Thursday, July 22, 2010

Bertudungkan langsir Part 2


"Kalau aku pakai tudung labuh, nanti orang cakap aku nak tunjuk alim."hati saya mengeluh.

Lantas saya teringat satu tazkirah tentang riya'. Tak sangka, rupanya riya' bukan hanya untuk mereka yang menunjuk-nunjuk kebaikan, mereka yang tidak melakukan kebaikan kerana selain daripada Allah juga dikategorikan sebagai riya'.

Daripada Mahmud Labid, katanya: "Rasulullah bersabda: `Sesungguhnya perkara yang sangat aku takuti akibat buruknya menimpa kamu ialah syirik yang kecil." Sahabat bertanya: "Apa dia syirik kecil itu ya Rasulullah? "Baginda menjawab: "(Syirik kecil itu) ialah riak. Allah Taala akan berfirman pada hari kiamat apabila manusia datang dengan amal masing-masing: "Pergilah kepada mereka yang kamu melakukan riak di dunia dulu (untuk menunjukkan kepada mereka), kemudian lihatlah, adakah kamu akan dapati sebarang balasan di sisi mereka?"
(Imam Ahmad).


Kisah bermula..(plan ini adalah rahsia..tak ada siapa yang tahu)

Masa: 3hari sebelum kembali ke Intec setelah cuti Semester..

Misi: Drive ke bandar kajang-beli kain-hantar kain untuk jahit tepi

Susah juga nak cari kain tudung, bukan semua kain boleh guna untuk buat tudung labuh..dari 1 kedai ke 1 kedai..

Alhamdulillah dapat lah jugak dalam 3 helai tudung berlainan warna. Seterusnya, hantar jahit tepi. (bagi mereka yg tak tahu menjahit, baju kurung yg anda pakai pun seharusnya dijahit tepi terlebih dahulu)

"Letihnya hari ini.."keluh saya sambil berjalan ke kereta.
"Ha?! Kene saman! "saya terkejut campur takut. Terbayang duit melayang ke udara. Habislah kalau ayah tahu..Inilah padahnya letak kereta di tempat TAK sepatutnya ( "saya dah 3 kali pusing cari tempat kosong tapi tak ada"..agaknya polis terima tak alasan ni? )

Misi hari itu tercapai walaupun ada masalah..



Masa: Keesokan harinya

Misi: Ambil kain yang dah dijahit tepi-jahit utk dijadikan tudung-akhirnya...pakai!

"Mahalnya.. Kenapa mahal sangat?"terkejut saya dengan harga yang disebut oleh tukang jahit cina itu. Duit lagi..mungkin sebab kainnya pun panjang.

Dalam perjalanan balik ke rumah..

Saya terfikir sesuatu..

"apa yang aku dah buat ni..bukankah kena gunting ikut bentuk baru jahit tepi..adoi..silap pula..membazir duit aku tadi..sia-sia je lah..adoi" micro-tension menerpa.

Lantas saya call kakak saya- yang saya pernah cerita pada episod sebelum ini..

"Macam mana ni? Tersalah hantar jahit tepi..tambah pula,kite tak reti jahit tudung labuh..apa nak buat sekarang?" tanya saya dengan nada yang sedih.

"Adik tanya lah ibu..ibu reti jahit tudung labuh"cadang kakak saya.

Plan asal akhirnya terpaksa dibongkarkan pada ibu.

Saya ingat ibu akan marah, tambah-tambah lagi isu kena saman..Tapi sebaliknya, gelak ketawa memecah kesunyian petang tu..ayah dan ibu ketawa..lebih-lebih lagi ibu..

"Macam mana la adik boleh terfikir kena jahit tepi dulu."sambil ketawa lagi..

"Pelik..apa yang lucu sangat.."saya kemusykilan

Setelah dibantu ibu, akhirnya siap juga tudung labuh yang susaaaaah sangaaaaat nak buat tu.

"Betulkah aku ini boleh istiqamah?""Adakah sekarang ni sesuai untuk buat perubahan?""Apa pulak orang lain akan fikir?ikhlas kah niat aku ni?"dilema sungguh..dilema sungguh!


Malam itu saya buat istiharokh..dengan harapan Allah mantapkan niat saya..adakah ini masa yang sesuai untuk berubah ataupun tangguhkan saja niat saya buat sementara waktu..sesungguhnya Allah jualah perancang yang TERBAIK..

Allahu Akbar..malam itu saya mimpi..saya berada di sekolah lama saya dengan memakai tudung labuh sambil tersenyum gembira..Allahu Akbar..Subhanallah..

Dengan keyakinan yang dianugerahi, saya pun mulakan hidup baru dengan penampilan baru yang perlu juga diiringi dengan perubahan dalam beramal ibadah.susah..susah..

Masalah lain pula timbul..


"Nice outfit today!"
"Sejuk perut mak kau"
"Sejuk mata memandang"

Terima kasih banyak-banyak atas pujian itu..tapi syaitan menggunakannya sebagai senjata untuk melalaikan hati saya daripada niat asal. Tambahan pula, sms-sms itu daripada kaum Adam..Perkara terbaik yang boleh saya lakukan ialah biarkan saja mesej-mesej itu tak berbalas. Mungkin niat mereka ikhlas, tapi sayang, tidak kena pada tempatnya.

Teringat sebuah sajak ni..



Wahai wanita bertudung labuh…
Sungguh cantik terlindung rambut mu,
Sungguh ayu tertutup bentuk tubuhmu,
Yang terzahir jelas gaya kesopananmu,
Mengaburi segala yang tersirat di hati,
hanya diri sendiri yang menghakimi,
mungkin suci ikhlas kerana Illahi,
atau berdebu dengan sebab duniawi,
riak wajah nampak tawadhu’,
riak jiwa rupanya menunjuk-nunjuk,
alangkah ruginya andai benar begitu,
kerna azab masih tak terlepas dari mu,
serupalah sahaja diri mu ditunggu,
diseksa tidak ubah seperti wanita tak bertudung,
sama dengan mereka yang menyempang tudung,
oleh itu jadikanlah dirimu,
sebahagian daripada mereka yang bertudung,
bertudung labuh hingga ke paras dada,
tersemat jua bersamanya rasa taqwa….
petikan dari sumber: sila klik untuk sajak yang penuh

Astaghfirullah 3x..

Fitnah timbul

Masalah lain pula timbul. Berat rasanya nak bercerita tentang fitnah ini..Bukan satu tapi banyak..Fitnah dalam tugas, fitnah melibatkan lelaki itu, lelaki ini macam-macam lagi.

Fitnah-fitnah yang timbul sangat-sangat melemahkan semangat saya..Dan yang paling saya musykil, kenapa ada yang percaya dengan fitnah-fitnah tersebut. Betapa beratnya ujian ini sehingga saya hampir sahaja meletakkan jawatan sebagai Vice Pres PSC. Tapi dihalang oleh akhawat fillah.

"Kenapa macam-macam berlaku sejak aku berubah?"

Bila difikir-fikirkan, Aisyah Al-Humaira r.a isteri Rasulullah s.a.w pun pernah difitnah. Malah fitnah yang lebih dahsyat dari saya. Jadi, apalah sangat fitnah yang menimpa saya.

Maksud Firman Allah “celakalah bagi setiap pengumpat dan pencela”(104:1)

Maka, biarlah Allah menghakimi kita semua di 'sana' nanti.

Selain itu, mesej-mesej perkenalan dari mereka yang bukan mahram semakin menjadi-jadi. Sehingga terasa ingin menukar nombor.

Buat Muslimin di luar sana, jagalah pandangan dan kelakuan anda, hormatilah setiap muslimat yang telah menjaga maruah mereka (memperbaiki pakaian dan tingkah-laku mereka.)

Begitulah kisah seorang hamba yang hina, yang ingin menuju Rabb. Doakan semoga kita semua dapat istiqamah dalam apa jua amalan yang dilakukan. Moga dapat memberikan iktibar ataupun inspirasi buat sahabat-sahabat.

Wallahu`alam

Monday, July 5, 2010

Bertudungkan Langsir



KISAH BENAR (sekadar sharing untuk dicontohi yang mana molek)

ERA KEJAHILAN

"Kenapa pakai tudung ini, tudung macam yang kite(kata ganti diri SAYA) pakai ni salahke? tutup aurat juga apa." ujar saya menprotes kakak saya yang sedang menggosok tudungnya yang 'pelik'.

Tapi, kakak saya hanya senyap. Mungkin terkejut ataupun tak nak bergaduh..

Hati saya panas dan berlalu pergi dari situ. Saya tak puas hati, apa masalahnya dengan tudung bawal. (walaupun dia tak cakap apa-apa mengenai tudung saya)

Pada masa tu, kakak saya student baru di UNIMAS, Sarawak

Sewaktu dia balik bercuti di rumah, macam-macam benda pelik yang dia lakukan (mungkin pelik pada saya seorang) :-

  • Pakai tudung labuh bak langsir.
  • Berstokin.
  • Tangan pun pakai stokin (istilahnya STONGAN).
  • pemakaian pula dah macam guni bergerak. (tak nampak bentuk badan)
  • Memboikot pelbagai barang (sampaikan saya tak nak pergi shopping dengan dia lagi)
  • Banyak lagi....
Saya kompius "Apa dah jadi dengan kakak aku sorang ini.."

Dalam bilik saya di kolej pula, hanya saya saja yang tak pakai stokin. Setiap kali keluar rumah, memang saya pelik kenapa kawan-kawan yang lain pakai stokin. (padahal pergi pasar malam saja pun). Tapi saya tak pernah berani untuk bertanya kenapa, mengapa, bagaimana..

Mungkin fesyen kot..

ERA KESEDARAN

Pada satu hari dalam usrah, naqibah saya (kak aisyah) cakap "kalau kita yakin pakaian kita menutup aurat, kenapa kita ragu-ragu untuk gunakannya untuk solat?"

Balik dari usrah saya pun berfikir, fikir dan fikir lagi..

"Apa masalahnya dengan pakaian aku? Kalau ikutkan memang tak boleh bawa solat pun. Aurat dalam solat kan hanyalah muka dan tapak tangan. "saya bermonolog dalaman.
  • Tudung yang jarang.
  • Kadang-kadang boleh terlihat leher(walaupun ber 'pin' dua)
  • Kaki tak tutup
  • Lengan kadang-kadang terdedah (lebih-lebih lagi baju kurung yang licin tu)
So, berdasarkan list di atas, memang pakaian saya 'out' la.

Kenapa waktu solat baru saya jaga aurat sedangkan masa lain tak..Walhal, Allah kan sentiasa melihat. Allah bukan melihat kita waktu solat saja! Sepatutnya...


Dengan hidayah yang Allah kurniakan, saya mula memakai stokin. Tapi rasa pelik sangat. Rasa pelik sebab kiri kanan orang pandang pelik. Di rumah, di kampus mahupun kolej. Mungkin sekali pandang macam orang berpantang (hehe). Tapi tak kisah lah..Yang penting pandangan Allah.

Tudung pula bertukar dari tudung bawal yang jarang kepada tudung bercorak yang tak jarang. Dari dua kepada tiga brooch (tambah satu di leher)

Saya pun mula memakai 'stongan'. Alhamdulillah..syukur dengan perubahan pada diri.

ISU TUDUNG LABUH

*gambar pelakon korea Full House dan Autumn in My Heart (lawa juga kan dia pakai tudung?)

Saya masih tak dapat jawapan kenapa ada yang pakai tudung labuh?

Pilihan jawapan yang saya terfikir mungkin :-
  1. Fesyen orang alim-alim. Macam ustazah. (pilihan ini 'reject'.. tak kan lah sebab fesyen saja)
  2. Lebih sempurna dalam menutup aurat (bentuk badan)
  3. Menjaga diri dari menjadi perhatian kaum Adam (mungkin terjaga 'sikit'..dah memang namanya lelaki)
  4. Isteri-isteri Rasulullah s.a.w pun pakai (bak kata Ustaz Azhar Idrus ini yang paling afdhal..sila-sila la klik untuk mendengar ceramah beliau yang bertajuk 'Berkahwin berpisah kerana Allah')
Akhirnya saya merancang untuk bertudung labuh..

Tapi pelbagai masalah yang timbul..bermacam-macam dugaan seolah-olah Allah tak izinkan

Bersambung...

* p/s: kisah ini hanya untuk perkongsian (mungkin ianya membantu)

Tuesday, June 29, 2010

ALM Grand Dinner

A-LEVEL Medicine Grand Dinner...

Ramai yang bertanya pada saya

"Buat gerakan 'anti-tak nak join dinner' kah?"
"Kenapa tak join dinner?"
"kenapa tak beli tiket?"

sampaikan seorang lecturer pun tanya saya pergi atau tak pergi..
dan jawapan standard--balik, tiket mahal, atau tersenyum saja..

Jawapan:

Pertama: Muzik

Saya suka dengar muzik, (sejak azali mungkin)
Saya takut, kalau saya pergi hati saya akan bernyanyi mengikut alunan muzik..
Hati pun terhibur..Hati pun lalai..'Sound in head' pun berlaku..
Dan yang pasti bukan muzik yang mengajak pendengarnya mengingati Allah..(ya Allah, aku berlindung dari semua ini)

Kedua: Wang

Bukan saya tak ada duit,
Tapi rasa tak sanggup nak habiskan duit beli tiket (RM65), baju dan tudung(+RM80) dan kasut baru (+RM40)..
Kalau totalkan jumlah duit, lebih kurang RM200
Teringat kisah jenaka yang tak lawak tentang duit RM1 dengan RM50.. (mesti semua orang tau kisah ini kan?)
Kalau duit itu dapat disalurkan kepada program-program islami mesti lagi best kan?
Boleh infak untuk jaulah, daurah, usrah.DF adik-adik.. ^.^ Best 3x!

Ketiga: Masa


Bak kata pepatah, 'Masa Itu Petroleum'
betapa berharganya masa (minyak kan mahal sekarang ini)

Sedar tak sedar..
Umur sudah berangka dua di depan, tapi list amalan lebih pendek dari resit mydin..
Rasa-rasanya tak sempat untuk menghiburkan hati dan perut..
Jadi, ambil keputusan untuk join mana-mana daurah..
Tapi daurah kali ini dengan ustaz di rumah 'Fateh', Bangi....jauh....esoknya ada interview pula
Akhirnya, insyaAllah plan nak join ceramah di cemara yang bertajuk 'Celaka Israel'

Keempat: Tabarruj

Saya risau saya akan menjadi antara orang yang berusaha menarik perhatian orang lelaki dengan tabarruj..

Begitulah fenomena yang akan berlaku pada saya sebagai manusia biasa..
Syaitan sentiasa akan menggoda..untuk mengajak kita menjadi sahabat dia..
Kita pun mula berhias dengan cara 'luar biasa'..make-up, baju..
Sedangkan Islam melarang

Dalil:

Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan” [An-Nur (24):31].

>>>>Oleh itu, berpakaian yang boleh menarik perhatian (walaupun tanpa membuka aurat) adalah Tabarruj dan ini adalah dilarang.
sila klik

Buat akhawat yang pergi ke majlis ini, (ada juga yang terpaksa pergi)..
Ana harap bermujahadah lah di sana..
Kalau mampu, kawal la keadaan di sana..
Lindungi lah diri dari perkara lagho
Ana tak mampu untuk ke sana dan menasihati seperti yang dilakukan oleh seorang ulama (pergi ke sebuah disko dan menasihati mereka)

Kerana ana seorang yang lemah..Astaghfirullah
Moga Allah tingkatkan iman kita semua..


Kamus Hari Ini:

Tabarruj- perbuatan berhias atau berpakaian secara berlebih-lebihan bagi seseorang wanita sehingga menarik perhatian ramai, tetapi tanpa membuka aurat

Akhir kata, gambar di sebelah buat renungan bersama

Wallahualam

Thursday, June 3, 2010

Siapa Butuh Siapa??



Assalamualaikum sahabat2 fillah,

Sedikit perkongsian buat saudaraku semua,

Keratan email ni diforward dari seorang ukht, nukilan di bawah merupakan nukilan seorang ukhti yang berada di atas M/S Mavi Marmara, di Laut Tengah, 180 mil dari Pantai Gaza.

" Gaza Tak Butuh Aku

Dari waktu ke waktu, aku perlu memperingatkan diriku bahwa Al-Quds tidak membutuhkan aku. Gaza tidak membutuhkan aku. Palestina tidak membutuhkan aku.

Masjidil Aqsha milik Allah dan hanya membutuhkan pertolongan Allah. Gaza hanya butuh Allah. Palestina hanya membutuhkan Allah. Bila Allah mau, sungguh mudah bagiNya untuk saat ini juga, detik ini juga, membebaskan Masjidil Aqsha. Membebaskan Gaza dan seluruh Palestina.

Akulah yang butuh berada di sini, suamiku Dzikrullah-lah yang butuh berada di sini karena kami ingin Allah memasukkan nama kami ke dalam daftar hamba-hambaNya yang bergerak – betapa pun sedikitnya – menolong agamaNya. Menolong membebaskan Al-Quds.

Sungguh mudah menjeritkan slogan-slogan, Bir ruh, bid dam, nafdika ya Aqsha… Bir ruh bid dam, nafdika ya Gaza!

Namun sungguh sulit memelihara kesamaan antara seruan lisan dengan seruan hati. "

29 Mei 2010, 22:20

Santi Soekanto
Ibu rumah tangga dan wartawan yang ikut dalam kafilah Freedom Flotilla to Gaza Mei 2010.

Begitulah sedikit petikan dari email tersebut yang membuatkan hati saya terdetik,

"Aku yang sepatutnya berjihad supaya bila ditanya Allah apa yang aku perbuat di bumi Allah tatkala laungan LAILAHAILLALLAH diinjak-injak zionis laknatullah, aku dapat menjawab, aku sudah berusaha, ya Allah"

Firman Allah:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا كُونوا أَنصَارَ اللَّهِ كَمَا قَالَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ لِلْحَوَارِيِّينَ مَنْ أَنصَارِي إِلَى اللَّهِ قَالَ الْحَوَارِيُّونَ نَحْنُ أَنصَارُ اللَّهِ فَآَمَنَت طَّائِفَةٌ مِّن بَنِي إِسْرَائِيلَ وَكَفَرَت طَّائِفَةٌ فَأَيَّدْنَا الَّذِينَ آَمَنُوا عَلَى عَدُوِّهِمْ فَأَصْبَحُوا ظَاهِرِينَ

Maksudnya:

Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (ugama) Allah sebagaimana (keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa ibni Maryam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: "Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan ugamaNya)?" Mereka menjawab: "Kamilah pembela-pembela (ugama) Allah!" (Setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Israil beriman, dan sepuak lagi (tetap) kafir. Lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang yang menang.

O ye who believe! Be Allah ' s helpers , even as Jesus son of Mary said unto the disciples : Who are my helpers for Allah? They said : We are Allah ' s helpers . And a party of the Children of Israel believed , while a party disbelieved . Then We strengthened those who believed against their foe , and they became the uppermost .
(As-Saff: 14)

Cakap macam senang kan? Jihad fisabilillah!

Saya selalu terfikir, macam mana nak ke Palestin? Ada tak agaknya flight ke sana? Saya nak sangat bersama-sama membaling batu seperti anak-anak kecil di Gaza. Menampar-nampar tentera zionis.

Namun hakikatnya,

"Hei kau berangan saja la!!! Kapal Mavi Marmara kena tawan pon kau dah takut!!"

Astaghfirullah..Ampun kan dosaku Ya Allah T.T

Sekarang ini kita bincang apa usaha yang boleh kita buat..

  • Membakar segala jahiliah yang ada pada diri.(kalau boleh guna minyak tanah, cepat sikit terbakar)

  • Menjadi Hamba Allah yang taat.(jaga solat, qiam!, tadabur Al-Quran)
  • Amar makruf nahi mungkar.(yang ini bukan khusus untuk ustaz-ustazah ok?)
  • Membawa ummah ke arah Islam yang sebenar (bukan Islam Kata Nama tapi islam kata kerja)
  • Menjadi World Order (Ustaziatul Alam) menggantikan Barat(waktu ini boleh kita kuasai Media massa-yang selalu memutar belit fakta- muslim bukan pengganas!)
Islam hanya akan menang apabila Induvidu Muslim Sejati terbentuk. Begitulah sunnatullah. Kemenangan bagi orang yang beriman. Beriman bahawa Allah Maha Kuasa.Allah Maha Besar.

Renung-renungkan lah...

Sungguh rugilah diri ku ini Ya Allah andai usahaku sekecil atom ini diselubungi rasa riak. Nauzubillah

Wallau`alam

Friday, April 30, 2010

Eid Milaad~! (Happy birthday!)

Salam warahmatullah..

Sebelum baca post kali ini, sila tengok video ni..WAJIB! (Amaran: sila tengok sampai habis)


Tarikh: Beberapa hari sebelum 26 April

Orang terlibat: My classmates

Masa: Jumaat, 12.3O pm

Kami makan sama-sama di KFC..(tak boikot ke? insyaAllah tak,selepas mendengar taklimat kat Seminar Muslim Super)

Asalnya, selepas lecture yang TERAKHIR, kelas saya plan untuk makan ramai-ramai di sebuah KOPITIAM..

Tapi tempat tu shubhah (was-was) bagi saya akan ke-halal-annya..ibu cakap, dalam surat khabar tulis “tak halal”

Akhirnya, kami beramai-ramai pergi ke KFC. (sebab saya cakap TAK NAK JOIN kalo makan kat KOPITIAM tu..syukur)

saya pun makan dan makan..lokasi: di hujung meja..tanpa menghiraukan yang lain bergelak ketawa..

Apa yang memelikkan saya, kenapa lelaki-lelaki Muslim tak balik bersiap pergi ke masjid..dah lewat utk solat Jumaat..(padahal dorang semua dah selesai makan)

Sesudah saya basuh tangan dan kembali ke tempat duduk,

Tiba-tiba, mereka beramai-ramai menyanyikan lagu HAPPY BIRTHDAY TO YOU!!..(orang-orang yang tengah makan di KFC pun join menyanyi..)

“patut la semua orang tak balik-balik..tunggu aku habis makan rupanya..-rasa bersalah”

2 orang rakan Non-Muslim datang ke arah saya membawa cake..


INILAH PART YANG TAK BEST..

Kek yang ber-LILIN..

“habislah aku, macam mana ni..Allah,macam mana ni” saya bermonolog.

Apabila kek sampai kepada saya, TIBA-TIBA lilin TERPADAM…

“Alhamdulillah, ya Allah” : )

Tapi…

“alamak terpadam pula lilin ni..”rakan saya mengeluh dalam bahasa cina.

“biar saya nyalakan balik”(seorang lagi bercakap dalam bahasa ibunda mereka juga)—(aik, macam mane saya faham? Rasanya betulla kot)

“Eh, tak apa, tak apa, saya tak tiup lilin” ujar saya bersungguh-sungguh sambil cuba menghalang mereka menyalakan lilin semula.

“Eh tak boleh tak ada lilin, mesti tiup lilin”..

Dukacita, akhirnya saya tak berjaya menghalang mereka..

“Cepat tiup! Cepat tiup!!Nanti lilin terpadam” mereka semua meminta saya tiup lilin juga..

“Saya tak tiup lilin..”

“oh, dia tak tiup lilin..”(juga dalam bahasa cina)..

“Fuh, lega..syukur ada juga orang faham” hati saya lega sungguh.

“kalau macam tu, padam guna tangan la.”kata seseorang. Saya pun tak pasti siapa.

Maka dalam keadaan kalut, saya pun menepuk tangan, lalu angin pun memadamkan lilin tersebut..Darurat sungguh..

Mereka pun ketawa..mungkin kelihatan sangat GANJIL..

“Em, tak apa la”pujuk hati saya.


CABARAN

Begitulah sukarnya untuk mengaplikasi kan kata-kata ustaz dalam video tadi apabila berada di tengah-tengah orang yang tak tahu..

insyaAllah saya akan usaha beritahu kepada rakan Muslim tentang hukum ni..doakan di beri kekuatan.

Pengajaran: Muslimin dan Muslimat, saya harap kita semua sibuk mencari ilmu Agama supaya tidak jahil di bumi Allah..

“AMAL tanpa ILMU, sesat, ILMU tanpa AMAL,sia-sia”

Semoga kita semua dapat hidayah dari Allah..amiin

Wallahu`alam

p/s: buat rakan-rakan semua..saya sangat berterima kasih dan terharu kerana ingat besday saya : ) .. thanks..thanks juga untuk cake..





Friday, April 9, 2010

Perang Muktah di Zaman Facebook


Saat duit syiling dilambung, maka bermulalah detik bersejarah dalam diri ini..

Dilantik menjadi panglima perang oleh pasukan Saifullah.

Ibarat tenggelam ke tanah memikul amanah..

Assalamualaikum ikhwah n akhawat fillah..intro kali ni macam suspen sikit.suspen ke? sebenarnya, inilah war game yang saya gelar sebagai Perang Muktah.

Perancangan Stratergi Peperangan

"Pasukan Saifullah (pedang Allah), takbir!!!" saya sebagai panglima menyeru pasukan

"Allahu akbar!!!"sungguh bersemangat akhawat fillah tika itu..

"OK, saya berpendapat lebih baik kita mencontohi stratergi peperangan Raslullah s.a.w. Kita akan aplikasikan stratergi Panglima Tiga Serangkai"

Sedikit Fakta:

Dalam peperangan Muktah, Rasulullah s.a.w meletakkan Zaid bin Harithah sebagai panglima perang dan berpesan:”Jika Zaid gugur sebagai gantinya Jaafar bin Abi Talib, jika Jaafar pula terkorban maka gantinya adalah Abdullah bin Rawahah”.

"Saya melantik Ala` pemegang panji pertama, sekiranya Ala` gugur syahid, Syafiqah akan menjaga panji, jika Syafiqah terkorban maka sayalah gantinya"


"Bagi menjaga belon-belon yang terikat pada kaki tentera-tentera kita, saya amanahkan tentera tanpa belon menjaga mereka secara berpasangan"

Setelah ejen perisikan membuat undian, pasukan Saifullah mendapat peluang utk memilih tapak pertahanan..

Dua-dua kawasan dekat dengan sumber air. Hanya yang membezakan 2 tempat tersebut ialah satu, berbukit manakala satu lagi tanah rata..

"Bukit-bukau sesuai menjadi benteng pertahanan supaya mudah melihat musuh"kata mujahidah dari pasukan kami.

Sepanjang perjalanan kami melaungkan takbir. Setelah Saifullah bersedia di medan tempur, pasukan musuh pun datang.

Dari kejauhan, saya melihat mereka ibarat satu ombak yang besar. Mereka saling memegang lengan masing-masing, berjalan seiringan.

Melihatkan situasi itu, pasukan Saifullah gentar, maka saya pun melaungkan,
"menang ataupun syahid!!!" untuk menyuntik semangat para tentera.

"Ya Allah, ya tuhan kami, tetapkan lah hati kami dalam peperangan ini. Semoga melalui war game ini, kami peroleh sesuatu. Menang atau kalah bukan la pengukur kemenangan kami, tapi sejauh mana keimanan kami kepadaMu. Amin ya rabbal `alamin."maka seramai lebih 50 orang tentera Saifullah mengaminkan doa tersebut.

Sejurus kemudian, pihak lawan pula membaca doa..aik, tak macam perang muktah pun. perang muktah kan peperangan antara 3000 tentera muslimin dengan 200, 000 tentera Rom(orang kafir). <--memanglah, nama pun war game antara akhawat fillah..namanya game tapi semangat berkobar-kobar ibarat mengejar syahid.

Siren berbunyi..

Maka bertempur la tentera Saifullah dan tentera musuh di medan peperangan di Kem IMAN, Jugra, Negeri Sembilan.. Kedua-dua pasukan berperang tanpa senjata dan kuda..

Saya dan beberapa tentera Saifullah menyerang pemegang panji pihak musuh. Salah seorang dari kami cuba merampas panji, lalu mengakibatkan Panglima musuh gugur terjelepok ke tanah..honestly, saya tak suka tgk situasi ini.terkejut melihat perebutan yang agak dahsyat di depan mata. Sebelum saya mengambil panji itu, sempat saya berkata pada panglima musuh tersebut, "ya Allah, mintak maaf, sakit ke?"

Memikirkan panji ditangan, saya pun berlari ke sempadan medan peperangan. Perjalanan yang jauh, dengan kelajuan cahaya, sehingga saya hampir tersungkur ke tanah, ..exaggeration sungguh hehe..

Alhamdulillah saya sampai ke sempadan dengan selamat. Hampir hilang separuh nyawa. tu la, akibat lama tak exercise

Dek kerana mereka terlalu asyik berperang, dua-dua pihak masih asyik berlawan sedangkan pasukan Saifullah sudah pun menang. Saya pun melaungkan "takbir!!!"

Semua orang memandang saya..tentu sahaja terukir senyuman pada Pasukan Saifullah manakala wajah kebingungan tentera musuh.

"takbir!!!"
"Allahu akbar!!"
"takbir!!"
"Allahu akbar!!"
"takbir!!"
"Allhahu akbar!!"

Setelah mengira belon yang masih selamat serta pasukan yang berjaya merampas panji, pasukan Saifullah memenangi war game itu..

Sungguh memenatkan tapi sangat menyeronokkan..

Namun begitu, saya tersedar. War game ini melibatkan akhawat fillah. Yang berpaksi kan akidah yang satu. Seumpama peperangan antara muslimin sendiri.

Kita lihat keadaan sekarang, muslimin tak bersatu. masing-masing bergaduh, berebutkan harta dunia. hingga menyebabkan orang kafir goyang kaki di luar. Ada juga yang bergaduh kerana berebut mad`u.

Ayuhlah ikhwah dan akhawat fillah, janganlah kerana kita tak sama jemaah membuat kan kita semua terpisah kerana sesungguhnya bapa kita sama iaitu Islam. Matlamat kita sama iaitu Islam menjadi Ustaziatul Alam.

Al-Muslim akhul Muslim

Maksud Sabda Rasulullah saw :

“Seorang muslim adalah saudara muslim lainnya, janganlah ia menzalimi saudaranya, dan jangan pula menyerahkannya pada musuh, dan selama ia memperhatikan kebutuhan saudaranya maka Allah swt memperhatikan kebutuhannya” (Shahih Bukhari)



Ukhuwwah fillah abadan abada ya akhi, ya ukhti.

Wallahu`alam..

Saturday, March 13, 2010

Recharge Iman

Bismillahirahmanirrahim..

*bukan sekadar hiasan
Ter 'zup' iman

12-15/03 2010
Binding Group PSC,
Kem Sri Raudhah, Gombak.

Salam sahabat-sahabat..

Alhamdulillah..beberapa minggu yang lepas, saya selesai menjadi faci bagi camping ni bersama-sama 9 muslimin (amirul, faris, aqi, musaddiq, hisyam) dan muslimat (fathin, farah L, Farah H, Nada)senior yang lain.

Kem ni khas untuk melatih tanzim baru PSC atau dalam erti kata yang lebih tepat, mem BULI adik2. hehe

background music utk cerita kali ni..video kat mini ipod --->

Open Your Eyes
by: Maher Zain


Look around yourselves

Can't you see this wonder

Spreaded infront of you
The clouds floating by

The skies are clear and blue

Planets in the orbits

The moon and the sun

Such perfect harmony

Let's start question in ourselves
Isn't this proof enough for us
Or are we so blind

To push it all aside..
No..


We just have to

Open our eyes, our hearts, and minds

If we just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth

Let it take us by surprise

Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)

Keep us close to You
Until the end of time..


Look inside yourselves
Such a perfect order

Hiding in yourselves
Running in your veins

What about anger love and pain

And all the things you're feeling

Can you touch them with your hand?

So are they really there?
When a baby's born

So helpless and weak

And you're watching him growing..
So why deny
Whats in front of your eyes

The biggest miracle of life..


Allah..
You created everything
We belong to You

Ya Robb we raise our hands

Forever we thank You..
الحمد الله


Jungle Trecking

Pukul 12.30 tghari (maybe), kami meredah hutan dalam keadaan lapar dan dahaga. Motif:- makan dan solat zuhur dalam hutan nanti..wow!

Sesampainya kami di puncak, ada air terjun yang tersgt indah..subhanallah


Malangnya keindahan alam tu tercemar apabila ktorang terlihat 4 orang remaja lelaki tanpa baju dan 1 perempuan bermandi-manda di situ. Semuanye masih bersekolah. Ustaz yang mengetuai group kami pun jalankan tugasnya.

"Assalamualaikum, Adik semua ni dari sekolah mana?"

"Sekolah xxxxx"

"Apa yang korang buat ni adik...kalau perem
puan ni adik korg, korg suka ke kalo org lain buat mcm ni pada adik korg?"

Mereka semua pun beredar.

Analogi mudah
سَبَّحَ لِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

(As-Saff:1)

Analoginye macam ni, alam ni seolah-olah sekumpulan ulama` yang sedang berzikir di sebuah masjid. Tiba-tiba ada orang membuat maksiat di tengah kumpulan ini..Tak malu ke?

Begitu juga dengan kita, berasa malulah utk membuat perkara yang Allah murkai di tengah alam yang sedang berzikir pada Yang Maha Melihat. K
ebanyakan dari kita tak suka lipas,katak tapi mereka tengah berzikir walhal kita tidak..sungguh memalukan! berkata pada diri sendiri juga

Mecari Kiblat

Sesudah mandi, kami pun mencari tempat lapang untuk solat berjemaah. Sebelum solat, kena tentukan arah kiblat dulu. Macam mana nak tentukan arah kiblat di tengah-tengah hutan?

Tips:-
  • Lihat lumut di pokok.
  • Lihat bintang 3 sederet dalam bentuk Orion (nama batch senior di Seseri)--tapi cara ni mustahil dipraktikkan memandangkan 'kami nak solat zuhur'
  • Lihat posisi matahari dengan memerhatikan arah ia terbit dan terbenam. Matahari terbenam pada sebelah barat (kedudukan Makkah)
  • Lihat kompas-paling mudah : )
Persenda Agama

Memang saya sengaja tak benarkan muslimat membawa telekung untuk melihat sejauh mana mereka yakin pakaian mereka mencapai tahap 'menutup aurat'.

Imam pun melaungkan Allahu Akbar.

Tiba-tiba sekumpulan remaja melayu lalu, mereka mengajuk-ngajuk imam dengan nada menyindir sambil tergelak-gelak. Ya Allah, memang menguji kesabaran. Peristiwa ni mengingatkan saya bagaimana Rasulullah dan para sahabat di Mekah diejek dan dipermainkan. Sedarlah sahabat semua, kita hampir kembali kepada zaman jahiliah. Semoga Allah memberi petunjuk kepada mereka dan kita semua.

Kemanisan Solat

Pada mulanya, saya agak tak selesa untuk solat dengan hanya beralaskan tanah. Tapi, time sujud, Subhanallah rasa tenang sangat. Lebih tenang dari biasa. Hebat sungguh alam ciptaan Allah.

Kalimah Allah pada Batu

Dalam perjalanan kembali ke Kem, kami ditugaskan mencari batu-batu yang tertulis kalimah Allah padanya.

Subhanallah...

*antara batu yang dijumpai

Majoriti dari kami berjaya jumpa batu seperti ini. Malangnya saya tak termasuk sahabat-sahabat yang bertuah tu. Sedih... Bak kata ustaz ala-ala membuat lawak"kena banyakkan zikir lagi.." termuhasabah sungguh T-T

Begitulah antara kisah yang mentarbiyah saya sepanjang kem. Semoga sahabat dapat mengambil 'ibrah dari cerita ini.

Sungguh, perjalanan hidup seorang hamba itu sentiasa menjadi pentarbiyahan diri baginya sekiranya dia memahami tujuan hidupnya di muka bumi Tuhan..

وَاللَّهُ خَلَقَكُم مِّن تُرَابٍ ثُمَّ مِن نُّطْفَةٍ ثُمَّ جَعَلَكُمْ أَزْوَاجاً وَمَا تَحْمِلُ مِنْ أُنثَى وَلَا تَضَعُ إِلَّا بِعِلْمِهِ وَمَا يُعَمَّرُ مِن مُّعَمَّرٍ وَلَا يُنقَصُ مِنْ عُمُرِهِ إِلَّا فِي كِتَابٍ إِنَّ ذَلِكَ عَلَى اللَّهِ يَسِيرٌ

Dan Allah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari (setitis) air benih, kemudian Ia menjadikan kamu berpasangan (lelaki dan perempuan). Dan tiada mengandung seseorang perempuan (juga seekor betina), dan tidak pula satu-satunya melahirkan (anak yang dikandungnya) melainkan dengan keadaan yang diketahui Allah. Dan tidak diberikan seseorang berumur panjang, juga tidak dijadikan seseorang pendek umurnya, melainkan ada kadarnya di dalam Kitab Ilahi. Sesungguhnya yang demikian itu mudah sahaja kepada Allah.
(Al-Faatir:11)