Friday, January 28, 2011

Betulkah belajar kerana Allah?


Petikan dari sebuah emel sahabat saya....


Ya Allah, bagaimana akan ku jawab di akhirat kelak?
Bahawasanya aku belajar
untuk memenuhi egoku sendiri
yang ingin menjadi pandai
yang ingin berasa hebat dengan keputusan yang cemerlang
dengki dengan keputusan orang lain
susah hati dengan peperiksaan
susah hati dengan keputusan yang mengecewakan
aku menjadi pandai, tetapi aku semakin jauh
gembira apabila keputusan diri lebih bagus dari yang lain
bahkan merasakan diri semakin pandai dengan kehebatan sendiri
dan di sebalik semua kehinaan ini, aku mengatakan
"aku belajar kerana Allah"
Kemudian Nabi Adam menerima dari Tuhannya beberapa kalimah (kata-kata pengakuan taubat yang diamalkannya), lalu Allah menerima taubatnya; sesungguhnya Allah, Dia lah yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani.
2:38

Wednesday, January 5, 2011

Antara dua 'D'



Ada dua 'D' yang silih berganti dalam minda setiap pelajar perubatan terutama di kampus saya.

Iaitu:-

i-Distinction
ii- Doktor

Antara mengejar distinction ataupun doktor.

Kalau dilihatkan keadaan sekarang ini, ramai yang berlumba-lumba untuk mendapatkan distinction iaitu kepujian. Senang cerita, cemerlang dalam peperiksaan.

Tunggang terbalik untuk cemerlang dalam semua subjek..

Persoalannya adakah semua yang dipelajari hanya semata-mata untuk berbangga dengan result itu ataupun seharusnya menjadikan diri kita mantap sebagai seorang Muslim yang bekerja sebagai doktor.

Lecturer kata, ramai student yang distinction tapi not doing well in clinical years.

Sebab itu penting nye niat kita..Belajarlah untuk menjadi doktor yang hebat, indirectly, kita akan mendapat distinction.

Bila difikirkan, kelalaian kita untuk menggunakan masa dengan baik sewaktu menjadi pelajar medic, berkemungkinan menyebabkan pesakit menjadi mangsa..

Sebab apa? Sebab kelalaian kita melengkapkan diri sebagai doktor-Study for the sake of passing the exam.

So, mai pakat usaha jadi doktor Muslim yang hebat dan Muslih.

Tuesday, December 14, 2010

Di Hari Pernikahanmu


Sedih..
Tapi apa kan daya..
Allah Maha Merancang segalanya..
Akhir minggu ini dirimu akan diikat dengan pilihanmu..
Maka ku harap, moga kalian berkekalan hingga ke syurga..

Saling ingat-mengingati tujuan Allah menciptakan kita..
Saling bertolak ansur dalam rumah tangga..
Saling lebih memberi daripada menerima..
Saling kasih mengasihi kerana-Nya..

Wahai si dia yang menjadi pilihanmu,
Jagalah pasanganmu sebaiknya..
Pimpinlah dia mengecapi jannah yang diimpikan semua..

Wahai dikau yang bakal menamatkan zaman single mu,
Doaku mengiringi dirimu..

Walaupun diriku tiada di hari persandinganmu..
Walaupun jauh dari pandangan matamu..
Walaupun diriku jauh di perantauan..
Dikau tetap di hatiku..
Menjadi pemangkin cita-cita ku..

Wahai kakakku sayang..
Semoga berbahagia dan berkekalan bersama bakal suamimu..amin~

Adikmu,
Manipal, India

p/s: kalau kakak saya baca ni, mesti dia tergelak-gelak..hahaha

Friday, December 10, 2010

Saya Hanya Makhluk

Ingin saya kongsikan secebis rasa, rasa yang tak tahu apa, tapi membuatkan saya sering terfikir.."Saya hanya makhluk"

Kenapa manusia lebih takut pada manusia sendiri sedangkan Allah itu Maha Melihat ?

Manusia tidak selalu bersama tapi Allah itu sentiasa ada..

Sudah acap kali saya melihat perkara yang sama berulang-ulang

Kisah 1

"Aku tak nak pergi lah, benda ni lagho..Lebih-lebih lagi ada lelaki." kata saya.

"Kau kena pergi, kalau kau pergi, atleast dorang respect kau. Dorg akan terkawal sikit lah"kata teman saya.

Akhirnya saya pon join kawan-kawan bercuti di pantai. Alhamdulillah, semuanya menjaga adab pergaulan.

Selepas beberapa jam berlalu dan melihatkan keadaan baik-baik sahaja, saya pon pulang dahulu, menemani kawan saya yang terpaksa balik untuk mengikuti usrah.

Keesokan harinya,

"Ada apa-apa ke yang berlaku selepas aku balik tu?"tanya saya

"erm...lepas kau balik, budak-budak lelaki main bola sama-sama..ada jugak perempuan yang main sama-sama."

Terkilan saya..saya ni makhluk saja, walaupun saya tak ada tapi Allah sentiasa melihat..

Kisah 2

Baru-baru ini saya dan kawan-kawan pergi ke Mangalore untuk membeli belah..

Sesampainya di satu Mall, saya terlihat ada cinema, besar..di Manipal tiada panggung wayang.

Dalam hati saya, harap-harap dorg tak pergi tengok wayang..Gusar sungguh..

Namun, Alhamdulillah, semuanya seolah-olah tak terdetik nak masuk ke situ..

Saya agak pelik pada mulanya, kerana sudah sedia maklum mereka gemar menonton wayang.

Namun begitu tetap bersyukur, akhirnya, kami pun pulang dengan selamat tanpa berlaku apa-apa yang tak menyenangkan.

Keesokan harinya..

Saya terdengar ada kawan-kawan saya yang bersama-sama pergi ke Mangalore semalam, pergi lagi ke sana.

Untuk apa? Untuk menonton wayang...

Sekali lagi ingin saya tekankan, saya hanya seorang makhluk..saya ada atau tidak ada bukan menjadi soal, tapi sejauh mana taqwa kita kepada Allah.

Ingatlah, apa jua yang kita lakukan akan ditanya kelak oleh Allah, dan sekiranya kita ada jawapan yang kukuh, maka, lakukanlah.

Akhir kata, takutlah pada Yang Maha Melihat.

Tuesday, December 7, 2010

Mencari dia yang mula hilang



Astaghfirullah..astaghfirullah..astaghfirullah..

Dia..
Dulunya seorang yang hidup tanpa tahu apa ertinya kehidupan ini..

Dia..
Hidupnya tanpa kenal apa itu akhirat..

Dia..
Merasa denyut nadinya tidak akan terhenti..

Dia..
Meletakkan ilah selain Yang Maha Esa..

Namun, syukur dia berpeluang menjadi Dia yang baru..

Dia yang baru itu..
Bukan lagi dia yang lama..

Dia yang baru itu..
Mula mengejar akhirat yang kekal abadi..

Dia yang baru itu..
Mula memperbanyakkan ilmu akhirat..

Dia yang baru itu..
Mula berjuang demi agama Allah..

Namun, dia yang baru mula selesa kerana dia sudah menjadi dia yang baru..
Matlamat nya mula dilupai..
Ingatlah wahai Dia, Dia itu bukan ingin mengejar syurga tetapi ingin menempah syurga yang teratas..

Pantas kah amalnya tidak bertambah?
Pantaskah graf imannya mendatar sahaja?

Tika saat itu, Allah mengetuk imannya kembali..
Menitis air matanya lantas dikurniakan hidayah oleh Allah buat kali kedua..

"Allah masih sayang dia"

Alhamdulillah..

Saturday, November 13, 2010

Teguran yang hebat! part 2


sambungan part 1...


Hari sudah pun senja..langit oren kemerah-merahan..Subhanallah!cantiknya permandangan.

Sekejap masa berlalu, sudah tiba waktu Maghrib..


SOLAT SEORANG MUSAFIR

Kami pun mencari-cari arah kiblat berpandukan alam ciptaan Allah..

Cuaca sudah tersangat gelap. Khuatir juga kerana banyak anjing berkeliaran di pantai..

Setelah menentukan kiblat, kami pon solat berhadapan laut yang tenang..

Subhanallah, kami solat Maghrib berjemaah di tengah-tengah pantai..

Sayu sungguh tersentuh dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran, bertemankan desiran ombak, bayu pantai yang sejuk, cahaya pula samar-samar saja..tenang dan mendamaikan hati..

Hebat sungguh alam dunia ciptaan Allah, apatah lagi di syurga sana..

Maksud terjemahan Al-Quran:
"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal,

(yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka."
(Surah Ali Imran: 190 dan 191)

Menitis juga air mata tatkala terngiang lagu Raihan dalam cerita Syukur 21,


"Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai...
Dengan rahmatMu...ampunkan daku...Oh Tuhanku.."

Hidup ini singkat, entah bila pula giliran kita..pengakhiran yang boleh jadi husnul khotimah atau sebaliknya..yang pasti, memang ada akhirnya kehidupan ini..insaf sungguh..

SHARING SESSION

Setelah solat, kami pon membuat sedikit sharing-sharing bersebelahan patung Mahatma Ghandi..

Terkesan sungguh dengan kisah yang dikongsikan oleh seorang sahabat tentang pengalaman sekumpulan pelajar Muslimah Bangalore.

Kisahnya berlaku di kedai kasut di Bangalore,

Waktu solat sudah hampir habis, tapi niat di hati mereka, akan bergegas balik untuk solat di bilik selepas selesai membeli kasut..

Dalam asyik memilih kasut, owner kedai kasut itu bertanya kepada mereka,

"Have you all *namas?"tanya pakcik India tu.

Mungkin dia mampu mengagak mereka ini Muslim melalui pemakaian mereka.

"We have'nt namas yet."serba salah nak jawab.

"You have'nt namas?! It is already late"terkejut pakcik itu..memang dah tersangat lambat pun..

Pakcik itu pun menasihati mereka untuk solat segera. Baik sungguh hati pakcik itu, bukan sahaja nasihat mereka untuk segera solat, malah menawarkan kepada mereka untuk menggunakan satu bilik di dalam kedai itu..Bukan itu sahaja, demi keselesaan mereka, pakcik itu juga mencuci lantai bilik tersebut dan mengalaskan dengan plastik-plastik kedai.

Mulianya hati pakcik itu..

Tak pernah saya terbanyangkan akan ada seorang pekedai bertanya pelanggannya, "Awak dah solat?"

Inikan pula menyediakan tempat (yang asalnya bukan surau) untuk pelanggan yang belum pernah dikenali untuk tumpang solat.

Dalam tak sedar, sebenarnya itulah teguran Allah, bukan mereka saja malah buat kita semua yang mengetahui kisah ini. Iaitu, jangan melambatkan solat!

Mari kita renungkan hadith ini:

Abdullah bin Mas`ud telah bertanya kepada Rasululullah SAW: " Apakah amalan yang paling disukai Allah SWT?" Sabda Rasulullah: "Solat pada waktunya." Kata Abdullah: "Kemudian apa?" Sabda Rasulullah: "Berbuat baik kepada ibu bapa." "Kemudian apa lagi?"tanya Abdullah. Jawab Rasulullah :"Berjihad di jalan Allah SWT"

Riwayat Bukhari & Muslim


Boleh saja sekiranya Allah menegur kita yang melengahkan solat dengan menimpakan kemalangan jalan raya, bala, dan sebagainya. Boleh jadi juga, Allah tidak lagi menegur kita, tetapi menghentikan nafas kita. Dan waktu itu, tiada alasan untuk kembali ke dunia untuk melaksanakan solat yang kita lengahkan itu.

Buat renungan semua, "Masa kita di dunia semakin singkat, bersediakah kita untuk ke akhirat?" tepuk dada, tanya iman.


*p/s:
  • namas bermaksud solat
  • Dalam ayat 191 daripada surah Ali Imran, ada doa yang boleh kita semua baca ketika melihat keindahan alam.

Sunday, October 31, 2010

Teguran yang hebat!

Salam warahmatullah

Seronoknya 2 hari ini, adik beradik seusrah ziarah kami di Manipal. bangalore ke Manipal tersangatlah jauh, tapi kerana ikatan ukhwah yang kuat, jalan yang jauh pun terasa dekat..(ayat puitis tu)

Malpe Beach..

Believe it or not, di pantai ni, saya menaiki unta. Wah, menaiki unta di atas pasir-pasir pantai sambil dikelilingi warga India(pelancong asing la katakan)..pelik tapi benar.hehe

Sesi dialog di atas unta:

Adziemah: "Wah, kita dapat naik haiwan tunggangan Rasulullah s.a.w..seronoknya!!"saya sungguh teruja..

Atikah: "Aah la..wow hebatnya!!"

Adziemah: "Siap atas pasir lagi tu, macam ayat-ayat cinta"

Begitu lah situasinya apabila Malaysian jumpa unta..


Bersambung...

p/s: buat masa sekarang, kisah-kisah saya akan bersambung-sambung..memandangkan kesuntukan masa..