Showing posts with label di Manipal. Show all posts
Showing posts with label di Manipal. Show all posts

Sunday, April 10, 2011

Mereka ini...



Mereka ini dulunya sekadar kenalan..
Kini menjadi sahabat akrabku..
Hatiku tersenyum mengenangkan kalian, wahai sahabat-sahabat kusayang..
(wah, jiwangnya..hehe)

Rasulullah s.a.w memberi perumpamaan dengan bersabda: “Sesungguhnya, perumpamaan teman baik dengan teman buruk, seperti penjual minyak wangi dan peniup dandang besi; adapun penjual minyak, maka kamu kemungkinan dia memberimu hadiah atau engkau membeli darinya atau mendapatkan aromanya; dan adapun peniup dandang besi, maka boleh jadi ia akan membakar pakaianmu atau engkau menemukan bau busuk”
(HR Bukhari dan Muslim)

Assalamualaikum..

Walaupun diri ini tersangatlah busy, tapi kerana kebaikan mereka ini, membuatkan saya teringin sangat untuk bercerita tentang mereka..

Individu-individu ini ialah kenalan saya semasa di Seseri dan juga di Intec..
Sekarang kami sama-sama di Manipal.

Ingin sekali saya bercerita tentang mereka, mereka yang membuatkan hidup saya bermakna. Tak mungkin ada gantinya..

Mereka ini sentiasa menghulurkan bantuan..membantu tanpa minta balasan, rela bersusah kerana sahabat..

"Biar fatin hantar kan Adziemah..sian enti penat jalan kaki"

"Tidurlah atas katil aku"(tapi saya tolak pelawaan itu dan tidur di lantai..lebih selesa tidur sebegitu di rumah orang)

"Jom aku hantar hang naik motor.."

"Biar aku yang ambil kan makanan.." <--Ainfa

Yang tak pernah lokek memberi sesuatu..

"Ko pinjam lah buku aku ni"

"Makanlah spageti ni, aku memang buat untuk ko makan"<--syahirah

"Fotostat la nota aku, tak apa"

"Jom datang makan kat rumah akak malam ni"<--kak aisyah

"Makanlah, sori..ada biskut je."(walaupun biskut je, aku still hargai la haziqah, atikah..)

"Nah ambillah past year paper ni, aku dah tak guna"

Mereka ini sentiasa memberi semangat ketika saya lemah..

"Ko janganlah sedih..aku sedih tengok ko sedih."

"Bersabarlah Adziemah, Allah tengah uji hang tu"

"Siannye ko, tak apa lah, jangan sedih k"

Sentiasa mengajak kepada kebaikan..

"Jom solat jemaah, ko imam"

"Jom qiam kat umah akak"

"Jom pergi saturday circle kat masjid Manipal.."<--Sen (BatWomen)

Mereka ini lah yang berjaya membuat hati saya sentiasa bersyukur..dikurnia sahabat sebaik ini

Gusar sekali sekiranya diri ini banyak menyusahkan kalian, andaikata sebegitu, maafkanlah diri ini..

Tak mampu untuk membalasnya, namun ku harap Allah membalas jasa kalian dengan sebaik-baik ganjaran..


Moga kita semua menjadi Doktor Muslim yang disegani bukan hanya kerana skill yang hebat malah yang lebih penting ialah kerana iman bercahaya di dalam diri..


Jazakillah sahabat..

Saturday, November 13, 2010

Teguran yang hebat! part 2


sambungan part 1...


Hari sudah pun senja..langit oren kemerah-merahan..Subhanallah!cantiknya permandangan.

Sekejap masa berlalu, sudah tiba waktu Maghrib..


SOLAT SEORANG MUSAFIR

Kami pun mencari-cari arah kiblat berpandukan alam ciptaan Allah..

Cuaca sudah tersangat gelap. Khuatir juga kerana banyak anjing berkeliaran di pantai..

Setelah menentukan kiblat, kami pon solat berhadapan laut yang tenang..

Subhanallah, kami solat Maghrib berjemaah di tengah-tengah pantai..

Sayu sungguh tersentuh dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran, bertemankan desiran ombak, bayu pantai yang sejuk, cahaya pula samar-samar saja..tenang dan mendamaikan hati..

Hebat sungguh alam dunia ciptaan Allah, apatah lagi di syurga sana..

Maksud terjemahan Al-Quran:
"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal,

(yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka."
(Surah Ali Imran: 190 dan 191)

Menitis juga air mata tatkala terngiang lagu Raihan dalam cerita Syukur 21,


"Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai...
Dengan rahmatMu...ampunkan daku...Oh Tuhanku.."

Hidup ini singkat, entah bila pula giliran kita..pengakhiran yang boleh jadi husnul khotimah atau sebaliknya..yang pasti, memang ada akhirnya kehidupan ini..insaf sungguh..

SHARING SESSION

Setelah solat, kami pon membuat sedikit sharing-sharing bersebelahan patung Mahatma Ghandi..

Terkesan sungguh dengan kisah yang dikongsikan oleh seorang sahabat tentang pengalaman sekumpulan pelajar Muslimah Bangalore.

Kisahnya berlaku di kedai kasut di Bangalore,

Waktu solat sudah hampir habis, tapi niat di hati mereka, akan bergegas balik untuk solat di bilik selepas selesai membeli kasut..

Dalam asyik memilih kasut, owner kedai kasut itu bertanya kepada mereka,

"Have you all *namas?"tanya pakcik India tu.

Mungkin dia mampu mengagak mereka ini Muslim melalui pemakaian mereka.

"We have'nt namas yet."serba salah nak jawab.

"You have'nt namas?! It is already late"terkejut pakcik itu..memang dah tersangat lambat pun..

Pakcik itu pun menasihati mereka untuk solat segera. Baik sungguh hati pakcik itu, bukan sahaja nasihat mereka untuk segera solat, malah menawarkan kepada mereka untuk menggunakan satu bilik di dalam kedai itu..Bukan itu sahaja, demi keselesaan mereka, pakcik itu juga mencuci lantai bilik tersebut dan mengalaskan dengan plastik-plastik kedai.

Mulianya hati pakcik itu..

Tak pernah saya terbanyangkan akan ada seorang pekedai bertanya pelanggannya, "Awak dah solat?"

Inikan pula menyediakan tempat (yang asalnya bukan surau) untuk pelanggan yang belum pernah dikenali untuk tumpang solat.

Dalam tak sedar, sebenarnya itulah teguran Allah, bukan mereka saja malah buat kita semua yang mengetahui kisah ini. Iaitu, jangan melambatkan solat!

Mari kita renungkan hadith ini:

Abdullah bin Mas`ud telah bertanya kepada Rasululullah SAW: " Apakah amalan yang paling disukai Allah SWT?" Sabda Rasulullah: "Solat pada waktunya." Kata Abdullah: "Kemudian apa?" Sabda Rasulullah: "Berbuat baik kepada ibu bapa." "Kemudian apa lagi?"tanya Abdullah. Jawab Rasulullah :"Berjihad di jalan Allah SWT"

Riwayat Bukhari & Muslim


Boleh saja sekiranya Allah menegur kita yang melengahkan solat dengan menimpakan kemalangan jalan raya, bala, dan sebagainya. Boleh jadi juga, Allah tidak lagi menegur kita, tetapi menghentikan nafas kita. Dan waktu itu, tiada alasan untuk kembali ke dunia untuk melaksanakan solat yang kita lengahkan itu.

Buat renungan semua, "Masa kita di dunia semakin singkat, bersediakah kita untuk ke akhirat?" tepuk dada, tanya iman.


*p/s:
  • namas bermaksud solat
  • Dalam ayat 191 daripada surah Ali Imran, ada doa yang boleh kita semua baca ketika melihat keindahan alam.

Sunday, October 31, 2010

Teguran yang hebat!

Salam warahmatullah

Seronoknya 2 hari ini, adik beradik seusrah ziarah kami di Manipal. bangalore ke Manipal tersangatlah jauh, tapi kerana ikatan ukhwah yang kuat, jalan yang jauh pun terasa dekat..(ayat puitis tu)

Malpe Beach..

Believe it or not, di pantai ni, saya menaiki unta. Wah, menaiki unta di atas pasir-pasir pantai sambil dikelilingi warga India(pelancong asing la katakan)..pelik tapi benar.hehe

Sesi dialog di atas unta:

Adziemah: "Wah, kita dapat naik haiwan tunggangan Rasulullah s.a.w..seronoknya!!"saya sungguh teruja..

Atikah: "Aah la..wow hebatnya!!"

Adziemah: "Siap atas pasir lagi tu, macam ayat-ayat cinta"

Begitu lah situasinya apabila Malaysian jumpa unta..


Bersambung...

p/s: buat masa sekarang, kisah-kisah saya akan bersambung-sambung..memandangkan kesuntukan masa..

Friday, October 22, 2010

"Beli kat Malaysia ! "

Tempat kejadian: Malaysia

Situasi 1


Pada satu petang, Ali sedang membeli-belah di sebuah pusat membeli-belah, kedengaran daripada corong radio, "Belilah barangan tempatan"

Ali tergelak mendengar ayat tersebut. "Barangan Malaysia? ee..tolonglah..tak berkualiti langsung!"kata Ali dengan penuh angkuh.

Sering kali kita dengar barangan tempatan diperlekehkan dan diketepikan. Kadang-kadang bukan kerana kualiti tetapi jenama yang berbaur 'tempatan'.

Mungkin saya tergolong diantara golongan terbabit. Sehinggalah peristiwa di bawah berlaku...

Tempat kejadian: Manipal,India

Situasi 1

"Wah, lawanya botol air kau ni. Berkualiti tu. Nak beli jugak la. Beli kat kedai mana?"tanya M sambil mengetuk-ngetuk botol tersebut. Dia sangat teruja untuk tahu.

"Saya bawa dari Malaysia.."sambil menunjukkan riak penuh kebanggaan.

Situasi 2

"Cantiknya payung!!!Beli kat mana?"

"Mestilah Malaysia. Tak ada maknanya kat sini ada jual payung secantik ni."berlagak sungguh bunyinya.

*sekadar gambar hiasan. Ops, silap letak gambar. Sepatutnya letak gambar payung Malaysia. Tapi tak apala. Ini payung kat Jepun, best kan? Mungkin boleh cuba jual kat Malaysia.

Situasi 3

"Cuba picit-picit roti tu, lembut ke tak.."tanya B. Hampir kesemua roti yang ade di kedai tersebut dipicit-picit oleh B.

"Semuanya keras lah.."keluh rakan B..kecewa..

"Memang tak ada roti selembut Gardenia or High-five ke kat sini? Semuanya keras.."B membebel-bebel.


Pak cik kedai pula menjeling semacam ke arah mereka..

Mungkin dalam hati dia, dia tertanya-tanya, "Apa yang budak dua orang ni buat, di picit-picit roti tu. Nak beli ke nak hancurkan?"(dalam bahasa karnada..lebih kurang bahasa hindustan)

(Selingan: Untuk pengetahuan, pernah 1 hari, saya nak lipat roti tu, sampai terpatah dua, bayangkan kekerasannya..)

Begitulah sedikit kisah yang boleh saya kongsikan, bila berada di sini, makin lama, makin rasa sayang dengan tanah air tercinta. Bak kata pepatah, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri. (siap ada pepatah melayu..macam karangan Bahasa Malaysia).

Teringat kalimah-kalimah cinta teragung iaitu...

Maksud firman Allah swt:

Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih”.
Surat 14. IBRAHIM - Ayat 7

Sebenarnya, kita hanya akan bersyukur apabila sesuatu nikmat itu hilang. Jadi, buat sesiapa yang asyik merungut tak puas hati dengan kehidupan anda, tengok lah orang yang lebih teruk keadaanya daripada anda.

Jangan melihat orang yang lebih senang, nanti hilang rasa syukur, timbul pula rasa kufur..

Akhir kata, tajuk sharing kali ini ialah: SYUKUR, ALHAMDULILLAH...