Tuesday, August 17, 2010

Meng'iklan' Iklan Ramadhan

Salam warahmatullah..

Saya tak pasti kalau ada orang yang mempunyai minat yang sama seperti saya iaitu amat suka menonton iklan. Biasanya saya lebih minat tengok iklan berbanding menonton cerita yang ditayangkan. Lebih-lebih lagi kalau sudah berbulan-bulan tak tengok tv (duduk di asrama) Tapi, akhir-akhir ini, makin banyak iklan yang 'bukan-bukan' di tv Malaysia- tak sesuai ditonton oleh semua pihak dan ada juga yang tak sesuai dijadikan tontonan bagi Muslim. Ishk..ishk..ishk..

Anda semua perasan tak di bulan ramadhan ini, sungguh banyak iklan berbuka puasa. Iklan pelbagai jenis makanan ( Saji, Lipton, Marigold, lain-lain). Lebih-lebih lagi beberapa minit sebelum azan Maghrib di TV1. Tak kurang juga iklan untuk hari raya. Jualan murahlah..jualan runtuhlah...

Ramadhan baru bermula, iklan raya dah ditayangkan. Begitu kita tak sabar menanti hari raya sedangkan Ramadhan itu merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan. Sepatutnya kita semua ternanti-nanti akan kedatangan Ramadhan Al-Mubarak. Bukan menanti Ramadhan kerana Bazar Ramadhan. Kalau hanya disebabkan itulah, maka apa bezanya kita dengan Non-Muslim.

Seorang Non-Muslim beritahu saya, "Saya suka bulan ini, banyak jual kuih-kuih sedap-sedap."

Berbalik kepada tajuk post kali ini, sebenarnya saya nak meng'iklan' beberapa iklan yang dijumpai daripada youtube dan tv berkenaan BULAN RAMADHAN

*Iklan Petronas Malaysia. Mesti ramai yang pernah tengok iklan ini.Komen saya: "Saya suka iklan ini, ada pengajaran yang bermakna."


*Iklan Indonesia. Komen saya: "Iklan yang comel. Budak kecik ni memang comel" (pendapat saya lah)



*Iklan Arab (tak tahu negara mana) yang mempromosi salah-satu amalan ibadah di bulan Ramadhan iaitu Qiam. Sila rajin-rajinkan diri untuk menekan link ini. Komen saya: "Insaf"



*Iklan Arab yang mengajak memperbanyak bacaan Al-Quran. Komen saya :"Fenomena yang di luar kebiasaan kalau terjadi di Malaysia "(betul tak?)

*Iklan Indonesia yang mengajak kita memberi sedekah. Komen saya: "Iklan yang simple."


*Iklan Indonesia. Cerita tentang gosip atau mengumpat di bulan puasa. Komen saya: "Iklan ini comel dan memang ter'kena' lah."


*Iklan Indonesia mengisahkan budak tak tahan nak berbuka puasa. Komen saya: "Mak dia macam tau-tau je. Inilah yang dikatakan naluri keibuan."

Menarik sungguh iklan-iklan ini. Alangkah bagusnya kalau stesen tv di Malaysia banyak menayangkan iklan-iklan sebegini. Disamping menarik, terdapat juga pengajaran. Kita kata negara kita 'negara Islam'. Inilah salah satu cara menarik minat mereka bukan Islam untuk mengenali Islam dengan lebih mendalam.

Semoga anda semua terhibur dan mendapat pengajaran daripada iklan-iklan yang saya kongsikan. Boleh juga memberi komen tetang iklan-iklan ini. Kalau nak berkongsi iklan yang menarik pon boleh. Tafaddhol !

Wallahu`alam

4 comments:

qistina said...

sangat menarik. terima kasih. ramadhan mubarak :)

suka iklan qiamullail dan memperbanyak bacaan al-quran. sudah post di facebook, semoga bisa memberi peringatan diri sendiri dan yang lain insyaAllah. jzkk

adziemah said...

wah!
cepatnye baca post ini..
1st reader,mybe :)

saya tgk iklan baca al-Quran tu pon drpd fb ibu.

slmt beramal ibadah ye qistina

Triunt said...

Hallo Miss Ziema.
saya dari Indonesia.
itu yg iklan pake "Budak" itu bukan budak, itu Seorang Ibu kepada anaknya. jadi bukan budak (pembantu).

Kebetulan ketemu blog ini, pas cari informasi video TVC ramadhan di banyak negara, saya kumpulkan disini http://www.soloaja.com/v2/forum/44-movie-and-tv/5351-video-iklan-tv-penuh-hikmah-di-bulan-ramadhan.html.

Salam kenal.

adziemah said...

ooo..
maaf ye Triunt
kalau bahasa melayu di malaysia, budak maksudnya seorang anak kecil yang usianya tak sampai belasan tahun.

jadi, ada sedikit salah faham dari segi bahasa saja..

budak=anak kecil