Wednesday, June 29, 2011

Ceritera kita-kita



Assalamualaikum sahabat-sahabat,

Seperti yang di janjikan sebelum ni, post kali ini adalah mengenai ayat dari Surah Al-Mu`minun

Terjemahan ayat:

Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati (berasal) dari tanah. Kemudian Kamijadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kokoh (rahim). Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha Sucilah Allah, Pencipta Yang Paling Baik. [QS. al-Mukminun (23):12-14]

Ok, dah baca terjemahan ayat kat atas?

Saya teringin nak share ayat ni kerana ayat ni berkait rapat dengan subjek yang saya pelajari iaitu Human Embryology (tentang proses kejadian manusia).

Subhanallah, sebelum adanya teknologi canggih, sebelum pakar saintis,embryologist mengetahui peringkat-peringkat kejadian embryo (nak mudah faham, kira baby la), Al-Quran dah pun menceritakan perihal kejadian kita. Hebat kan? Allahu akbar. Hanya pencipta kita yang tahu bagaimana kita diciptakan. Subhanallah

Sebenarnya bahasa arab ni hebat sangat2. Sebab itula Allah pilih bahasa arab sebagai bahasa Al-Quran. Bagi sesiapa yang pelajari bahasa arab, uniknya bahasa ini ialah 1 perkataan boleh membawa maksud yang pelbagai. Sekali gus dapat menjelaskan sejelas-jelasnya maksud perkataan itu.

Sekarang ni saya nak share tentang perkataan `alaqah yang digunakan oleh Allah swt di dalam ayat di atas. Kalau ikutkan, maksud yang kita faham ialah segumpal darah. Kalau belek terjemahan Al-Quran kat rumah, memamg itulah maksud nya.

Tapi, sebenarnya `alaqah membawa 3 maksud yang berbeza sekali gus menjelaskan struktur tersebut iaitu:

  1. lintah
  2. suspended
  3. darah beku
LINTAH

Anda tahu bagaimana rupa lintah?

kenapa agaknya perkataan ini di pilih?

Mari kita lihat 2 gambar ini, lihat pada rupa bentuk nya, ia seakan-akan sama. Bukan itu sahaja, lihat pada karakter lintah. Lintah ialah binatang parasit yang menyedut darah. Seperti itu jugalah embryo di dalam perut ibunya. Embryo akan menerima nutrisi, oksigen daripada ibunya. Lebih kurang parasit yang menumpang dan mengambil manfaat daripada yang lain. Subhanallah. Sungguh hebat cara Allah terangkan penciptaanNya.


bersambung....

Friday, June 24, 2011

Hantaran Kahwin

Bismillahirrahmanirrahim..

Seseri

Saya terkenang memori masa lalu..

Waktu itu saya di SESERI. Bagi sesiapa yang seangkatan dengan saya yang mengambil SPM pada tahun yang sama, tentu ingat ayat hafazan dari Surah Al-Mu`minin yang perlu kita hafal.

Saya akan share ayat 12-14 dari surah itu pada post akan datang. Sangat menarik kerana ia sgt berkait rapat dengan apa yang saya pelajari sebagai student medic.

Em, bila dikenang-kenang, jahilnya kita ini, hanya menghafal semata-mata untuk lulus exam tapi tidak pernah mengkaji, memahami, menginsafi maksud ayat yang dihafal itu.

Tragedi 11 Sept

Teringat saya pada kata-kata Dr Danial Zainal Abidin dalam ceramahnya, sejak 11 Sept, iaitu saat fitnah terbesar terhadap Islam bermula di Amerika, beribu-ribu terjemahan Al-Quran dalam bahasa inggeris terjual. Sampaikan SOLD OUT. pelik kan?

sebab apa?

Kerana mereka ni nak tahu, apa sebenarnya ajaran yang di bawa oleh Islam. Adakah ajarannya menyuruh saling berperang? saling mengebom?

Mereka mengkaji Al-Quran untuk kenal apa itu Islam. Sejak dari itu berbelas ribu Non Muslim yang memeluk Islam. Islam berkembang dengan tersangatla pesat di Amerika.

Sebab apa?

Tiada kepincangan di dalam Al-Quran. Subhanallah. Malah terbukti dengan penemuan-penemuan sains. Dan mereka yang memeluk Islam ini bukan calang-calang orang, kebanyakan dari mereka ialah pakar saintis, doktor, segala jenis pakar.

Berbeza sungguh dengan kita

Cuba tanya diri kawan-kawan, berapa lama kita kenal Al-Quran?

Sudah lama kan? Sejak kecil barangkali. Namun, adakah kita menjadi Muslim yang sejati? atau sekadar Islam di IC. Kita Islam kerana Islam Warisan. Begitukah?!

Apa itu Al-Quran

Apa itu Al-Quran pada kaca mata kebanyakan dari kita? Hanya senaskah buku untuk dijadikan hantaran kahwin? Hanya ayat jampi untuk halau jin? hanya ayat yang sedap dilagukan? Hanya perhiasan untuk diletakkan di dinding? Hanya untuk dibacakan saat ada kematian?


Oh, sama sekali tidak!! bukan semata-mata itu. bukan kah Allah sudah tekankan bahawa Al-Quran itu diturunkan sebagai panduan hidup. Ala-ala manual kereta. Kalau nak naik kereta baru, kena baca dulu manual nya.

Begitulah dengan Al-Quran, iaitu manual untuk hidup di dunia.

Firman Allah swt:

Maksudnya:

Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;

(Al-Baqarah:2)

Wallahu`alam