Monday, May 25, 2009

100% TERDIAM !

Menjawab persoalan dan kenyataan mereka yang jahil

~“Kalau Allah benar-benar wujud, mana Allah?”

Semua objek yang mampu dilihat oleh mata kasar manusia tunduk kepada hukum sains( iaitu within wavelength of visible light ). Inilah bukti Allah adalah pencipta alam ini kerana Allah tidak tunduk kepada hukum sains ini menyebabkan Allah tidak mampu dilihat oleh manusia yang lemah.

~“Muslim mengikut ajaran orang yang bodoh”

Sebagaimana yang tertulis dalam Al-Quran, Muhammad seorang yang ummi( tidak tahu membaca dan tidak tahu menulis). Orang bukan Islam menjadikan hal ini untuk menghina rasul kita sebagai orang bodoh. Bodoh adalah istilah yang sesuai bagi sesiapa yang berkali-kali diajar pun masih tidak pandai-pandai. Rasulullah seorang yang bijak, kerana bijak(fathonah) merupakan syarat untuk menjadi rasul. Baginda mudah menghafal dan memahami setiap wahyu yang diturunkan Allah. Terdapat hikmah Muhammad yang ummi dijadikan rasul. Kerana sekiranya baginda tahu menulis dan membaca, tentu orang kafir menuduh baginda yang mencipta Al-Quran dan bukannya wahyu dari Allah Maha Kuasa.

~“Muhammad seorang sexualist”

Non Muslim menjadikan kisah Rasulullah berkahwin ramai sebagai satu cara memburukkan baginda s.a.w. Adakah mereka tahu sebab utama Rasulullah berkahwin ramai? Seandai benar kata non-Muslim, tentu sahaja Rasulullah mengahwini gadis-gadis kerana baginda seorang yang berpengaruh waktu itu. Sudah tentu baginda mempunyai anak yang ramai. Namun TIDAK! Perkahwinan pertama baginda adalah bersama Khadijah. Khadijah ketika itu jauh lebih tua daripada baginda. Ketujuh-tujuh anak baginda adalah hasil perkahwinan dengan Khadijah. Sesudah Khadijah meninggal dunia, barulah baginda berkahwin dengan Aisyah atas dasar menghormati permintaan sahabat baginda. Daripada kesemua isteri baginda, hanya Aisyah sahaja gadis sunti. Perkahwinan ini membuktikan keperibadian baginda kerana ayah Aisyah sendiri, Saidina Abu Bakar (sahabat baginda) yakin baginda akan menjadi suami yang baik buat Aisyah. Manakala isteri-isteri lain merupakan janda yang kematian suami mereka di dalam peperangan. Rasulullah hanya berkahwin dengan mereka sesudah para sahabat enggan menjadikan mereka sebagai isteri. Hal ini menunjukkan, Rasulullah berkahwin dengan mereka bagi membela nasib mereka. Jadi, kesemua para tentera tidak lagi bimbang kerana sekiranya mereka mati syahid, akan ada orang yang akan membela nasib janda mereka. Tidakkah ini menunjukkan kemuliaan baginda.

~Non-Muslim mendakwa wahyu yang diterima oleh Nabi Muhammad adalah daripada syaitan

“Apabila kamu membaca Al-Quran hendaklah kamu meminta perlindungan kepada Allah dari syaitan yang terkutuk”(Surah An-Nahl: 98)
Adalah mustahil syaitan sendiri perintahkan begini.Sungguh tidak logik syaitan berkata”Sebelum baca buku aku, minta perlindungan Tuhan daripada aku.”

~“Wujudkah malaikat ini?” Tersangatlah pelik kerana orang Islam sendiri yang bertanya

Analoginya,
‘VIRUS’ terpampang di skrin laptop
“Alamak, computer ada viruslah” kata Ali
“Macam mana kau tau ada virus?” tanya Abu sambil keningnya diangkat.
“La…kan tertulis kat skrin ini ‘VIRUS’”bentak Ali
Begitulah analoginya untuk menjawab persoalan tentang kewujudan malaikat. Bagaimana kita boleh percaya laptop terkena virus tanpa dapat melihat virus tersebut? Sebabnya, ada tertulis di skrin. “Adakah malaikat itu wujud?” Jawapannya mudah, “Kan sudah tertulis dalam Al-Quran tentang kewujudan malaikat”.

~Orang Islam cakap sembah berhala haram tapi orang Islam yang sembah Kaabah(berhala).Macam mana pula?

Kaabah merupakan kiblat(direction) bagi umat Islam. Sewaktu solat, kami hanya menghadap ke Kaabah tetapi tidak menyembah. Ia merupakan tanda penyatuan Umat Islam.Muslim hanya menyembah Allah s.w.t.

“Sungguh Kami (sering) melihat mukamu menengadah ke langit, maka sungguh Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. Palingkanlah mukamu kearah Masjidil Haram. Dan di mana saja kamu berada, palingkanlah mukamu ke arahnya.”(Surah Al-Baqarah: 144)

Sekiranya kita melihat peta dunia, Kaabah terletak di tengah-tengah.Allahu Akbar.
Sekiranya Non-Muslim masih tak berpuas hati, terdapat 1 kisah pada zaman Nabi Muhammad, ada orang berdiri di atas Kaabah untuk melaungkan azan. Adakah penyembah berhala berdiri di atas berhala yang disembahnya?

~Pandangan mereka yang Vegeterian,orang islam jahat kerana makan haiwan.

1-Struktur gigi

Sekiranya dilihat struktur gigi manusia, ia sama dengan haiwan yang omnivore dan berbeza sekali dengan haiwan herbivore. Ini bermakna Tuhan yang mencipta manusia menjadikan manusia mampu makan daging.

2-Terdapat ramai penganut Hindu mengamalkan Vegeterian kerana terpengaruh dengan agama lain seperti Jainisme, Hakikatnya di dalam kitab Hindu Manu Smuruti, Bab 5, rangkap 39 dan 40
“tuhan sendiri telah mencipta haiwan korban untuk dikorbankan…oleh itu membunuh untuk korban bukanlah pembunuh”

3-Tumbuhan juga bernyawa
Fakta sains masa kini membuktikan tumbuhan juga bernyawa dan mampu merasa kesakitan namun manusia tidak mampu mendengarnya kerana tidak berada antara 20 hingga 20000 Hertz.

4-tumbuhan hanya ada 2,3 deria manakala haiwan ada 5 deria
Ini bukan alasan untuk mengatakan membunuh haiwan lebih kejam. Analoginya, adakah hukuman bagi pembunuh yang bunuh seorang yang cacat pendengaran, penglihatan lebih ringan daripada bunuh manusia yang tidak cacat?

5- Allah membenarkan makan haiwan
“Dan Dia telah menciptakan binatang ternak untuk kamu; padanya ada (bulu) yang menghangatkan dan berbagai-bagai manfaat, dan sebahagiannya kamu makan”(Surah An-Nahl: 5)

wallahu`alam

‘ADIK’-tak kenal jadi kenal


Kisah kali ini ialah berkaitan seorang ‘adik’ yang saya sendiri tidak kenal. Perkenalan kami atas sebab kebetulan adik tersalah nombor. Sebelum saya membalas mesej dia, saya sudah pastikan dia adalah seorang perempuan. Sebagai safety precaution. Lepas beberapa kali kami bermesej-mesej, kami menjadi rapat. Baru-baru ini, adik itu sms saya…

“adik COUPLE dgn org baru sekarang,kak.”

Saya pelik,sebelum ini dia cerita dia main kayu tiga dengan dua orang lelaki, sekarang sudah ada yang baru. Saya pun balas…“Oh just for reminder, wala taqrabu zina.”

“Apa maknanya kak?”

“Jangan dekati zina,maknanya dalam.bergayut telefon pun dekati zina. Rindu-rindu pun dekati zina. Zina ada banyak, zina hati paling selalu terjadi. Nabi pernah bersabda,3 tanda kemanisan iman
1-cintakan Allah dan rasul lebih dari makhluk
2-cintakan makhluk kerana Allah
3-benci jikalau kekafiran yakni murtad sesudah peluk islam seperti bencinya jikalau dilemparkn dlm api neraka.
So, if yang kedua,makhluk itu bukan muhrim, that’s means cinta kepada suami.kejar cinta Allah sebelum kejar cinta manusia.sebab hidup tak lama.kalau lelaki itu ajak ingat pada Allah, insyaAllah pasangan yang baik”

“mana ada orang berzina..ish tak fahamlah”

“Islam tak pernah halalkan couple.akak faham if adik tak nak terima,akak just beritahu sbb akak tahu itu salah”

“adik tak pernah pun berzina, kitorang keluar sama-sama saja.keluar makan-makan. Itu saja.”

“bagi peringkat adik, zina hati yang common. If date, itu pun dosa.sebab keluar dengan lelaki bukan muhrim dan lagi satu bahaya sebab adik perempuan.”

“apa pulak..kitorang couple sampai kahwin.ramai orang couple sebelum kahwin tau.”

“selalunya macam itulah. Alasan untuk membenarkan yang salah. Rasulullah tak pernah ajar couple sebelum kahwin. Kalau suka terus kahwin.”

“Ala…apa yang akak merepek ini..”

akhirnya saya pun berhenti setakat itu.membiarkan diskusi kami berdua tergantung. Bukan berputus asa cuma merasakan adik ini tak melapangkan hatinya untuk setiap jawapan saya.

Beberapa minggu kemudian….

Saya terbaca sesuatu yang menarik dalam blog saifulislam. Saya pun hantar sms kepada adik tersebut.

“Kenapa mesti bercouple sebelum berkahwin?”.”mana mungkin sebuah rumat tangga akan mendapat keredhaan Allah(bahagia) jika permulaannya sudah tak tentu hala”

“Tak semestinya ok..kita ni bercinta bkn buat zina. Kita masih ingat Allah. Ramai yang agama kuat tp berzina jgk. Sekarang ni dunia sudah terbalik ok.”

“Astaghfirullah. Allah ada berfirman “rakan yang baik akan menjadi musuh di sana (akhirat)”maknanya, A tak pernah tegur kesilapan B sebab nak jaga hati B,tp akhirat nanti B akan marah pada A sebab tak ingatkan dia mana yang betul dan salah. Akak taknak jadi mcm A. Akak beritahu apa yang akak tahu.tak payah tengok orang Islam yang teruk kat luar sana, kita semua ada Rasulullah s.a.w untuk dijadikan contoh. Itu sudah tersangat cukup untuk masuk syurga Allah. Kalau akak tak peduli adik, akak takkan tegur dan buat tak tahu saja. Moga Allah beri petunjuk hidayahNya kpd kita semua.”panjang lebar saya terangkan

“Terima kasih sgt akak ambil berat dan bagi nasihat. Tapi adik sudah couple, sudah ada bf..adik tak berzina,adik tak sentuh pun dia,dia pun tak sentuh adik.”

“Baguslah, zina hati dan zina mata pun elakkan juga ya. Zikir pada Allah banyak-banyak. Jumpe nanti di syurga”saya mengakhiri perbualan kami.
Pada saya, sudah terjebak dalam sesuatu kesalahan bukannya alasan untuk terus terjebak. Adakah ini alas an kita nak beritahu pada Allah bila ditanya “kenapa kamu masih melakukan dosa sedangkan telah datang kepadamu pembawa kebenaran?”

”ya Allah,nak buat macam mana, saya sudah pun buat dosa, bak kata pepatah orang kampung Britney Spears ,alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan”

Sebagai tazkirah,
_hadis dilaporkan oleh Ahmad,Ibn Hibban dan al-Hakim_
“Wahai muslimin, jauhilah zina kerana perlakuannya mendatangkan 6 keburukan, 3 di dunia, dan 3 di akhirat. 3 yang diperoleh di dunia adalah hilangnya seri di wajah, memendekkan umur, mendatangkan kefakiran. 3 yang diperoleh di akhirat adalah kemurkaan Allah, hisab yang buruk dan azab neraka.”

Sekiranya diubah kepada”JANGAN BERZINA”..em..maknanya, tak mengapa nak dekat-dekat dengan zina asalkan tak berzina betul-betul. Tetapi perkataan yang digunakan ialah “JAUHILAH”. Maknanya, bukan saja berzina, DEKAT pun TAK boleh.
Nauzubillah.Semoga adik dan kita semua dibukakan pintu hati untuk menerima kebenaran dan petunjuk..aamin

~alwajibat aksaru min awqat~

Selamat tinggal WOW (T-T)simbol menangis

Kenapa majalah ini perlu dibayar?” rungut A(bukan nama sebenar) tanda tidak puas hati.
“Entah, kau tanyalah ******** sendiri( sebagai ciri keselamatan, nama saya tak dinyatakan..harap maaf)” jawab B (bukan nama sebenar)

Hal ini seolah-olah saya yang ingin mengaut keuntungan daripaha hasil jualan majalah tersebut sedangkan hal penjualan ini telah pun dibincangkan bersama-sama. Astaghfirullah..saya lebih takutkan Allah. Tujuan utama pada awal pembabitan saya dalam penghasilan majalah tersebut ialah supaya orang baca dan kenal majalah Whisper Of Wisdom(WOW). Supaya dakwah dapat disebarkan.

Salah satu caranya ialah dengan menjadikan majalah itu menarik iaitu berwarna-warni. Kami pun menjual majalah berserta calendar berwarna. Tapi, ink berwarna sangat mahal. Setiap keluaran, kelab kami rugi. Tapi,itu tidak mengapa kerana ia sebagai derma infak di jalan Allah.

Mungkin pembaca yang tak berpuas hati terlupa bahawa 30% daripada harga majalah itu adalah untuk Palestin. Alhamdulillah, wang tersebut telah pun saya serahkan kepada pihak yang bertanggungjawab ketika menghadiri Majlis Malam Kemuncak ‘EXPLORE Dunia Islam’ di Kolej Mara Banting. InsyaAllah pahala anda semua di akhirat kelak.

“Ada kawan akak bayar lebih mahal dari harga WOW. Dia cakap untuk derma ke Palestin” kata Kak Aisyah.
“Ya Allah, baiknya”jawab saya sambil tersenyum.Tak sangka dalam ramai-ramai yang mempersoalkan harga majalah WOW, masih ada yang berhati mulia.

Pernah satu hari…
“Arbain sudah habis baca WOW?”saya bertanya.
“Belum tapi mesti habiskan sebab sudah bayar”jawab sahabat saya itu sambil tersenyum.

Hati saya lega kerana itulah antara sebab saya cadangkan WOW dijual,supaya orang baca. Tentulah baca kerana sudah bayar, nanti rugi pula. Dulu, setiap kelas dapat satu. Majalah itu dipas-paskan dari meja lecturer sampailah orang belakang sekali tapi tak ada pun yang berminat nak baca kecuali 1, 2 orang. Tapi sekarang, Alhamdulillah, orang mula cari dan kenal majalah ini. Teringat 1 dialog..

“Akak, WOW laku macam goreng pisang sampai tak cukup.Ada lagi tak?”tanya Dayana junior yang akan ke Rusia.

Saya rasa harga seringgit mahupun 50sen bukanlah harga sebenar ilmu dan bahan-bahan yang terdapat dalam majalah tersebut. Namun, biasalah, bahan ilmiah kalau perlu dibayar berat rasanya tapi bahan hiburan mahal pun sanggup.
Disebabkan pelbagai cerita yang tidak sedap didengar tentang saya, akhirnya saya undurkan diri dari team ini. Bukan kerana putus asa apabila diuji di jalan Allah tapi untuk kebaikan dan memandangkan matlamat saya sudah tercapai. Dakwah tetap diteruskan…

~Maruah itu permata seorang muslimah~

“celakalah bagi setiap pengumpat dan pencela”(104:1) maksud firman Allah. Buat renungan semua.

Dari KBM Ke KMB

Semester lepas, saya menyertai program Keindahan Bersamamu. Program yang menginsafkan. Sebelum ini, apabila bercerita tentang anak derhaka, tak terusik sikit pun hati saya kerana pada saya, saya tak pernah tinggi suara atau berkasar dengan ibu dan ayah. Tapi, hari itu saya sedar, saya pernah mengecewakan mereka. Saya anak derhaka. Terdapat satu sesi peserta diminta menulis surat untuk ibu bapa. Dengan linangan air mata yang tak henti-henti, saya meluahkan isi hati saya pada kad itu.
Untuk Ibu,
Kita minta ampun dengan ibu. Walaupun kita tak pernah tinggikan suara dengan ibu, tapi kita selalu merajuk, mesti ibu terasa hati. Kita sayang ibu. Kalau ditakdirkan kita mati, kita tak nak ibu menangis macam waktu kaklong nazak, sayu hati kita…..(ada sambungan yang dirahsiakan)”
Untuk Ayah,
Walaupun ayah tak pernah cakap ayah sayang kita, tapi kita yakin ayah sayangkan kita. Walaupun ayah penat atau sesusah mana pun, ayah mesti akan tunaikan permintaan kita…(sambungannya dirahsiakan)”
“Akhir kata, kita harap kita sekeluarga akan bertemu di syurga nanti”.basah kad itu dengan air mata saya.

Urus setia program mengambil kad saya dan meminta alamat rumah saya.

“Kak, boleh tak akak hantar kad ini ke rumah saya lagi dua minggu. Sebab esok saya akan bercuti selama seminggu, saya risau saya akan sorokkan surat ini nanti. Lagipun saya malu kalau surat ini dibaca waktu saya ada di rumah.”pinta saya dengan mata yang merah.
Kakak itu hanya tersenyum.

Perjalanan ke KOLEJ MARA BANTING

“Alamak, nanti kita akan naik bas ‘lagho’ untuk pergi ke KMB. Apa kata kita pasang CD nasyid. Tapi siapa ada CD nasyid ya?
“Kita burn ke CD kosong ok tak? Kan dalam laptop kau ada banyak lagu nasyid”cadang Izzati.
Saya pun berlari-lari ke beberapa buah rumah untuk meminjam CD kosong dan CD nasyid memandangkan lagi setengah jam untuk bertolak. Tapi malangnya, kami tak berjaya transferkan nasyid ke CD kosong itu. Rupanya hikmah dari kisah ini ialah, Allah nak saya pasang CD bacaan Al-Quran sepanjang perjalanan. Benarlah ujian adalah tarbiyah dari Allah buat hambaNya.
Dalam perjalanan ke sana, ibu saya telefon.
“Adik sihat?Ibu baru dapat surat adik.Ada apa-apa masalahkah?”soal ibu kerisauan.
Tahulah saya surat itu sudah sampai ke rumah.
“Adik tak ada salah apa-apa. Jangan risau. Ibu pun sayang adik.”sambung ibu..tanpa disedari mengalir air mata saya. Lega bercampur syukur. Izzati kelu melihat saya menangis.Tangisan saya tenggelam dalam bacaan ayat suci Al-Quran.

EXPLORE DUNIA ISLAM(menyingkap kegemilangan Islam yang telah hilang)

Sampai pun kami di KMB.Majlis dimulakan dengan gimik yang menarik. Pameran yang disediakan menyedarkan peserta tentang kerosakan sebahagian remaja yang terkandas dalam kancah gejala sosial. Pengisian yang sangat berguna bagi remaja Islam supaya bangkit semula menegakkan kalimah Allah di muka bumi. Untuk menjadi pengganti Salahuddin Al-Ayubi, Sultan Muhamad Al-Fateh dan ramai pejuang syahid. Untuk Fatimah, wakil dari KMB, ana ucapkan syukran kepada pihak KMB kerana menjemput kami warga INTEC. Ukhwah fillah abadan-abada ya rafiqati.

~Allah Maha Kuasa~