Bismillahirrahmanirrahim..
Seseri
Saya terkenang memori masa lalu..
Waktu itu saya di SESERI. Bagi sesiapa yang seangkatan dengan saya yang mengambil SPM pada tahun yang sama, tentu ingat ayat hafazan dari Surah Al-Mu`minin yang perlu kita hafal.
Saya akan share ayat 12-14 dari surah itu pada post akan datang. Sangat menarik kerana ia sgt berkait rapat dengan apa yang saya pelajari sebagai student medic.
Em, bila dikenang-kenang, jahilnya kita ini, hanya menghafal semata-mata untuk lulus exam tapi tidak pernah mengkaji, memahami, menginsafi maksud ayat yang dihafal itu.
Tragedi 11 Sept
Teringat saya pada kata-kata Dr Danial Zainal Abidin dalam ceramahnya, sejak 11 Sept, iaitu saat fitnah terbesar terhadap Islam bermula di Amerika, beribu-ribu terjemahan Al-Quran dalam bahasa inggeris terjual. Sampaikan SOLD OUT. pelik kan?
sebab apa?
Kerana mereka ni nak tahu, apa sebenarnya ajaran yang di bawa oleh Islam. Adakah ajarannya menyuruh saling berperang? saling mengebom?
Mereka mengkaji Al-Quran untuk kenal apa itu Islam. Sejak dari itu berbelas ribu Non Muslim yang memeluk Islam. Islam berkembang dengan tersangatla pesat di Amerika.
Sebab apa?
Tiada kepincangan di dalam Al-Quran. Subhanallah. Malah terbukti dengan penemuan-penemuan sains. Dan mereka yang memeluk Islam ini bukan calang-calang orang, kebanyakan dari mereka ialah pakar saintis, doktor, segala jenis pakar.
Berbeza sungguh dengan kita
Cuba tanya diri kawan-kawan, berapa lama kita kenal Al-Quran?
Sudah lama kan? Sejak kecil barangkali. Namun, adakah kita menjadi Muslim yang sejati? atau sekadar Islam di IC. Kita Islam kerana Islam Warisan. Begitukah?!
Apa itu Al-Quran
Apa itu Al-Quran pada kaca mata kebanyakan dari kita? Hanya senaskah buku untuk dijadikan hantaran kahwin? Hanya ayat jampi untuk halau jin? hanya ayat yang sedap dilagukan? Hanya perhiasan untuk diletakkan di dinding? Hanya untuk dibacakan saat ada kematian?
Oh, sama sekali tidak!! bukan semata-mata itu. bukan kah Allah sudah tekankan bahawa Al-Quran itu diturunkan sebagai panduan hidup. Ala-ala manual kereta. Kalau nak naik kereta baru, kena baca dulu manual nya.
Begitulah dengan Al-Quran, iaitu manual untuk hidup di dunia.
Firman Allah swt:
Maksudnya:
Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;
(Al-Baqarah:2)
Wallahu`alam
No comments:
Post a Comment