti canai/kek?"
Maka, penyoal pon akan memberikan jawapan ayat 7 surah Al-Anbiya.Firman Allah:

" Kami tiada mengutus rasul-rasul sebelum kamu (Muhammad), melainkan beberapa orang laki-laki yang Kami beri wahyu kepada mereka, maka tanyakanlah olehmu kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahui. (QS. 21:7)
Kata pembawa teka teki ini, cara membuat roti canai ialah dengan bertanya pada yang tahu membuat roti canai.

Ingin saya perbetulkan disini, ayat ini bukanlah bermaksud seperti dalam konteks teka teki ini. Tapi ilmu yang dimaksudkan ialah ilmu syarie. Ilmu yang diwahyukan kepada Rasulullah sebagai risalah dakwah. Maka, seharusnya kita menuntut ilmu dengan guru yang `alim.

Point Akhir:
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

مَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَطْلُبُ فِيهِ عِلْمًا سَلَكَ اللَّهُ بِهِ طَرِيقًا مِنْ طُرُقِ الْجَنَّةِ وَإِنَّ الْمَلَائِكَةَ لَتَضَعُ أَجْنِحَتَهَا رِضًا لِطَالِبِ الْعِلْمِ وَإِنَّ الْعَالِمَ لَيَسْتَغْفِرُ لَهُ مَنْ فِي السَّمَوَاتِ وَمَنْ فِي الْأَرْضِ وَالْحِيتَانُ فِي جَوْفِ الْمَاءِ وَإِنَّ فَضْلَ الْعَالِمِ عَلَى الْعَابِدِ كَفَضْلِ الْقَمَرِ لَيْلَةَ الْبَدْرِ عَلَى سَائِرِ الْكَوَاكِبِ وَإِنَّ الْعُلَمَاءَ وَرَثَةُ الْأَنْبِيَاءِ وَإِنَّ الْأَنْبِيَاءَ لَمْ يُوَرِّثُوا دِينَارًا وَلَا دِرْهَمًا وَرَّثُوا الْعِلْمَ فَمَنْ أَخَذَهُ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ

"Barangsiapa meniti satu jalan untuk mencari ilmu, niscaya –dengan hal itu- Allah jalankan dia di atas jalan di antara jalan-jalan sorga. Dan sesungguhnya para malaikat membentangkan sayap-sayap mereka karena ridha terhadap thalibul ilmi (pencari ilmu agama). Dan sesungguhnya seorang ‘alim itu dimintakan ampun oleh siapa saja yang ada di langit dan di bumi, dan oleh ikan-ikan di dalam air. Dan sesungguhnya keutamaan seorang ‘alim atas ahli ibadah seperti keutamaan bulan purnama daripada seluruh bintang-bintang. Dan sesungguhnya para ulama itu pewaris para Nabi. Para Nabi itu tidak mewariskan dinar dan dirham, tetapi mewariskan ilmu. Baramngsiapa yang mengambilnya maka dia telah mengambil bagian yang banyak. [HR. Abu Dawud no:3641, dan ini lafazhnya; Tirmidzi no:3641; Ibnu Majah no: 223; Ahmad 4/196; Darimi no: 1/98. Dihasankan Syeikh Salim Al-Hilali di dalam Bahjatun Nazhirin 2/470, hadits no: 1388]

Daripada hadith ini, rasulullah menceritakan faedah2 dan kebaikan2 para pencari ilmu iaitu:
  1. Allah memudahkan jalan ke sorga bagi orang yang menuntut ilmu.
  2. Malaikat membentangkan sayap-sayap mereka karena ridha terhadap thalibul ilmi.
  3. Seorang ‘alim dimintakan ampun oleh siapa saja yang ada di langit dan di bumi, dan oleh ikan-ikan di dalam air.
  4. Keutamaan seorang ‘alim atas ahli ibadah seperti keutamaan bulan purnama daripada seluruh bintang-bintang.
  5. Para ulama itu pewaris para Nabi.

Wallahu`alam. Moga bermanfaat.

Penulis: Saudari Adziemah Fitriah

No comments: