Sunday, August 8, 2010

Imam Muda



IMAM MUDA

"Anda yang menyaksikan pencarian imam muda unggul...."Tau tak dekat mana boleh dengar ayat ini? Inilah dialog yang selalu digunakan oleh hos Imam Muda 2010 di astro Oasis. Sudah berjaya pun mencari imam muda terunggul iaitu imam muda Asyraf.

Segelintir orang akan bertanya, "Program apa itu?" Program Imam Muda 2010 ialah rancangan kerohanian nntuk memberi pendedahan kepada masyarakat tentang peranan sebenar seorang imam.

Pada mulanya, saya memang tak nak tengok kerana saya sangkakan program ini melibatkan keuntungan melalui undian sms seperti Akademi Fantasia. Tapi rupanya pemarkahan diambil 50% ujian teori dan 50% ujian praktikal.

Mari kita lihat komen-komen negatif mengenai program realiti ini.

"Program ini nak cari glamor."
"Pendakwah tak semestinya ada uniform tertentu."
"Macam tunjuk baik saja."

Respon saya: Kenapa anda-anda ini selalu berfikir dari sudut negatif? (atau mereka ini tak puas hati kerana tak terpilih)

Kalau masuk tv saja dipanggil gila glamor. Benda yang baik pun dituduh itu dan ini. Bukankah lebih baik kita beri sokongan.

Program baik seperti ini memang patut di'glamor'kan. Bayangkan kalau tak dipromosikan, lebih-lebih lagi program islamik sebegini, sudah tentulah tak ada orang yang tahu.

Soal uniform pula, saya rasa tak ada masalah kalau peserta Imam Muda ada baju uniform tersendiri. Nampak lebih seragam. Dengan adanya baju uniform tak bermaksud semua pendakwah perlu memakai baju yang formal untuk berdakwah tetapi membawa mesej penting yang patut ada pada para pendakwah iaitu hendaklah berpakaian KEMAS dan BERSIH. Zuhud adalah sifat yang baik, tapi janganlah disalah ertikan dengan berpakaian comot dan kotor. Sehinggakan non-Muslim melihat Muslim itu berimej kusut.

Zaman sekarang artis selalu dijadikan contoh bagi remaja. Baru-baru ini ada pelajar AF secara rasminya diangkat menjadi ikon belia. Remaja mula terikut-ikut 'ikon' mereka. Hiburan keterlaluan dan batasan pergaulan tak dijaga. Inikah contoh yang baik bagi Muslim?
Saya berpendapat para peserta Imam Muda boleh dijadikan qudwah hasanah ataupun ikon Muslim Super. Antara ciri-ciri yang patut kita ikut:-

  • Setiap hujah ada dalil berdasarkan Al-Quran dan hadis.
  • Pandai mengaji Al-Quran dan mengetahui maknanya.
  • Hafal ayat Al-Quran.
  • Mengetahui bahasa Arab.
  • Berpengetahuan luas dalam agama.
  • Sahsiah terpuji
  • Pergaulan dijaga
Imam TUA vs MUDA

Kenapa mesti ambil pemuda untuk rancangan ini? Rasanya ramai yang dah tau ape jawapan nya..(klu : surah Al-Kahfi) sila rajin-rajinkan diri untuk mentelaah buku-buku. (perlukah saya huraikankan?)

EPISOD-EPISOD

Setiap episod dalam rancangan ini memberikan pembelajaran yang berbeza-beza bagi penonton terutamanya saya. Antara pembelajaran yang dipertontonkan ialah :-

  • Penyembelihan
Saya teringat satu presentation English dalam kelas saya, rakan sekelas menunjukkan cara-cara menyembelih ayam (ayam tiruan a.k.a patung ayam). Sejurus video penyembelihan ayam secara Islam yang sebenar ditayangkan, kedengaran rakan-rakan non-Muslim berbisik-bisik seolah-olah ngeri. Malangnya mereka tak diberitahu kebaikan daripada sembelihan sebegitu. Daripada episod Imam Muda, cara-cara dan hikmah penyembelihan ayam secara Islam dihuraikan dengan jelas.
  • Outdoor activities

Ada aktiviti sukan seperti paintball, berkayak, menunggang kuda. Ini menunjukkan kepentingan mempunyai fizikal yang sihat dalam diri pendakwah (cakap kat diri sendiri juga).
  • Penceraian
Episod Penceraian pula mengisahkan cara imam muda memberi kaunseling kepada pasangan yang ingin bercerai. Sewaktu saya di INTEC, seorang non-Muslim, Chinese, bertanya pada saya.

"Orang Islam ini kalo husband tak suke, dia just ckp, "I ceraikan U". But, perempuan tak boleh nak bercerai walaupun husband dia jahat. "

Lihat. Inilah satu daripada bermacam-macam salah faham tentang Islam dalam kalangan Non-Muslim. Mereka melihat Islam merendahkan martabat wanita sedangkan ada saluran lain yang boleh diambil oleh isteri iaitu memohon cerai.

Selain itu, para peserta menziarahi rumah anak yatim, dan rumah orang tua-tua. Sungguh menginsafkan dan menyedihkan.

Nabi SAW telah bersabda di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Ibnu Maajah yang bermaksud:-

“Sebaik-baik rumah ialah rumah orang Islam yang ada di dalamnya anak yatim yang diasuh dengan baik dan sebaliknya seburuk-buruk rumah adalah rumah orang-orang Islam yang ada anak yatim tetapi tidak dijaga dengan baik”


Berdasarkan hadis ini, jelas betapa Islam mementingkan kebajikan anak yatim. Di kesempatan ini, saya mengajak kita semua meluangkan masa dan tenaga buat mereka yang memerlukan kasih sayang. InsyaAllah. Kita semua cuba sama-sama boleh?

Alhamdulillah, akhirnya siap juga post kali ini, setelah selama berhari-hari mengarangnya. Lama sebab tertangguh-tangguh oleh pelbagai perkara. Sejak Imam Muda masih belum melangkah ke final hinggalah ke hari ini. Syukur selesai juga. Saya berdoa moga rancangan Imam Muda Siri akan datang lebih memberi manfaat serta dapat menarik lebih ramai penonton dan akhirnya penonton-penonton dapat mempertingkatkan pengetahuan serta amal masing-masing.

Wallahu`alam

No comments: