Monday, May 25, 2009

Selamat tinggal WOW (T-T)simbol menangis

Kenapa majalah ini perlu dibayar?” rungut A(bukan nama sebenar) tanda tidak puas hati.
“Entah, kau tanyalah ******** sendiri( sebagai ciri keselamatan, nama saya tak dinyatakan..harap maaf)” jawab B (bukan nama sebenar)

Hal ini seolah-olah saya yang ingin mengaut keuntungan daripaha hasil jualan majalah tersebut sedangkan hal penjualan ini telah pun dibincangkan bersama-sama. Astaghfirullah..saya lebih takutkan Allah. Tujuan utama pada awal pembabitan saya dalam penghasilan majalah tersebut ialah supaya orang baca dan kenal majalah Whisper Of Wisdom(WOW). Supaya dakwah dapat disebarkan.

Salah satu caranya ialah dengan menjadikan majalah itu menarik iaitu berwarna-warni. Kami pun menjual majalah berserta calendar berwarna. Tapi, ink berwarna sangat mahal. Setiap keluaran, kelab kami rugi. Tapi,itu tidak mengapa kerana ia sebagai derma infak di jalan Allah.

Mungkin pembaca yang tak berpuas hati terlupa bahawa 30% daripada harga majalah itu adalah untuk Palestin. Alhamdulillah, wang tersebut telah pun saya serahkan kepada pihak yang bertanggungjawab ketika menghadiri Majlis Malam Kemuncak ‘EXPLORE Dunia Islam’ di Kolej Mara Banting. InsyaAllah pahala anda semua di akhirat kelak.

“Ada kawan akak bayar lebih mahal dari harga WOW. Dia cakap untuk derma ke Palestin” kata Kak Aisyah.
“Ya Allah, baiknya”jawab saya sambil tersenyum.Tak sangka dalam ramai-ramai yang mempersoalkan harga majalah WOW, masih ada yang berhati mulia.

Pernah satu hari…
“Arbain sudah habis baca WOW?”saya bertanya.
“Belum tapi mesti habiskan sebab sudah bayar”jawab sahabat saya itu sambil tersenyum.

Hati saya lega kerana itulah antara sebab saya cadangkan WOW dijual,supaya orang baca. Tentulah baca kerana sudah bayar, nanti rugi pula. Dulu, setiap kelas dapat satu. Majalah itu dipas-paskan dari meja lecturer sampailah orang belakang sekali tapi tak ada pun yang berminat nak baca kecuali 1, 2 orang. Tapi sekarang, Alhamdulillah, orang mula cari dan kenal majalah ini. Teringat 1 dialog..

“Akak, WOW laku macam goreng pisang sampai tak cukup.Ada lagi tak?”tanya Dayana junior yang akan ke Rusia.

Saya rasa harga seringgit mahupun 50sen bukanlah harga sebenar ilmu dan bahan-bahan yang terdapat dalam majalah tersebut. Namun, biasalah, bahan ilmiah kalau perlu dibayar berat rasanya tapi bahan hiburan mahal pun sanggup.
Disebabkan pelbagai cerita yang tidak sedap didengar tentang saya, akhirnya saya undurkan diri dari team ini. Bukan kerana putus asa apabila diuji di jalan Allah tapi untuk kebaikan dan memandangkan matlamat saya sudah tercapai. Dakwah tetap diteruskan…

~Maruah itu permata seorang muslimah~

“celakalah bagi setiap pengumpat dan pencela”(104:1) maksud firman Allah. Buat renungan semua.

1 comment:

Adziemah Fitriah said...

Terlupa pula nak beritahu..
WOW sekarang diedarkan secara percuma..
Memandangkan kami tak memerlukan modal untuk membeli ink warna lagi..
Kalendar berwarna pun dah tak dijual..
Ini kerana, kami dah mencapai matlamat asal kami..
Iaitu orang kenal dan cari WOW..
Kepada pembaca WOW, moga kita dapat manfaat daripada ilmu yang dikongsi