Keratan email ni diforward dari seorang ukht, nukilan di bawah merupakan nukilan seorang ukhti yang berada di atas M/S Mavi Marmara, di Laut Tengah, 180 mil dari Pantai Gaza.
" Gaza Tak Butuh Aku
Dari waktu ke waktu, aku perlu memperingatkan diriku bahwa Al-Quds tidak membutuhkan aku. Gaza tidak membutuhkan aku. Palestina tidak membutuhkan aku.
Masjidil Aqsha milik Allah dan hanya membutuhkan pertolongan Allah. Gaza hanya butuh Allah. Palestina hanya membutuhkan Allah. Bila Allah mau, sungguh mudah bagiNya untuk saat ini juga, detik ini juga, membebaskan Masjidil Aqsha. Membebaskan Gaza dan seluruh Palestina.
Akulah yang butuh berada di sini, suamiku Dzikrullah-lah yang butuh berada di sini karena kami ingin Allah memasukkan nama kami ke dalam daftar hamba-hambaNya yang bergerak – betapa pun sedikitnya – menolong agamaNya. Menolong membebaskan Al-Quds.
Sungguh mudah menjeritkan slogan-slogan, Bir ruh, bid dam, nafdika ya Aqsha… Bir ruh bid dam, nafdika ya Gaza!
Namun sungguh sulit memelihara kesamaan antara seruan lisan dengan seruan hati. "
29 Mei 2010, 22:20
Santi Soekanto
Ibu rumah tangga dan wartawan yang ikut dalam kafilah Freedom Flotilla to Gaza Mei 2010.
Begitulah sedikit petikan dari email tersebut yang membuatkan hati saya terdetik,
"Aku yang sepatutnya berjihad supaya bila ditanya Allah apa yang aku perbuat di bumi Allah tatkala laungan LAILAHAILLALLAH diinjak-injak zionis laknatullah, aku dapat menjawab, aku sudah berusaha, ya Allah"
Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (ugama) Allah sebagaimana (keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa ibni Maryam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: "Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan ugamaNya)?" Mereka menjawab: "Kamilah pembela-pembela (ugama) Allah!" (Setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Israil beriman, dan sepuak lagi (tetap) kafir. Lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang yang menang.
O ye who believe! Be Allah ' s helpers , even as Jesus son of Mary said unto the disciples : Who are my helpers for Allah? They said : We are Allah ' s helpers . And a party of the Children of Israel believed , while a party disbelieved . Then We strengthened those who believed against their foe , and they became the uppermost .
(As-Saff: 14)
Cakap macam senang kan? Jihad fisabilillah!
Saya selalu terfikir, macam mana nak ke Palestin? Ada tak agaknya flight ke sana? Saya nak sangat bersama-sama membaling batu seperti anak-anak kecil di Gaza. Menampar-nampar tentera zionis.
Namun hakikatnya,
"Hei kau berangan saja la!!! Kapal Mavi Marmara kena tawan pon kau dah takut!!"
Astaghfirullah..Ampun kan dosaku Ya Allah T.T
Sekarang ini kita bincang apa usaha yang boleh kita buat..
Membakar segala jahiliah yang ada pada diri.(kalau boleh guna minyak tanah, cepat sikit terbakar)
Menjadi Hamba Allah yang taat.(jaga solat, qiam!, tadabur Al-Quran)
Amar makruf nahi mungkar.(yang ini bukan khusus untuk ustaz-ustazah ok?)
Membawa ummah ke arah Islam yang sebenar (bukan Islam Kata Nama tapi islam kata kerja)
Menjadi World Order (Ustaziatul Alam) menggantikan Barat(waktu ini boleh kita kuasai Media massa-yang selalu memutar belit fakta- muslim bukan pengganas!)
Islam hanya akan menang apabila Induvidu Muslim Sejati terbentuk. Begitulah sunnatullah. Kemenangan bagi orang yang beriman. Beriman bahawa Allah Maha Kuasa.Allah Maha Besar.
Renung-renungkan lah...
Sungguh rugilah diri ku ini Ya Allah andai usahaku sekecil atom ini diselubungi rasa riak. Nauzubillah
Sebelum baca post kali ini, sila tengok video ni..WAJIB! (Amaran: sila tengok sampai habis)
Tarikh: Beberapa hari sebelum 26 April
Orang terlibat: My classmates
Masa: Jumaat, 12.3O pm
Kami makan sama-sama di KFC..(tak boikot ke? insyaAllah tak,selepas mendengar taklimat kat Seminar Muslim Super)
Asalnya, selepas lecture yang TERAKHIR, kelas saya plan untuk makan ramai-ramai di sebuah KOPITIAM..
Tapi tempat tu shubhah (was-was) bagi saya akan ke-halal-annya..ibu cakap, dalam surat khabar tulis “tak halal”
Akhirnya, kami beramai-ramai pergi ke KFC. (sebab saya cakap TAK NAK JOIN kalo makan kat KOPITIAM tu..syukur)
saya pun makan dan makan..lokasi: di hujung meja..tanpa menghiraukan yang lain bergelak ketawa..
Apa yang memelikkan saya, kenapa lelaki-lelaki Muslim tak balik bersiap pergi ke masjid..dah lewat utk solat Jumaat..(padahal dorang semua dah selesai makan)
Sesudah saya basuh tangan dan kembali ke tempat duduk,
Tiba-tiba, mereka beramai-ramai menyanyikan lagu HAPPY BIRTHDAY TO YOU!!..(orang-orang yang tengah makan di KFC pun join menyanyi..)
“patut la semua orang tak balik-balik..tunggu aku habis makan rupanya..-rasa bersalah”
2 orang rakan Non-Muslim datang ke arah saya membawa cake..
INILAH PART YANG TAK BEST..
Kek yang ber-LILIN..
“habislah aku, macam mana ni..Allah,macam mana ni” saya bermonolog.
Apabila kek sampai kepada saya, TIBA-TIBA lilin TERPADAM…
“Alhamdulillah, ya Allah” : )
Tapi…
“alamak terpadam pula lilin ni..”rakan saya mengeluh dalam bahasa cina.
“biar saya nyalakan balik”(seorang lagi bercakap dalam bahasa ibunda mereka juga)—(aik, macam mane saya faham? Rasanya betulla kot)
“Eh, tak apa, tak apa, saya tak tiup lilin” ujar saya bersungguh-sungguh sambil cuba menghalang mereka menyalakan lilin semula.
“Eh tak boleh tak ada lilin, mesti tiup lilin”..
Dukacita, akhirnya saya tak berjaya menghalang mereka..
“Cepat tiup! Cepat tiup!!Nanti lilin terpadam” mereka semua meminta saya tiup lilin juga..
“Saya tak tiup lilin..”
“oh, dia tak tiup lilin..”(juga dalam bahasa cina)..
“Fuh, lega..syukur ada juga orang faham” hati saya lega sungguh.
“kalau macam tu, padam guna tangan la.”kata seseorang. Saya pun tak pasti siapa.
Maka dalam keadaan kalut, saya pun menepuk tangan, lalu angin pun memadamkan lilin tersebut..Darurat sungguh..
Mereka pun ketawa..mungkin kelihatan sangat GANJIL..
“Em, tak apa la”pujuk hati saya.
CABARAN
Begitulah sukarnya untuk mengaplikasi kan kata-kata ustaz dalam video tadi apabila berada di tengah-tengah orang yang tak tahu..
insyaAllah saya akan usaha beritahu kepada rakan Muslim tentang hukum ni..doakan di beri kekuatan.
Pengajaran: Muslimin dan Muslimat, saya harap kita semua sibuk mencari ilmu Agama supaya tidak jahil di bumi Allah..
“AMAL tanpa ILMU, sesat, ILMU tanpa AMAL,sia-sia”
Semoga kita semua dapat hidayah dari Allah..amiin
Wallahu`alam
p/s: buat rakan-rakan semua..saya sangat berterima kasih dan terharu kerana ingat besday saya : ) .. thanks..thanks juga untuk cake..
Saat duit syiling dilambung, maka bermulalah detik bersejarah dalam diri ini..
Dilantik menjadi panglima perang oleh pasukan Saifullah.
Ibarat tenggelam ke tanah memikul amanah..
Assalamualaikum ikhwah n akhawat fillah..intro kali ni macam suspen sikit.suspen ke? sebenarnya, inilah war game yang saya gelar sebagai Perang Muktah.
Perancangan Stratergi Peperangan
"Pasukan Saifullah (pedang Allah), takbir!!!" saya sebagai panglima menyeru pasukan
"Allahu akbar!!!"sungguh bersemangat akhawat fillah tika itu..
"OK, saya berpendapat lebih baik kita mencontohi stratergi peperangan Raslullah s.a.w. Kita akan aplikasikan stratergi Panglima Tiga Serangkai"
Sedikit Fakta:
Dalam peperangan Muktah, Rasulullah s.a.w meletakkan Zaid bin Harithah sebagai panglima perang dan berpesan:”Jika Zaid gugur sebagai gantinya Jaafar bin Abi Talib, jika Jaafar pula terkorban maka gantinya adalah Abdullah bin Rawahah”.
"Saya melantik Ala` pemegang panji pertama, sekiranya Ala` gugur syahid, Syafiqah akan menjaga panji, jika Syafiqah terkorban maka sayalah gantinya"
"Bagi menjaga belon-belon yang terikat pada kaki tentera-tentera kita, saya amanahkan tentera tanpa belon menjaga mereka secara berpasangan"
Setelah ejen perisikan membuat undian, pasukan Saifullah mendapat peluang utk memilih tapak pertahanan..
Dua-dua kawasan dekat dengan sumber air. Hanya yang membezakan 2 tempat tersebut ialah satu, berbukit manakala satu lagi tanah rata..
"Bukit-bukau sesuai menjadi benteng pertahanan supaya mudah melihat musuh"kata mujahidah dari pasukan kami.
Sepanjang perjalanan kami melaungkan takbir. Setelah Saifullah bersedia di medan tempur, pasukan musuh pun datang.
Dari kejauhan, saya melihat mereka ibarat satu ombak yang besar. Mereka saling memegang lengan masing-masing, berjalan seiringan.
Melihatkan situasi itu, pasukan Saifullah gentar, maka saya pun melaungkan, "menang ataupun syahid!!!" untuk menyuntik semangat para tentera.
"Ya Allah, ya tuhan kami, tetapkan lah hati kami dalam peperangan ini. Semoga melalui war game ini, kami peroleh sesuatu. Menang atau kalah bukan la pengukur kemenangan kami, tapi sejauh mana keimanan kami kepadaMu. Amin ya rabbal `alamin."maka seramai lebih 50 orang tentera Saifullah mengaminkan doa tersebut.
Sejurus kemudian, pihak lawan pula membaca doa..aik, tak macam perang muktah pun. perang muktah kan peperangan antara 3000 tentera muslimin dengan 200, 000 tentera Rom(orang kafir). <--memanglah, nama pun war game antara akhawat fillah..namanya game tapi semangat berkobar-kobar ibarat mengejar syahid.
Siren berbunyi..
Maka bertempur la tentera Saifullah dan tentera musuh di medan peperangan di Kem IMAN, Jugra, Negeri Sembilan.. Kedua-dua pasukan berperang tanpa senjata dan kuda..
Saya dan beberapa tentera Saifullah menyerang pemegang panji pihak musuh. Salah seorang dari kami cuba merampas panji, lalu mengakibatkan Panglima musuh gugur terjelepok ke tanah..honestly, saya tak suka tgk situasi ini.terkejut melihat perebutan yang agak dahsyat di depan mata. Sebelum saya mengambil panji itu, sempat saya berkata pada panglima musuh tersebut, "ya Allah, mintak maaf, sakit ke?"
Memikirkan panji ditangan, saya pun berlari ke sempadan medan peperangan. Perjalanan yang jauh, dengan kelajuan cahaya, sehingga saya hampir tersungkur ke tanah, ..exaggeration sungguh hehe..
Alhamdulillah saya sampai ke sempadan dengan selamat. Hampir hilang separuh nyawa.tu la, akibat lama tak exercise
Dek kerana mereka terlalu asyik berperang, dua-dua pihak masih asyik berlawan sedangkan pasukan Saifullah sudah pun menang. Saya pun melaungkan "takbir!!!"
Semua orang memandang saya..tentu sahaja terukir senyuman pada Pasukan Saifullah manakala wajah kebingungan tentera musuh.
Setelah mengira belon yang masih selamat serta pasukan yang berjaya merampas panji, pasukan Saifullah memenangi war game itu..
Sungguh memenatkan tapi sangat menyeronokkan..
Namun begitu, saya tersedar. War game ini melibatkan akhawat fillah. Yang berpaksi kan akidah yang satu. Seumpama peperangan antara muslimin sendiri.
Kita lihat keadaan sekarang, muslimin tak bersatu. masing-masing bergaduh, berebutkan harta dunia. hingga menyebabkan orang kafir goyang kaki di luar. Ada juga yang bergaduh kerana berebut mad`u.
Ayuhlah ikhwah dan akhawat fillah, janganlah kerana kita tak sama jemaah membuat kan kita semua terpisah kerana sesungguhnya bapa kita sama iaitu Islam. Matlamat kita sama iaitu Islam menjadi Ustaziatul Alam.
Al-Muslim akhul Muslim
Maksud Sabda Rasulullah saw :
“Seorang muslim adalah saudara muslim lainnya, janganlah ia menzalimi saudaranya, dan jangan pula menyerahkannya pada musuh, dan selama ia memperhatikan kebutuhan saudaranya maka Allah swt memperhatikan kebutuhannya” (Shahih Bukhari)
12-15/03 2010 Binding Group PSC, Kem Sri Raudhah, Gombak.
Salam sahabat-sahabat..
Alhamdulillah..beberapa minggu yang lepas, saya selesai menjadi faci bagi camping ni bersama-sama 9 muslimin (amirul, faris, aqi, musaddiq, hisyam) dan muslimat (fathin, farah L, Farah H, Nada)senior yang lain.
Kem ni khas untuk melatih tanzim baru PSC atau dalam erti kata yang lebih tepat, mem BULI adik2. hehe background music utk cerita kali ni..video kat mini ipod --->
Open Your Eyes by: Maher Zain
Look around yourselves Can't you see this wonder Spreaded infront of you The clouds floating by The skies are clear and blue Planets in the orbits The moon and the sun Such perfect harmony Let's start question in ourselves Isn't this proof enough for us Or are we so blind To push it all aside.. No..
We just have to Open our eyes, our hearts, and minds If we just look bright to see the signs We can't keep hiding from the truth Let it take us by surprise Take us in the best way(Allah..) Guide us every single day..(Allah..) Keep us close to You Until the end of time.. Look inside yourselves Such a perfect order Hiding in yourselves Running in your veins What about anger love and pain And all the things you're feeling Can you touch them with your hand? So are they really there? When a baby's born So helpless and weak And you're watching him growing.. So why deny Whats in front of your eyes The biggest miracle of life.. Allah.. You created everything We belong to You Ya Robb we raise our hands Forever we thank You.. الحمد الله
Jungle Trecking
Pukul 12.30 tghari (maybe), kami meredah hutan dalam keadaan lapar dan dahaga. Motif:- makan dan solat zuhur dalam hutan nanti..wow!
Sesampainya kami di puncak, ada air terjun yang tersgt indah..subhanallah
Malangnya keindahan alam tu tercemar apabila ktorang terlihat 4 orang remaja lelaki tanpa baju dan 1 perempuan bermandi-manda di situ. Semuanye masih bersekolah. Ustaz yang mengetuai group kami pun jalankan tugasnya.
"Assalamualaikum, Adik semua ni dari sekolah mana?"
"Sekolah xxxxx"
"Apa yang korang buat ni adik...kalau perempuan ni adik korg, korg suka ke kalo org lain buat mcm ni pada adik korg?"
Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
(As-Saff:1)
Analoginye macam ni, alam ni seolah-olah sekumpulan ulama` yang sedang berzikir di sebuah masjid. Tiba-tiba ada orang membuat maksiat di tengah kumpulan ini..Tak malu ke?
Begitu juga dengan kita, berasa malulah utk membuat perkara yang Allah murkai di tengah alam yang sedang berzikir pada Yang Maha Melihat. Kebanyakan dari kita tak suka lipas,katak tapi mereka tengah berzikir walhal kita tidak..sungguh memalukan! berkata pada diri sendiri juga
Mecari Kiblat
Sesudah mandi, kami pun mencari tempat lapang untuk solat berjemaah. Sebelum solat, kena tentukan arah kiblat dulu. Macam mana nak tentukan arah kiblat di tengah-tengah hutan?
Tips:-
Lihat lumut di pokok.
Lihat bintang 3 sederet dalam bentuk Orion (nama batch senior di Seseri)--tapi cara ni mustahil dipraktikkan memandangkan 'kami nak solat zuhur'
Lihat posisi matahari dengan memerhatikan arah ia terbit dan terbenam. Matahari terbenam pada sebelah barat (kedudukan Makkah)
Lihat kompas-paling mudah : )
Persenda Agama
Memang saya sengaja tak benarkan muslimat membawa telekung untuk melihat sejauh mana mereka yakin pakaian mereka mencapai tahap 'menutup aurat'.
Imam pun melaungkanAllahu Akbar.
Tiba-tiba sekumpulan remaja melayu lalu, mereka mengajuk-ngajuk imam dengan nada menyindir sambil tergelak-gelak. Ya Allah, memang menguji kesabaran. Peristiwa ni mengingatkan saya bagaimana Rasulullah dan para sahabat di Mekah diejek dan dipermainkan. Sedarlah sahabat semua, kita hampir kembali kepada zaman jahiliah. Semoga Allah memberi petunjuk kepada mereka dan kita semua.
Kemanisan Solat
Pada mulanya, saya agak tak selesa untuk solat dengan hanya beralaskan tanah. Tapi, time sujud, Subhanallah rasa tenang sangat. Lebih tenang dari biasa. Hebat sungguh alam ciptaan Allah.
Kalimah Allah pada Batu
Dalam perjalanan kembali ke Kem, kami ditugaskan mencari batu-batu yang tertulis kalimah Allah padanya.
Subhanallah...
*antara batu yang dijumpai
Majoriti dari kami berjaya jumpa batu seperti ini. Malangnya saya tak termasuk sahabat-sahabat yang bertuah tu. Sedih... Bak kata ustaz ala-ala membuat lawak"kena banyakkan zikir lagi.." termuhasabah sungguh T-T
Begitulah antara kisah yang mentarbiyah saya sepanjang kem. Semoga sahabat dapat mengambil 'ibrah dari cerita ini.
Sungguh, perjalanan hidup seorang hamba itu sentiasa menjadi pentarbiyahan diri baginya sekiranya dia memahami tujuan hidupnya di muka bumi Tuhan..
Dan Allah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari (setitis) air benih, kemudian Ia menjadikan kamu berpasangan (lelaki dan perempuan). Dan tiada mengandung seseorang perempuan (juga seekor betina), dan tidak pula satu-satunya melahirkan (anak yang dikandungnya) melainkan dengan keadaan yang diketahui Allah. Dan tidak diberikan seseorang berumur panjang, juga tidak dijadikan seseorang pendek umurnya, melainkan ada kadarnya di dalam Kitab Ilahi. Sesungguhnya yang demikian itu mudah sahaja kepada Allah.
"Akh, enta tak nak kahwin lagi kah?ana rasa enta sudah layak berkahwin.Tua-tua sangat, takut jadi antertu"tanya Ahmad pada sahabatnya Muadz dalam nada gurauan.
"Adakah istilah 'antertu' dalam kamus dewan?em..ana bukan apa. anatak cukup ilmu dalam berumah tangga lagi."jawab Muadz sedikit tertawa.
"Aik, bukankah enta sudah mengikuti kursus perkahwinan sampai dua kali?"tanya Ahmad kehairanan.
"Itu tak cukup. Ana nak pastikan ana sudah betul-betul cukup ilmu mengurus rumah tangga, ilmu mengurus anak, ilmu menjaga hati isteri, ilmu menjaga hati mertua, ...(harap maaf, dek kerana terlalu banyak ilmu yang Muadz senaraikan, saya terpaksa memotong sedikit dialog ini)...dan ilmu rumah tangga berkekalan, barula ana akan kahwin. Walaupun ana sudah menghadiri 10 ceramah berkaitan hal perkahwinan, ana masih rasa ilmu ana ini tak cukup."jawab Muadz dengan panjang lebar.
Petikan di atas hanya lah sekadar analogi dan hanya rekaan..
Sebenarnyajarang sekali hal sebegini terjadi dalam kalangan masyarakat terutamaikhwah.
Kebiasaannya, bagi mereka yang berkeinginan untuk berkahwin, soal cukup ilmu atau tidak bukan lagi menjadi persoalan. Hal ini disebabkan keinginan mengatasi segalanya.
Sesetengah orang berpendapat lebih banyak ilmu perkahwinan yang dapat dipelajari sesudahmereka menjalani perkahwinan tersebut.
Topik Sebenar
Namun bukan soal perkahwinan yang ingin saya bincangkan kali ini, saya hanya mahu mengajak sahabat-sahabat berfikirwajarkah ayat 'saya tak cukup ilmu' dijadikan alasan untuk tidak menghadiri temuduga kerja 'full-time dakwah'.
Seringkali kita dengar..
"Minah, boleh tak awak bawa usrah adik-adik pula? Dari pemerhatian akak, akak rasa awak layak."tanya kak Ros.
"Saya tak boleh, kak. Saya tak layak, saya tak cukup ilmu. Sirah Nabi Muhammad pun saya tak habis kaji. Macam mana nak pegang usrah? Kak Ros cuba tanya usrah-mate yang lain pula ya..."Jawab Minah sambil menunduk.
Biasa juga kita dengar alasan-alasan seperti..
“Tunggu aku cukup ilmu dulu..”
“Biar ustaz-ustaz saja lah yang buat kerja-kerja dakwah ini…”
“Tak reti la..”
Gergorius Theodorus
Sebelum membincangkan hal ini lebih lanjut, ingin saya membawa sahabat mengenali Gergorius. Beliau merupakan seorang panglima Rom yang sangat handal dan terbilang.
Allahu Akbar! Kisah beliau memeluk Islam sungguh unik. Bagi mereka yang sejak azali tidak gemar membaca sejarah (seperti saya), saya harap kali ini lapangkan hati untuk membacanya..^-^
* ini bukan gambar Gergorius
Sebelum Perang Yarmuk bermula, dua orang panglima daripada setiap tentera Islam dan Rom akan berentap di medan perang terlebih dahulu. Lawan bagi Gergorius ialah Khalid al-Walid, Saifullah-Pedang Allah.
Dalam pertarungan antara mereka berdua, ternyata kedua-duanya sama handal. Ketika Panglima Rom itu melancarkan serangan maut, Khalid al-Walid dapat menangkisnya dan begitula sebaliknya.
Sedang mereka asyik bertarung, tiba-tiba Gergorius minta berhenti berlawan sebentar untuk berbual seketika. Tentera Rom dan Tentera Islam hairan melihat dua pahlawan tersebut berbual di saat-saat yang genting ini.
Ada banyak soalan yang dikemukakan oleh Gergorius kepada Khalid al-Walid, salah satu soalan ialah
"Apakah orang yang baru memeluk agama tuan pada hari ini akan mendapat pahala dan kedudukan yang sama dengan saudara?" tanya Gergorius.
"Mereka lebih mulia daripada kami." jawab Khalid al-Walid.
Gergorius bertanya kenapa begitu.
"Kami yang hidup pada zaman Nabi(s.a.w) dapat melihat sendiri kebesaran dan keajaibannya.""Ada juga yang tak pernah bertemu dengan Rasulullah s.a.w. Selain itu, mereka juga tak pernah tengok kebesaran dan keajaiban baginda. Walaupun begitu, oleh sebab mereka menerima agama Islam dengan ikhlas, mereka lebih dimuliakan daripada kami."terang Khalid al-Walid.
(Sengaja saya memilih soalan ini di antara soalan-soalan yang lain kerana 'MEREKA' = kita semua..insyaAllah)
Saat itu jugalah Gergorius memeluk Islam lalu menyertai tentera Islam. Peperangan terhenti seketika..
Selain dua kalimah syahadah, Gergorius hanya sempat mempelajari cara mengerjakan solat sunat daripada Khalid.
Peperangan bermula pada hari berikutnya...dan akhirnya beliau mati syahid.
Kisahnya seakan-akan Sumayah yang hanya tahu kalimah lailahailallahsebelum syahid..namun pada zaman Sumayah, Al-Quran belum turun sepenuhnya manakala pada zaman Khalid, hukum-hukum, ibadah-ibadah sudah diturunkan oleh Allah. Jadi, perumpamaan yang lebih tepat, zaman Khalid seperti zaman sekarang . Sudah ada ilmu-ilmu yang perlu diketahui.
Gergorius jihad dengan cara berperang walaupun 'tak cukup ilmu', jihad yang mempertaruhkan nyawa.
Manakala kita menjadikan alasan 'saya tak cukup ilmu' untuk membebaskan diri dari berjihad yang hanya menggunakanharta dan masa. Jauh sekali jihad korban NYAWA. Astaghfirullah..wajarkah????!!
Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung. (3:104)
'Segolongan' yang dimaksudkan oleh Allah s.w.t tidak hanya tertuju kepada ustaz-ulama..Kita yang 'tak cukup ilmu' pun termasuk. Jadi, mai pakat kita jadi SEGOLONGAN itu!!
~Tak cukup ilmu boleh dicukupkan, tapi masa di dunia tak cukup untuk cukupkan ilmu SAHAJA..kena juga beKERJA~