Monday, August 24, 2009

Memori 'I-explore 3'


Ape i-xplore 3 tu? Kalau nak tahu, log on to www.psc-intec.blogspot.com .Sudah seminggu camping tu berlalu.

Alhamdulillah..antara komen yang kelab kami dpt, semua memuaskan..

Ada 1 komen tu---“pada saya,yang tak memuaskan 0%”

Sujud syukur buat Allah swt..

Banyak perkara yang berlaku dalam hidup saya gara-gara i-xplore3. Banyak masalah menimpa-nimpa sampaikan saya terduduk, menangis.

Pada asalnya, saya hanya lah AJK Aktiviti bagi camp ni, tapi, saya tolong selesaikan tempat memandangkan saya duduk Selangor.

Pada saya, untuk mendapatkan camp site tu sangat susah..banyak masa dan tenaga, buat surat, pergi survey tempat dengan ayah, tawar-menawar dengan pihak tempat tu,fakskan surat, lepas 1 surat ke 1 surat..akhirnya..alhamdulillah selesai..

Project director (PD)gembira ixplore akan terlaksana. Mane tak nya, program yang sepatotnya dalam taqwim semester lepas tertangguh ke semester ini.

Semuanya dah selesai hanya menunggu mase..

TIBA-TIBA…

“saya nak program ni dibatalkan”kata putus dari pihak tertentu. Saya terkedu.

Rasa bersalah yang teramat sangat..

Walaupun masalahnya disebabkan pihak pegawai tempat perkhemahan dan bukanlah saya, tapi saya yang memilih tempat tu.

Ribut taufan melanda~

“Ya Allah, aku penat, bantula hambaMu ini”menitis air mata saya..

Teringat mesej dari kak Aisyah

Firman Allah,

Maksudnya :

“Sungguh, orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, mereka akan mendapt syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, itulah kmenangan yang agung” (Al-Buruj: 11)

“Aik, camping mcm tu pun dikira dakwah ke?”

Camping utk suka-suka panjat hutan memangla sia-sia, tapi niat amar makruf nahi mungkar, insyaAllah namanya dakwah.

Lepas insiden itu, masalah siapa nak menggantikan PD, sebab PD resign..

Meeting demi Meeting..akhirnya Majlis Tertinggi Muslimat seramai 4 orang jadi PD bersama.

Sekali lagi, naik turun pejabat untuk tukar tempat, tarikh, cari pegawai pengiring.

Saya mencari tempat yang baru. Sekali lagi, tawar-menawar dan surat-menyurat, syukurlah pihak Excel Training ada emel. Teknologi moden memang memudahkan..hehe

Meeting kali ke berapa saya pon tak tahu, kali ini nak inform semua yang terlibat apa cerita dengan I-xplore3.

Seminggu je lagi dari tarikh I-xplore…TIBA-TIBA….

Kampus diarahkan tutup, semua pelajar digalakkan pulang berikutan H1N1 yang semakin menular..

“I-xplore kena tunda atau cancel. Antum nak yang mana?”Ustaz(penasihat kelab) tanya saya.

“Tunda”. Saya memberi kata putus walaupun berbelah bagi..hampir putus asa dengan ujian Allah. Seolah-olah Allah memang tak izinkan program ini berjalan.

Bagi saya yang banyak terlibat dalam pelbagai urusan, sangat berat bila usaha sia-sia. Lagi sekali merayu pada Allah dan menagis.

“Assalamualaikum encik, kami terpaksa tangguh ke tarikh 15 Ogos”saya maklumkan kepada pihak Excel Training. Syukur masih ada tempat.

Sekali lagi, turun naik pejabat untuk tukar tarikh.

SEHARI sebelum 15 Ogos

“Angka kematian disebabkan H1N1 semakin meningkat, semua institusi tidak dibenarkan mengadakan lawatan ke luar kawasan melainkan tujuan akademik”radio dalam bas berbunyi.

Allahu Akbar!!-hati saya terdetik, macam mana dgn ixplore?

AJK pengangkutan beritahu saya yang “kita tak dapat bas sebab semua perjalanan ke luar Selangor dibatalkan”

Memandangkan saya ada lecture, saya mintak tolong farah liyana(PD bersama) untuk selesaikan masalah ini.

Bercelaru otak saya ditambah Core Math yang tengah diajar.

Budi bicara pihak tertentu, akhirnya masalah-masalah tersebut selesai.

Allahu Akbar!!

Sujud syukur utk kali ke berapa,saya pun tak tahu..

Lewat petang tu,saya dapat banyak mesej

“Sori kak, saya ada hal, tak dapat join. Kawan saya lagi tiga tu pun tak dapat join”

“Sori weh, aku tak nak join lah, cancel nama aku, exam nak dekat, aku tak prepare lagi”

“Salam, junior muslimin sorang je bg nama”

“Ko tau tak, nama sekian..sekian..sekian…sekian..sekian cancel. Ko tau la kan, next week exam biology”

“Kawan saya tak jadi pergi, dia balik rumah”

Em…sangat menyedihkan..mengecewakan..menghampakan..

Bayaran telah dibayar untuk seramai 60 students, tapi akhirnya, 36 saja yang pergi. Yang lain cancel last minute.

Malam tu saya cuba menelefon ustaz sekali lagi, “Boleh ana tau siapa penceramah esok?Ustaz da dapat carikan?”

“Maaflah, ustaz tak dapat cari, cuba enti tanya ustaz Wan”

Malam tu sangat suram..ALLAH..ALLAH..ALLAH..peserta pun tiada, penceramah pun tiada

Saya meluahkan rasa hati pada sahabat saya..terkilan kenapa yang nak cancel ni inform last minute sangat.

“kau kena fikir macam ini, dorang yang tak dapat pergi sebab exam tu mmg nak pergi sangat2 pada mulenye”

Betullah..kesian kat dorang..Allah tak izinkan dorang join.

Malam tu saya qiam, sebab qiam dapat menguatkan iman utk menempuh hari esok.

AL-KISAH I-XPLORE3

Tiba-tiba…

Ustaz Wan kata dia tak prepare utk bagi ceramah..

Akhirnya, saya jadi bidan terjun..pegang microfon, handle majlis, mula dgn ice breaking. Faci muslimat bertungkus-lumus jayakan idea gamez spontan untuk menggantikan slot-slot ceramah. Memang sangat-sangat SPONTAN.

Game REGU, R-A-J dan Monster Inc

Semua game ada motifnya.

Game REGU untuk sedarkan peserta tentang nikmat mulut.

R-A-J (rohani, akal, jasmani) mesti bergerak seiringan.

Monster Inc pula…jangan mengumpat dan membuat fitnah !

Petang tu pula EXPLORE-RACE

Yang islamicnya, clue-clue tempat diberi dalam bentuk ayat al-Quran.

ANTARANYA: 80:31 (kena rujuk terjemahan Al-Quran)

Semak punye semak, maksud firman Allah,

“ dan buah-buahan dan rerumputan”

Susah jugak nak cari, mana tak nya, da lah EXPLORE-RACE dalam hutan, sah-sah lah ada banyak pokok buah-buahan. Musim nangka pulak tu..kesian la kumpulan yang dapat clue tu..haha

Banyak benda yang menarik pasal i-xplore, tapi 7 hari 7 malam taip pun tak habis, lbh lanjut log on www-psc-intec.blogspot.com.

Alhamdulillah, makanan sedap, tempat best,selesa, bersih..saya ajak PD bersama sujud syukur di surau Excel Training. Rupanya Allah nak bagi sesuatu yang lebih bagus. Sebab doa saya

“Ya Allah, aku mohon yang TERBAIK buat i-xplore ni, semoga program ni bkn sekadar suka-suka tapi pesertanya dapat petunjuk dan hidayah dariMu ”

~Jalan Dakwah Memang Menguntungkan ^-^

Maksud Firman Allah,

Dan kami akan memudahkan bagimu ke jalan kemudahan (mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat)(87:8)

Di sini, tak lupa untuk muhasabah diri, saya insan biasa, hamba Allah yang hina, mohon maaf atas salah tutur kata sepanjang saya mengendalikan program..


Saturday, June 27, 2009

Epilog Silam I

“Kaki tak guna !! Lebih baik tak payah ada kaki !!”raung kak long dengan linangan air mata.

Kami sekeluarga terkejut dan terdiam.

Esoknya, selepas solat subuh berjemaah, saya bersalaman dengan kak long.

“Kak long, jom kita mengaji sama-sama”saya mengajak dengan penuh lembut. Kak long senyum dan mengangguk.

“A`uzubillahi minasyaitonirrojim. Bismillahirrahmanirrahim.”

“Ar-Rahman.”

Selesai kami membaca surah Ar-Rahman, saya pun memulakan agenda.

“Kak long tau tak apa makna ayat yang kak long baca berulang-ulang kali tadi?”

Kak long menggeleng perlahan.

“Fabiaiyialaa irobbikuma tukazziban maknanya maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan.”

Allah sebut ayat ini sebanyak 31 kali dalam surah ini. Lebih kurang 40% daripada surah ini. Tentu ada sebabnya mengapa ayat ini diulang-ulang.

“Sekarang ini kite(kata ganti diri saya) nak tanya, apa nikmat yang Allah dah bagi dekat kak long?”soal saya sambil tersenyum lembut.

Kak long diam tunduk melihat lantai.

“Kak long mati hidup semula itu nikmat Allah bagi, masih ada kaki walaupun lumpuh itu nikmat, sekarang, keluarga semua sayang kak long pun nikmat. Kak long rasa kak long layakkah dapat semua nikmat ini kalau diikutkan masa silam kak long?”perlahan saja suara saya.

Kak long masih diam, namun air matanya menitis jatuh ke Al-Quran yang dipegang.
“Jangan lupa, nikmat yang paling besar ialah hidayah Allah. Kak long berbeza sangat dulu dan sekarang. Kite sayang kak long yang sekarang. Ada orang diberi hidup di dunia tapi jauh tersesat. Allah hanya bagi hidayah kepada orang tertentu, kak long ini terpilih dan Allah sayang kak long.”sambung saya

“Kak long sakit terlantar lama di hospital sebab Allah nak ampunkan dosa kak long. InsyaAllah dapat masuk syurga. Bayangkan kalau semua ini tak terjadi, kak long masih kak long yang dulu.. Nauzubillah”

“Bila kak long dah berubah ini, kak long perasan tak semua orang sayang kak long?”tanya saya sambil memegang tangannya.

Makin kuat kak long menangis. Terhenjut-henjut bahunya menahan tangis. Saya menjadi sebak.

“Sebab itu..kk..kena..s..selalu bersyukur, alhamdulillah(segala puji bagi Allah). Walaupun kak long lumpuh…tt..tapi kak long masih ada kaki. Ada orang kat luar sana tak ada kaki. Ingat tak doctor cakap apa? Kak long ada harapan untuk berjalan semula tapi kena kuat usaha. Kak long ada usaha tak? Berapa banyak usaha kak long? Ayah cakap kak long tak exercise pun.”

Semakin kuat kak long nangis. Mujurlah ketika itu yang lain ada di atas.

“Kite terkejut tengok kak long semalam. Kak long yang baru bukan macam itu. Jangan pernah marah pada takdir. Percaya qada` dan qadar ditentukan oleh Allah itu termasuk rukun iman”

Firman Allah s.w.t,

Fa innama`al `usri yusra(94:5)
Maksudnya, setiap kesusahan ada kesenangan.

“Kak long sayang kite tak?”saya bertanya sambil menahan sebak di dada. Rasa sayu melihat orang tersayang menangis di depan mata.

Kak long terus memeluk saya. Saya sudah tak tertanggung menahan sebak. Akhirnya, kami berdua berpelukan, menangis keinsafan di pagi subuh itu.
Kakak usrah saya pernah beritahu, “semua barang yang ada pada kita ini milik Allah s.w.t. Jadi, kenapa mesti marah, gelisah kalau Allah ambil balik.”

Analoginya mudah,

“Aku ambil balik ya pen aku yang kau pinjam hari itu”Abu cakap pada Ali

“TAK BOLEH!!”Ali marah

Musykil saya. Tak pelikkah? Sebab itu ucapan sekiranya ditimpa musibah ialah
“innalillahi wa inna ilaihi roji`un”. Untuk bagi peringatan kepada mangsa, kalau dia faham semuanya kepunyaan Allah, insyaAllah hatinya akan lebih tenang. Tapi masyarakat hanya tahu sebut ucapan ini apabila ada kematian saja. Salah tanggapan itu.

Sebulan berlalu…

Alhamdulillah kak long saya sudah boleh berjalan, walaupun masih setapak demi setapak. Doktor pun terkejut memandangkan pada pandangan doctor, harapan untuk kak long pulih daripada lumpuh sangat tipis.

Allah itu maha Kuasa

“Kakak awak sakit apa? Macam mana dia boleh lumpuh?”soalan ramalan daripada anda(macam soalan ramalan SPM pula)

“Kakak saya sakit…………………..”

BERSAMBUNG...

Wednesday, June 17, 2009

Tunjuk ajarku Sifu

“AAAA…….MMMMAAAATTTTTT !!!!”jerit saya sambil membuat balingan seperti lontar peluru. Kapur itu dengan kelajuan cahaya kena tepat pada Amat.Pantang sungguh orang tak tumpu perhatian.

“Adoi, sakitla. Apa ini?”Amat tak puas hati. Budak yang baru berusia 5 tahun itu mengusap-usap kepalanya.

“Cikgu tengah mengajar, kamu buat apa kat belakang itu? Tengok Siti, rajin belajar!!!”saya marah sambil cekak pinggang.

“EH, apa yang bising sangat itu?”Cikgu XY kehairanan.

“ ***(penulis), cikgu, dia pukul orang.”rengek Amat.

“Kami tengah main cikgu-cikgu. Dia nakal,cikgu. Memang patut kena pukul.” Saya tak mahu kalah. “Sikit itu pun nak nangis. Macam perempuanla.”ejek saya.

“Sudah…sudah…****(nama penulis) minta maaf dengan Amat.”ujar Cikgu XY dengan lembut.
Saya diam. Berfikir kewajaran untuk meminta maaf.

“Amat, mm…ma…aaaf……”

Amat tersenyum puas seolah-olah menang dalam kejuaraan Olympic.
Hahahaha…kelakar sungguh zaman kanak-kanak. Sejak itu, cikgu XY mintak saya ajarkan seorang budak baru, perempuan. Ajar apa ya? Biology? Physic? Oh, tentunya tidak. Ajar MENGEJA!!! A+Y+A+M… AYAM. Jangan lupa, saya baru 5 tahun.

Sekarang, genap 2 tahun saya mengajar di SEMUKHSIN. Mendapat gaji RM 30 for 1 lesson. Naik RM 10 daripada tahun lepas. Subject aliran sains.

“macam mana keadaan kakak kak KD?”soal ex-students saya sewaktu melawat kami sekeluarga di ICU Hospital Kajang.

Sangat terharu, mereka baru kenal saya, tapi sanggup datang jauh-jauh untuk melawat kakak saya yang sakit tenat. “Akak terharu sangat. Terima kasih sangat-sangat.”

teringat masa sesi taaruf nama, saya bergurau,”boleh panggil saya kak KD sebab dulu saya ketua dorm” alih-alih, mereka panggil saya kak KD sungguh.

Tahun ini, ajar junior mereka pula. Mengajar form4 dan form5. Memori yang saya tak kan lupa ialah lesson baru-baru ini.

“Korang nak dengar sedikit perkongsian tak? Kita rehat sekejap.”-bahasa yang sangat sempoi.

“Boleh juga.”tersenyum lebar mereka ala-ala dengar berita esok raya.

“Allah sebut dalam surah Al-Ma`un, ayat 4-5, “celakalah orang yang solat, iaitu orang-orang yang lalai terhadap solatnya”?tahu tak kenapa `an solatihim bukan fi solatihim? Kenapa `terhadap` bukan `dalam` solat?”

Seperti yang dijangka, mereka semua menggeleng kepala.

Sebab, bukan senang nak khusyuk dalam solat. Kalau fi solatihim, maka celakalah kita semua sebab ramai yang tak khusyuk dalam solat.

Tapi…TIDAK MUSTAHIL. Hal ini disebabkan khusyuk ataupun ‘feel’ adalah sifat manusia. Cuma kita jarang menggunakan sifat ini ke arah yang betul seperti khusyuk ketika main game, feel bila baca novel cinta sampai menangis-nangis dan sebagainya.

Tahu tak cerita Zulaikha isteri Yusof yang diceritakan dalam Al-Quran? Pada zaman dahulu, Zulaikha ajak penduduk-penduduk wanita ke istananya. Setiap dari mereka diberikan pisau dan buah untuk dikupas. Lantas dia menyuruh Yusof keluar bagi menampakkan ketampanan Yusof kepada mereka. Disebabkan terlalu KHUSYUK dengan ketampanan Yusof yang tiada tandingannya subhanallah, wanita-wanita itu tidak sedar bahawa mereka telah menghiris-hiris jari mereka sehingga berdarah.Mereka bukan sahaja menghiris jari tetapi MENGHIRIS-HIRIS jari mereka!!Kisah ini disampaikan oleh Ustaz Syed Naqjamuddin kepada saya.(pembaca Whisper Of Wisdom mesti macam kenal ayat ini)
Kita sering diceritakan tentang kekhusyukan para nabi ketika mereka solat.

”mereka itu nabi,kita ini manusia biasa”.

Ayat yang sering diungkapkan. Ini cuma sekadar alasan kerana sudah tentu hikmah Allah memilih nabi dalam kalangan manusia ialah supaya hambaNya mampu mengikuti mereka.

Dari kisah solat fardhu sampailah kepentingan solat dhuha. Mereka semua tekun dengar. “Seronok juga jadi ustazah”saya bermonolog dalaman..hehe

Pendidik vs Pengajar

Bagusnya kalau lecturer biology boleh mengajar keajaiban alam ciptaan Allah kepada students dan bukannya sekadar untuk final A-level.Sehinggakan students tak henti-henti menyebut Subhanallah,Allahu Akbar!
Dakwah tidak semestinya di dalam usrah semata-mata….

Di INTEC tak mengajar?

Em, di INTEC semuanya lebih pandai daripada saya. Jadi, saya yang belajar daripada mereka.”Terima kasih Naemah dan Zulaikha sebab ajar kite Biology and English. To Izzati and Haziqah, thank you ajar aku mathematics.”

Rasanya minat mengajar ini mungkin kerana darah yang mengalir dalam diri. Ibu seorang pengetua cemerlang(siap masuk surat khabar dan berita lagi itu..haha). Ayah pula Penolong kanan Co-cu.

“nak jadi cikgu ke doctor?”

“apa pandangan anda semua? jadi doctor dulu, lepas itu baru lecturer medic…em…tak apalah, biar saya fikir sampai garing dulu..haha”

la yukminu ahadukum,hatta yuhibbu liakhiihi ma yuhibbu linafsih

Monday, May 25, 2009

100% TERDIAM !

Menjawab persoalan dan kenyataan mereka yang jahil

~“Kalau Allah benar-benar wujud, mana Allah?”

Semua objek yang mampu dilihat oleh mata kasar manusia tunduk kepada hukum sains( iaitu within wavelength of visible light ). Inilah bukti Allah adalah pencipta alam ini kerana Allah tidak tunduk kepada hukum sains ini menyebabkan Allah tidak mampu dilihat oleh manusia yang lemah.

~“Muslim mengikut ajaran orang yang bodoh”

Sebagaimana yang tertulis dalam Al-Quran, Muhammad seorang yang ummi( tidak tahu membaca dan tidak tahu menulis). Orang bukan Islam menjadikan hal ini untuk menghina rasul kita sebagai orang bodoh. Bodoh adalah istilah yang sesuai bagi sesiapa yang berkali-kali diajar pun masih tidak pandai-pandai. Rasulullah seorang yang bijak, kerana bijak(fathonah) merupakan syarat untuk menjadi rasul. Baginda mudah menghafal dan memahami setiap wahyu yang diturunkan Allah. Terdapat hikmah Muhammad yang ummi dijadikan rasul. Kerana sekiranya baginda tahu menulis dan membaca, tentu orang kafir menuduh baginda yang mencipta Al-Quran dan bukannya wahyu dari Allah Maha Kuasa.

~“Muhammad seorang sexualist”

Non Muslim menjadikan kisah Rasulullah berkahwin ramai sebagai satu cara memburukkan baginda s.a.w. Adakah mereka tahu sebab utama Rasulullah berkahwin ramai? Seandai benar kata non-Muslim, tentu sahaja Rasulullah mengahwini gadis-gadis kerana baginda seorang yang berpengaruh waktu itu. Sudah tentu baginda mempunyai anak yang ramai. Namun TIDAK! Perkahwinan pertama baginda adalah bersama Khadijah. Khadijah ketika itu jauh lebih tua daripada baginda. Ketujuh-tujuh anak baginda adalah hasil perkahwinan dengan Khadijah. Sesudah Khadijah meninggal dunia, barulah baginda berkahwin dengan Aisyah atas dasar menghormati permintaan sahabat baginda. Daripada kesemua isteri baginda, hanya Aisyah sahaja gadis sunti. Perkahwinan ini membuktikan keperibadian baginda kerana ayah Aisyah sendiri, Saidina Abu Bakar (sahabat baginda) yakin baginda akan menjadi suami yang baik buat Aisyah. Manakala isteri-isteri lain merupakan janda yang kematian suami mereka di dalam peperangan. Rasulullah hanya berkahwin dengan mereka sesudah para sahabat enggan menjadikan mereka sebagai isteri. Hal ini menunjukkan, Rasulullah berkahwin dengan mereka bagi membela nasib mereka. Jadi, kesemua para tentera tidak lagi bimbang kerana sekiranya mereka mati syahid, akan ada orang yang akan membela nasib janda mereka. Tidakkah ini menunjukkan kemuliaan baginda.

~Non-Muslim mendakwa wahyu yang diterima oleh Nabi Muhammad adalah daripada syaitan

“Apabila kamu membaca Al-Quran hendaklah kamu meminta perlindungan kepada Allah dari syaitan yang terkutuk”(Surah An-Nahl: 98)
Adalah mustahil syaitan sendiri perintahkan begini.Sungguh tidak logik syaitan berkata”Sebelum baca buku aku, minta perlindungan Tuhan daripada aku.”

~“Wujudkah malaikat ini?” Tersangatlah pelik kerana orang Islam sendiri yang bertanya

Analoginya,
‘VIRUS’ terpampang di skrin laptop
“Alamak, computer ada viruslah” kata Ali
“Macam mana kau tau ada virus?” tanya Abu sambil keningnya diangkat.
“La…kan tertulis kat skrin ini ‘VIRUS’”bentak Ali
Begitulah analoginya untuk menjawab persoalan tentang kewujudan malaikat. Bagaimana kita boleh percaya laptop terkena virus tanpa dapat melihat virus tersebut? Sebabnya, ada tertulis di skrin. “Adakah malaikat itu wujud?” Jawapannya mudah, “Kan sudah tertulis dalam Al-Quran tentang kewujudan malaikat”.

~Orang Islam cakap sembah berhala haram tapi orang Islam yang sembah Kaabah(berhala).Macam mana pula?

Kaabah merupakan kiblat(direction) bagi umat Islam. Sewaktu solat, kami hanya menghadap ke Kaabah tetapi tidak menyembah. Ia merupakan tanda penyatuan Umat Islam.Muslim hanya menyembah Allah s.w.t.

“Sungguh Kami (sering) melihat mukamu menengadah ke langit, maka sungguh Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. Palingkanlah mukamu kearah Masjidil Haram. Dan di mana saja kamu berada, palingkanlah mukamu ke arahnya.”(Surah Al-Baqarah: 144)

Sekiranya kita melihat peta dunia, Kaabah terletak di tengah-tengah.Allahu Akbar.
Sekiranya Non-Muslim masih tak berpuas hati, terdapat 1 kisah pada zaman Nabi Muhammad, ada orang berdiri di atas Kaabah untuk melaungkan azan. Adakah penyembah berhala berdiri di atas berhala yang disembahnya?

~Pandangan mereka yang Vegeterian,orang islam jahat kerana makan haiwan.

1-Struktur gigi

Sekiranya dilihat struktur gigi manusia, ia sama dengan haiwan yang omnivore dan berbeza sekali dengan haiwan herbivore. Ini bermakna Tuhan yang mencipta manusia menjadikan manusia mampu makan daging.

2-Terdapat ramai penganut Hindu mengamalkan Vegeterian kerana terpengaruh dengan agama lain seperti Jainisme, Hakikatnya di dalam kitab Hindu Manu Smuruti, Bab 5, rangkap 39 dan 40
“tuhan sendiri telah mencipta haiwan korban untuk dikorbankan…oleh itu membunuh untuk korban bukanlah pembunuh”

3-Tumbuhan juga bernyawa
Fakta sains masa kini membuktikan tumbuhan juga bernyawa dan mampu merasa kesakitan namun manusia tidak mampu mendengarnya kerana tidak berada antara 20 hingga 20000 Hertz.

4-tumbuhan hanya ada 2,3 deria manakala haiwan ada 5 deria
Ini bukan alasan untuk mengatakan membunuh haiwan lebih kejam. Analoginya, adakah hukuman bagi pembunuh yang bunuh seorang yang cacat pendengaran, penglihatan lebih ringan daripada bunuh manusia yang tidak cacat?

5- Allah membenarkan makan haiwan
“Dan Dia telah menciptakan binatang ternak untuk kamu; padanya ada (bulu) yang menghangatkan dan berbagai-bagai manfaat, dan sebahagiannya kamu makan”(Surah An-Nahl: 5)

wallahu`alam