Sunday, October 31, 2010

Teguran yang hebat!

Salam warahmatullah

Seronoknya 2 hari ini, adik beradik seusrah ziarah kami di Manipal. bangalore ke Manipal tersangatlah jauh, tapi kerana ikatan ukhwah yang kuat, jalan yang jauh pun terasa dekat..(ayat puitis tu)

Malpe Beach..

Believe it or not, di pantai ni, saya menaiki unta. Wah, menaiki unta di atas pasir-pasir pantai sambil dikelilingi warga India(pelancong asing la katakan)..pelik tapi benar.hehe

Sesi dialog di atas unta:

Adziemah: "Wah, kita dapat naik haiwan tunggangan Rasulullah s.a.w..seronoknya!!"saya sungguh teruja..

Atikah: "Aah la..wow hebatnya!!"

Adziemah: "Siap atas pasir lagi tu, macam ayat-ayat cinta"

Begitu lah situasinya apabila Malaysian jumpa unta..


Bersambung...

p/s: buat masa sekarang, kisah-kisah saya akan bersambung-sambung..memandangkan kesuntukan masa..

Friday, October 22, 2010

"Beli kat Malaysia ! "

Tempat kejadian: Malaysia

Situasi 1


Pada satu petang, Ali sedang membeli-belah di sebuah pusat membeli-belah, kedengaran daripada corong radio, "Belilah barangan tempatan"

Ali tergelak mendengar ayat tersebut. "Barangan Malaysia? ee..tolonglah..tak berkualiti langsung!"kata Ali dengan penuh angkuh.

Sering kali kita dengar barangan tempatan diperlekehkan dan diketepikan. Kadang-kadang bukan kerana kualiti tetapi jenama yang berbaur 'tempatan'.

Mungkin saya tergolong diantara golongan terbabit. Sehinggalah peristiwa di bawah berlaku...

Tempat kejadian: Manipal,India

Situasi 1

"Wah, lawanya botol air kau ni. Berkualiti tu. Nak beli jugak la. Beli kat kedai mana?"tanya M sambil mengetuk-ngetuk botol tersebut. Dia sangat teruja untuk tahu.

"Saya bawa dari Malaysia.."sambil menunjukkan riak penuh kebanggaan.

Situasi 2

"Cantiknya payung!!!Beli kat mana?"

"Mestilah Malaysia. Tak ada maknanya kat sini ada jual payung secantik ni."berlagak sungguh bunyinya.

*sekadar gambar hiasan. Ops, silap letak gambar. Sepatutnya letak gambar payung Malaysia. Tapi tak apala. Ini payung kat Jepun, best kan? Mungkin boleh cuba jual kat Malaysia.

Situasi 3

"Cuba picit-picit roti tu, lembut ke tak.."tanya B. Hampir kesemua roti yang ade di kedai tersebut dipicit-picit oleh B.

"Semuanya keras lah.."keluh rakan B..kecewa..

"Memang tak ada roti selembut Gardenia or High-five ke kat sini? Semuanya keras.."B membebel-bebel.


Pak cik kedai pula menjeling semacam ke arah mereka..

Mungkin dalam hati dia, dia tertanya-tanya, "Apa yang budak dua orang ni buat, di picit-picit roti tu. Nak beli ke nak hancurkan?"(dalam bahasa karnada..lebih kurang bahasa hindustan)

(Selingan: Untuk pengetahuan, pernah 1 hari, saya nak lipat roti tu, sampai terpatah dua, bayangkan kekerasannya..)

Begitulah sedikit kisah yang boleh saya kongsikan, bila berada di sini, makin lama, makin rasa sayang dengan tanah air tercinta. Bak kata pepatah, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri. (siap ada pepatah melayu..macam karangan Bahasa Malaysia).

Teringat kalimah-kalimah cinta teragung iaitu...

Maksud firman Allah swt:

Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih”.
Surat 14. IBRAHIM - Ayat 7

Sebenarnya, kita hanya akan bersyukur apabila sesuatu nikmat itu hilang. Jadi, buat sesiapa yang asyik merungut tak puas hati dengan kehidupan anda, tengok lah orang yang lebih teruk keadaanya daripada anda.

Jangan melihat orang yang lebih senang, nanti hilang rasa syukur, timbul pula rasa kufur..

Akhir kata, tajuk sharing kali ini ialah: SYUKUR, ALHAMDULILLAH...

Monday, October 18, 2010

Di Manipal, India-part 2

Bismillahirahmanirrahim..

Terima kasih cik Ran Itchuki a.k.a cik ipah dan seorang lagi yang tak perkenalkan diri atas cubaan anda.

Macam dah boleh dijangka jawapannya kan?

Cerita seterusnya bersambung...

"Allahu akbar..Allahu akbar.."

Seluruh warga dewan terdiam..

Sunyi..

Cepat-cepat seseorang bertindak menutup azan..

Tidak kelihatan siapa empunya tangan tersebut..

Lagu hindustan menjadi pilihan si dia..

Penari-penari kegirangan lantas memulakan langkah tarian yang mengasyikkan..

Sejurus mereka mula menari dan sedetik setelah azan dimatikan, hampir separuh dewan bertepuk tangan kegembiraan..

Bukan itu sahaja malah sorakan juga bersahutan..

Terkejut saya..terkilan..speechless..

Mata saya tertangkap pada seorang jejaka Muslim di hadapan saya..

"Amboi, gembiranya dia bertepuk tangan.."hati saya bertambah geram..bukan setakat tak menghormati azan, malah mereka boleh bersorak!!!!

Untuk pengetahuan, hampir separuh warga dewan adalah orang Islam. Malah ada antara AJK Pelaksana pun terdiri daripada kalangan Muslim.

Pada asalnya, saya memang bercadang untuk melarikan diri daripada konsert terbabit. Lari ke Pejabat Polis untuk selesaikan urusan pasport pelajar luar negara. Masih berbaki setengah jam daripada masa yang dirancang untuk beredar secara senyap-senyap daripada majlis lagho itu.

Tapi, melihatkan apa yang berlaku pada waktu itu, saya mengajak kawan-kawan saya untuk beredar sahaja daripada majlis tersebut. Dengan harapan akan ada yang terfikir kenapa saya bertindak sebegitu. Kami pun keluar dengan perasaan yang sangat hampa...meninggalkan majlis yang dikatakan 'wajib' itu..

Saturday, October 16, 2010

Di Manipal,India..

Majlis Orientasi MMMC

Dalam 1 majlis wajib anjuran senior bagi menyambut junior, ada macam-macam persembahan diadakan. First time di bumi india, dah dihidangkan dengan tarian dan nyanyian..em, terdiam seketika..

Komen: dahsyat!

Tiada Muslim yang terlibat dengan tarian campuran itu. Sedikit berita baik, mungkin. Mungkin juga tidak kerana penonton ada yang Muslim. Sedikit bayangan tentang tarian tersebut.

  • tarian secara berpasangan lelaki dan perempuan
  • lebih daripada 3 pasangan
  • lagu: bollywood
  • 3 buah lagu (mungkin)
  • pakaian: em..no komen (seksi sangat!)
Nak dijadikan cerita, pada petang tersebut, sebuah laptop sedang asyik mengalunkan irama bollywood bagi mengiringi tarian tersebut. Tiba-tiba laptop tersebut mengeluarkan azan. Azan Asar berkumandang...

"Allahu akbar...Allahu Akbar.."

Seluruh warga dewan terdiam..

Sunyi..

Cepat-cepat seseorang bertindak..

Soalan saya, apa yang terjadi seterusnya?

Pilihan jawapan :

a) tutup lagu hindustan
b) tutup azan yang berkumandang

Sila jawab dulu ya....

Jawapan yang salah takkan dikenakan penalti, manakala yang betul hanya akan di ucapkan, "em, jawapan anda betul"

Kalo dapat sambutan barulah cerita ini bersambung..

Maybe akan bersambung~

Saturday, October 9, 2010

'Experiment' Baju Raya




Ecah menggayakan baju raya baru sambil memakan kuih raya

Salam warahmatullah..

Seperti yang dijanjikan, inilah gambar baju kurung raya untuk anak sedara yang bernama `aisyah safiyah a.k.a ecah..hasil daripada experiment menjahit atas tunjuk ajar ibu tersayang..

p/s: kepada abi dan ummi ecah, tak kisah kan kalau letak gambar ecah kat sini?hehe..terima kasih :)