Wednesday, August 14, 2013

Bahan Usrah 1: Kepentingan Ilmu bagi Daie

Bismillahirrahmanirrahim

Bagi permulaan usrah, boleh dimulakan dengan momokan soalan2. Contoh:
  1. Senaraikan beza antara syarat sah qasar dan jamak?
  2. Pengertian riba?
  3. Apa itu tasawuf
  4. Apa itu hadith maudu'?
(seperti kebiasaannya, tak ramai daie yang mampu menjawab dengan baik)

Mulakan perkongsian dengan,

Point 1:

 Sepetimana yang kita sedia maklum, wahyu pertama yang diturunkan ialah:


اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ
Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk). (QS Al-Alaq, 96:1)

Di sini kita boleh lihat, suruhan pertama bukanlah beribadah mahupon berdakwah, namun kita disuruh menuntut ilmu.Bermakna, untuk melakukan apa2 pon, kita perlu mempunyai ilmu.

Bak kata salafus soleh:



مَنْ عَبَدَ اللهَ بِجَهْلٍ , أَفْسَدَ أَكْثَرَ مِماَّ يُصْلِحُ

Barangsiapa beribadah kepada Allah dengan kebodohan, dia telah membuat kerusakan lebih banyak daripada membuat kebaikan. (Majmu’ Fatawa 25/281)

Point 2:
Prof. Dr. Yusof Abdullah Al-Qardhawi menyebut di dalam fiqh alawalyiyat dalam bab pentingnya ilmu bagi pendakwah dan guru, katanya:
“ilmu menjadi syarat utama untuk mereka yang bergiat dalam bidang kehakiman dan fatwa,dan ia juga menjadi batu asas bagi mereka yang bergiat dalam bidang dakwah dan pendidik,maka setiap pendidik wajib melakukan dakwahnya dengan hujah dan ajaran yang nyata dan jelas”
Sheikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin pernah ditanya:
 “Kita sering menemukan sebahagian da’i memiliki perhatian terhadap dakwah dan ukhuwah ke jalan Allah, serta saling mencintai di dalamnya, namun mereka tidak menitik beratkan persoalan ilmu, tafaqquh dalam perkara-perkara agama dan aqidah, serta lalai daripada menghadiri majlis-majlis ilmu. Maka apakah komentar Sheikh terhadap hal ini? 
Antara jawapannya ialah,
"Jika dakwah itu berdiri di atas kebodohan, maka setiap orang akan memberikan hukum sesuai dengan apa yang difikirkan oleh akalnya, yang ia sangka benar padahal salah..." 

Saya berikan analogi,
Contohnya, ada seorang musafir meminta kita menunjukkan jalan ke satu tempat. Kita pun memberi direction sedangkan kita sendiri tidak tahu ataupon tidak berapa pasti, sudah pasti akan menjadikan musafir itu sesat.

Dewasa ini, memang tidak dinafikan betapa ramai mahasiswa/siswi yang mula sedar dan berjinak dalam Dakwah dan Tarbiyah, namun maafkan saya kalau mereka (baca:kami) sebenarnya jahil.

Saya kongsikan kisah benar,
Kisah 1:
Sewaktu itu saya dan akhawat sedang bermusafir ke Mangalore, 2 jam perjalanan dari Manipal, India. Bila saya rujuk syeikh google, jaraknya tak cukup 2 marhalah. Maka bermulalah episode kejahilan kami
"eh, boleh qasar ke tak ni?"
"entahlah, aku pon tak sure la."
Saya pon berkata dengan nada kecewa, "Kita ni nama je dah lama join usrah, siap bawak usrah lagi, bab solat qasar pon kita failed.Haih, teruknya kita ni"
Saya cuma terfikir, kalau orang yang sedar tentang kewajipan berdakwah pon jahil, maka bagaimana pula orang yang belum diberi hidayah di luar sana tu?

Kisah 2:
Pernah satu ketika, saya berbincang dengan seorang sahabat mengenai idea saya yang ingin share kan di facebook tentang perbezaan islam dan ideologi lain dari pelabagai aspek seperti sistem ekonomi, undang2, pendidikan.
"hish, enti ni. susah tu. mana boleh nak buat macam tu sebab kita tak da ilmu"
"ala..apa yang susahnya, kita sharekan ape yg kita tau supaya semua orang sedar yang islam itu terbaik"
"masalahnya, kita perlu la ada ilmu yang luas bila nak sebut pasal ni. Ini bukan bidang kita. Benda macam ni elok kita serahkan pada orang yang faqih dalam bidang ni. Enti tau ke apa itu ilmu ekonomi secara meluas? Kalo tau superficial je, mana boleh nak share macam tu."
"Emm...tak tau"
"Enti tau ke ilmu tasawuf?"
"Em, apa itu?"

"Enti, memang lah kita ni tak adalah perlu sampai jadi `alim dalam semua bidang. Tapi benda2 asas macam ni kita wajib tau."
Serius saya sedih sangat waktu tu sampai tak tau nak kata apa. Dan saya menangis semahunya pada malam itu. Pada malam itu saya sedar, 'banyak ilmu yang aku tak tau selama ni sedangkan ilmu2 aqidah, tasawuf patutnya sudah tersemat dalam hati'

Kisah 3:
Pernah satu ketika semasa saya di India, berlaku satu kekecohan. Isu penggunaan ayat Al-Quran tanpa ilmu dalam mengeluarkan hujah. Apa yang saya dapat konklusikan, permasalahan  ni timbul kerana ramai yang salah faham terhadap satu daurah yang saya pernah hadiri iaitu bertajuk "Cara berinteraksi dengan Al-Quran"
Rata-rata ramai yang menafsirkan ayat Al-Quran tanpa berguru termasuk saya juga ketika masa dahulu.Sedangkan penafsiran ayat Al-Quran perlulah jelas bersama asbabun nuzul, dan tafsiran di sebalik ayat tersebut yang telah pon dihuraikan oleh ulama` terkenal dan dipelajari dengan guru yang faqih dalam bab ini.
Bak kata pepatah dari saya,
"Ilmu tanpa amal, sia-sia.
Amal tanpa ilmu, sesat.
Menuntut ilmu tanpa guru dan tidak bersanad, maka syaitan dan hawa nafsulah gurunya."
Maka, hadirilah talaqqi, ceramah2, kuliah2 dari guru2 yang faqih dalam bidang yang diajarkannya. Tadahlah kitab dari kitab2 muktabar dengan tok guru.

Pernah dengar satu ayat Al-Quran yang sangat famous dijadikan teka-teki.
"Ayat mana dalam Al-Quran sebut pasal cara-cara membuat roti canai/kek?"
Maka, penyoal pon akan memberikan jawapan ayat 7 surah Al-Anbiya.Firman Allah:

" Kami tiada mengutus rasul-rasul sebelum kamu (Muhammad), melainkan beberapa orang laki-laki yang Kami beri wahyu kepada mereka, maka tanyakanlah olehmu kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahui. (QS. 21:7)
Kata pembawa teka teki ini, cara membuat roti canai ialah dengan bertanya pada yang tahu membuat roti canai.

Ingin saya perbetulkan disini, ayat ini bukanlah bermaksud seperti dalam konteks teka teki ini. Tapi ilmu yang dimaksudkan ialah ilmu syarie. Ilmu yang diwahyukan kepada Rasulullah sebagai risalah dakwah. Maka, seharusnya kita menuntut ilmu dengan guru yang `alim.

Point Akhir:
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

مَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَطْلُبُ فِيهِ عِلْمًا سَلَكَ اللَّهُ بِهِ طَرِيقًا مِنْ طُرُقِ الْجَنَّةِ وَإِنَّ الْمَلَائِكَةَ لَتَضَعُ أَجْنِحَتَهَا رِضًا لِطَالِبِ الْعِلْمِ وَإِنَّ الْعَالِمَ لَيَسْتَغْفِرُ لَهُ مَنْ فِي السَّمَوَاتِ وَمَنْ فِي الْأَرْضِ وَالْحِيتَانُ فِي جَوْفِ الْمَاءِ وَإِنَّ فَضْلَ الْعَالِمِ عَلَى الْعَابِدِ كَفَضْلِ الْقَمَرِ لَيْلَةَ الْبَدْرِ عَلَى سَائِرِ الْكَوَاكِبِ وَإِنَّ الْعُلَمَاءَ وَرَثَةُ الْأَنْبِيَاءِ وَإِنَّ الْأَنْبِيَاءَ لَمْ يُوَرِّثُوا دِينَارًا وَلَا دِرْهَمًا وَرَّثُوا الْعِلْمَ فَمَنْ أَخَذَهُ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ

"Barangsiapa meniti satu jalan untuk mencari ilmu, niscaya –dengan hal itu- Allah jalankan dia di atas jalan di antara jalan-jalan sorga. Dan sesungguhnya para malaikat membentangkan sayap-sayap mereka karena ridha terhadap thalibul ilmi (pencari ilmu agama). Dan sesungguhnya seorang ‘alim itu dimintakan ampun oleh siapa saja yang ada di langit dan di bumi, dan oleh ikan-ikan di dalam air. Dan sesungguhnya keutamaan seorang ‘alim atas ahli ibadah seperti keutamaan bulan purnama daripada seluruh bintang-bintang. Dan sesungguhnya para ulama itu pewaris para Nabi. Para Nabi itu tidak mewariskan dinar dan dirham, tetapi mewariskan ilmu. Baramngsiapa yang mengambilnya maka dia telah mengambil bagian yang banyak. [HR. Abu Dawud no:3641, dan ini lafazhnya; Tirmidzi no:3641; Ibnu Majah no: 223; Ahmad 4/196; Darimi no: 1/98. Dihasankan Syeikh Salim Al-Hilali di dalam Bahjatun Nazhirin 2/470, hadits no: 1388]

Daripada hadith ini, rasulullah menceritakan faedah2 dan kebaikan2 para pencari ilmu iaitu:
  1. Allah memudahkan jalan ke sorga bagi orang yang menuntut ilmu.
  2. Malaikat membentangkan sayap-sayap mereka karena ridha terhadap thalibul ilmi.
  3. Seorang ‘alim dimintakan ampun oleh siapa saja yang ada di langit dan di bumi, dan oleh ikan-ikan di dalam air.
  4. Keutamaan seorang ‘alim atas ahli ibadah seperti keutamaan bulan purnama daripada seluruh bintang-bintang.
  5. Para ulama itu pewaris para Nabi.

Wallahu`alam. Moga bermanfaat.

Penulis: Saudari Adziemah Fitriah

Saturday, August 10, 2013

Syirik Dosa Besar!

Saya sebenarnya sesak dada bila fikirkan tentang ini..

tak tau nak tulis di mana,kat fb takut tak sesuai pula..Jadi, saya decide untuk tulis di sini


Hari ni hari raya.

Seperti kebiasaan, menziarah sanak saudara.Jumpa makcik-makcik, nenek-nenek, atuk-atuk..

"Tok ni ada ilmu kuat, sekarang ni kita kena buang dulu anasir tak baik tu. kena buang dulu ilmu dia tu baru lah dia tak mati terseksa"

"Nek ni ada pakai susuk. Kena buang dulu susuk tu kalau tidak dia akan terseksa macam ni"

Apa semua ni?!

Saya stress!

Betapa lazimnya sehingga, dalam satu hari dengar pelbagai jenis cerita.

Semua nya tentang 'ilmu'. Ilmu kuat, ilmu silat, ilmu pengasih, ilmu susuk, ilmu perapat, ilmu pelaris.

Ya Allah, itu semua kan syirik.

Syirik itu menyekutukan Allah. Menjadikan jin sebagai perantara. Berharap kepada selain Allah.

Kalau di teliti, ada antaranya solat tak tinggal, al-quran baca. Tapi kenapa konsep tauhid tu tak difahami.

 Bila saya fikir-fikir, benarlah amal tanpa ilmu tu membawa kepada kesesatan. Perkara asas seperti tauhid adalah wajib dipelajari dan difahami.

Jadi, marilah sahabat2, kita menuntut ilmu dengan menghadiri kuliah2, talaqqi di sekolah pondok.

Saya pun kurang ilmu agama, tapi kalo kita berusaha sedikit2 insyaAllah. 

Saya ada satu hajat yang sangat besar. Moga2 Allah permudahkan. InsyaAllah hajat di hati ingin mengaji pondok semasa tempoh cuti semester 2 minggu yang tak lama sahaja lagi. Mohon doa ye sahabat. Moga ibu lembut hati beri keizinan 

Kisah Pelajar Perubatan: Nenek dan atuk

Ingat lagi kisah nenek saya?

kali ni nenek betul-betul menjadi pesakit di hospital kajang

Diagnosis: bleeding duodenal ulcer.
Management: laparatomy.

Sayu hati tengok nenek lemah dikelilingi pelbagai tiub.

Dulu,setiap kali saya bersalaman dengan nenek sebelum pulang ke india,mesti nenek akan cakap,

"emah,nek minta maaf ye"

bersungguh-sungguh sepertinya kami tidak akan bertemu lagi.

Semalam,nenek selalu bertanya tentang atuk.Nak sangat jumpa atuk.

Tapi atuk pula,
baru-baru ini sesak nafas dan tak mampu berjalan jauh.

Hari ini,
setelah lama tak berjumpa,atuk datang melawat nenek dengan kerusi roda.
Nenek 'jejak kasih' dengan atuk.Saya pula terharu.

Moga 'Kisah Cinta' mereka membawa ke syurga 

sweetnya!

Kisah Pelajar Perubatan: Nenekku pesakitku

Hari tu nenek saya adalah pesakit saya.

Hypertension with bilateral pitting pedal eodema.
(darah tinggi dan bengkak kaki)

Saya: Nenek kena letak kaki atas bantal bila tidur.biar kaki tinggi sikit,baru surut bengkak ni

Mak su: Emah cerita sikit macam mana boleh jadi bengkak.

Saya: 'Err,memang mencabar bila perkataan saintifik nak ditranslate kepada bahasa melayu'..tapi saya berjaya juga 

Lega masih ingat physiology!

Cuma saya terfikir sesuatu,

Dulu-dulu,

Interviewer JPA tanya

"Kenapa u nak jadi doktor?"

"Nak rawat ibu,ayah dan family saya."

Dan sekarang,
Sila kotakan kata-kata itu ye adziemah.

Kawan-kawan,jom belajar rajin-rajin!

Kisah Pelajar Perubatan: Santuni pesakit

27 June 2013

"Assalamu'alaikum makcik.hari ini pakcik sihat sikit tak?"

"wa'alaikumussalam.eh,kamu!jemput makan keropok"sambil menghulur keropok ikan kepada saya.

"eh..tak apalah makcik"

"ambil lah"bersungguh-sungguh makcik tu pelawa.saya pon ambil.tak baik tolak rezeki  

Teringat kali pertama kami berjumpa-4 hari lepas
Makcik tu dingin dengan saya. Mungkin tak larat nak layan student medic.10 soalan saya tanya,1 jawapan.Pakcik pula buat-buat tidur.

Tapi alhamdulillah,selepas 10minit berbual,mereka tunjukkan respons positif.

Di situ lah kesabaran memainkan peranan. Jika kita santuni orang,orang akan santuni kita.

"Makcik,kenapa dalam fail ni tulis makcik tak nak pakcik jalani pembedahan?"

"Semalam doktor tu ada beritahu makcik risiko pembendahan tu nanti,garang doktor tu.serius je.makcik jadi makin takut la.Makcik cakap pada doktor tu,cakap lembut-lembutla dengan makcik,makcik takut.Adziemah nanti jadi doktor,janganlah sombong-sombong ye"

"InsyaAllah makcik"

Hari ini saya belajar sesuatu yang tiada dalam buku medic.

Kisah Pelajar Perubatan: Makcik Lumpuh

Lama saya tak update blog ni

Bertahun-tahun

Busy sebagai pelajar medic

Buat pengetahuan semua,saya sekarang merupakan pelajar medic tahun 3 di melaka manipal medical college.

Menjadi kebiasaan saya sebagai pelajar menemu ramah pesakit.

Hari itu saya sebak.

Pesakit lumpuh separuh badan,68 tahun.
Tidak makan ubat untuk darah tinggi dan kencing manis.

"Makcik sedih sebab badan makcik tak boleh gerak"muram wajahnya.

"Makcik jangan putus asa,kakak saya dulu pernah kena stroke,doktor cakap peluang berjalan tu tipis.Tapi dia dah boleh berjalan dah sekarang."

"Kakak kamu lagi teruk dari makcik ke?"

"Kakak saya lumpuh seluruh badan dan perlu pakai oksigen,bantuan pernafasan"

"Lagi teruk dari makcik la ye?apa yang dia buat sampai boleh jalan semula?"

"Dia banyak exercise tangan,kaki.Ayah saya selalu tolong dia exercise dan urut.Dan jangan lupa doa banyak-banyak makcik.InsyaAllah."

"Terima kasih,anak.Terima kasih bagi makcik harapan,nak"wajahnya bersinar penuh pengharapan.

Saya pun berlalu pergi dengan mata yang bergenang.

Teringat pengorbanan ibu,ayah dan keluarga sewaktu menjaga kak long yang terlantar berbulan-bulan.

Kasih sayang mereka yang tiada gantinya.

Friday, September 16, 2011

Hilangnya satu 'pinjaman'

Tempat: Kedai makan, Serdang
Masa: 2 ptg
Subjek: Saya dan Fatin

"Tak po, adik bayar pah ni..makan dulu"kata seorang pekerja kedai tersebut sambil tersengeh-sengeh gatal.

Kami pon duduk dan makan.

Fatin: "Itulah yang Fatin tak suka bila balik malaysia, orang lelaki 'tempe' (penduduk India) tak pon macam orang lelaki kat malaysia ni. Diorang tak kacau kita pon"

Saya: "Setuju!!!"

Setelah kekenyangan..

Saya: "Alhamdulillah kenyang. Dah lewat ni, jom kita balik"kata saya.

Kami pon berjalan menuju stesen komuter.

Fatin: "Ya Allah, purse Fatin tak ada. Tertinggal kat kedai makan tadi kot."

Saya: "Jom, kita patah balik cepat, takut abang kedai tu ambil pulak.Muka dia macam tak boleh dipercayai"

Setiba di sana, dia bertanya pada makcik tuan punya kedai.

Makcik: "Tak ada lah,nak.Em..ada nampak purse budak ni tak kat meja masa kemas tadi?"makcik bertanya abang gatal tadi.

Abang gatal: "Tak dop pon"

Saya dan Fatin saling berpandangan. Bukan duit yang dirisaukan, tapi segala kad-kad peting ada di dalam purse itu terutama student card dan IC card. Saya masih tak puas hati. Saya suspek 'abang' tu.

Saya: "Fatin bagi nombor Fatin, kalo abang tu betul-betul ambil, mungkin Allah akan gerakkan hati dia untuk pulangkan balik." cadang saya separa berbisik.

Fatin: "Boleh saya tinggalkan nombor hp saya kat makcik?013-*******. Manalah tau ada orang terjumpa dan beri makcik"

Kemudian kami mencari di sepanjang jalan yang kami lalui. Dua kali kami ulang-alik.

TAK ADA!!!

Allahuakbar!...saya menoleh melihat Fatin.

Dia tenang saja.

Fatin: "Tak apalah Adziemah, Kita balik la. Ada orang dah ambil agaknya. Kalo kat India, Fatin tinggalkan kunci motor kat motor pon 'tempe' tak curi"

Saya: "Innalillahi wainna ilaihi rojiun..Fatin sabar ya."

Fatin: "Innalillahi wainna ilaihi rojiun. Baru tadi kat daurah kita semangat nak berjuang, terus Allah uji Fatin..Ya Allah, beratnya ujian ni"

Saya: "kite rasa, Allah pilih Fatin yang hilang purse dan bukan kite sebab Fatin lagi kuat dari kite. Kalau kite, mesti dah menangis memanjang. Kite teman Fatin balik sampai stesen bas ya?"

Fatin: "Tak payah Adziemah. Fatin ok"

Saya tetap membeli 2 tiket ke Bandar Tasik Selatan iaitu arah bertentangan untuk ke rumah saya, Kajang.

Saya lihat dia. Dia lihat saya. Kami diam sahaja.

Saya: "Fatin ok?"

Dia tersenyum kelat.

Sesampainya di stesen Bandar Tasik Selatan, dia bertegas tak mahu saya susah-susah temankan dia ke Titiwangsa.

Fatin: "Tak payah Adziemah, Fatin boleh jaga diri. Membazir je duit Adziemah. Fatin ada duit seringgit je..nak pinjam duit boleh?"

Saya: "Nah, rm50. Em, bolehla Fatin, jangan risau. tak susah pon. Kite risau Fatin pergi sorang macam ni. Tambah pulak tiket bas pon Fatin tak beli lagi. Hp kite pulak mati, lagilah risau"

Fatin: "Tak apa.....tak apa...Adziemah percaya kat Fatin, ok?"

Saya: "Ala...bolehla..sampai Titiwangsa je pon, bukan sampai Pahang."

Dia tetap bertegas tak mahu saya teman kan dia. Rasa serba salah. Saya tak mahu tinggalkan dia dalam keadaan sebegitu. Dalam masa yang sama saya tak mahu memaksa dia.

Saya: "Bolehla Fatin..."

Fatin: "Adziemah, Fatin nak bersama dengan Dia"

Saya: "ok..baiklah"tersenyap saya. Siapalah saya untuk menghalang seorang hamba dalam kesusahan yang ingin bersama Rabbnya.

Setelah berpelukan, dia pon berlalu pergi tanpa menoleh. Mata saya masih tertumpu padanya. Dia memberi sedekah kepada peminta sedekah di situ. Tersentuh saya.

Tiba-tiba ada seorang lelaki menyapa.

Lelaki: "Adik, boleh luangkan masa sikit. Kita sebenarnya ada satu borang untuk diisi. Ini untuk support anak melayu."

Fikiran masih bercelaru..tapi kesian pulak tengok lelaki itu. Saya pon pergi ke kaunter tersebut.

Seorang lelaki lain bercerita panjang lebar mempromosi satu kad insuran. Saya pon tak ingat apa namanya.

Allah saja lah yang tahu, tak faham apa-apa. Otak masih serabut, ditambah lagi dengan keserabutan. Tadi cakap kena isi borang je.

Saya: "Minta maaf sangat-sangat encik..sebenarnya saya tengah ada banyak masalah dalam kepala. Tak dapat nak fokus. Saya betul-betul tak boleh nak decide apa-apa,.. Minta maaf ya"

Lelaki lain: (muke agak kecewa)"eh, adik tak payah minta maaf, saya yang patot minta maaf ambil masa adik"

Saya pon berlalu..

Sedang saya duduk menunggu tren, saya banyak berfikir..

Muhasabah diri..

Hebatnya kawan saya ni. tabah..kami memang rapat. Saya kagum melihat dia. Sia sentiasa melihat semuanya yang berlaku adalah tarbiyah Allah untuk dirinya.

Dulu dia pernah cerita kat saya, dia selalu fikir, semut yang berjalan mendekati dia itu seolah-olah semut tu nak beritahu dia yang dia ada buat dosa hari ini.

Subhanallah, hebat nya dia

Terasa menyesal pulak kerana tak temankan dia.

Tanpa saya sedari, air mata pun mengalir..kesian kat dia. Ya Allah, Kau lembutkan lah hati orang yang ambil purse Fatin, gerakkan lah hati orang tu untuk pulangkan balik.

Datang 3 orang lelaki, duduk sebelah saya. Salah seorang dari mereka rupa macam orang pakistan, dia berketayap dan berjambang.

Mereka berbual dalam bahasa Hindi.

Seorang dari mereka,lelaki 'C' menegur saya.

Lelaki C: "komuter ini boleh gi serdang ke?"tanya lelaki C dalam loghat kelantan sambil tersenyum pelik

Saya: "ya"

Lelaki itu berpaling kepada kawannya. Bercakap sesuatu . Entah kenapa saya rase suaranya kali ini lebih kuat. Dia bercakap dalam bahasa Arab

Kemudian, kembali melihat saya.

Lelaki C: "adik orang mana dan nak pergi mana ni?"sambil asap rokok berkepul-kepul keluar dari mulutnya.

Takut rasanya, saya pon berlalu dari situ.

Lelaki C: "Eh, adik nak gi dah ke? jangan lah pergi lagi"dengan nada pelik..

Adoi...Malaysia...Malaysia...

Tren tiba... saya memilih koc wanita..(pelaksanaan koc wanita adalah tindakan yang sangat bijak dari pihak KTM)

Sesampainya saya di rumah, saya bergegas mnelefon Fatin. Entah di mana dia sekarang.

Fatin: "Adziemah, Fatin ada kat Serdang ni. Tadi ada seorang kakak ni call Fatin, dia jumpa purse Fatin tercicir kat jalan. Ya Allah, Alhamdulillah, kakak tu try cari Fatin guna IC, tapi tak dapat. Allah gerakkan hati dia untuk tanya kat makcik kedai makan tu."

Saya: "Subhanallah!!"

Allahu rabbi..

Kalau difikirkan, Allah macam testing je, nak tengok bagaimana hambaNya menghadapi ujianNya.

Adakah berputus asa denganNya?

Menyalahkan takdir?

Ataupun semakin dekat padaNya?

Menjadikan Dia tempat bergantung...

Hebat sungguh cara Allah mentarbiyah sahabat saya ini. Sesuai lah dengan dia iaitu seorang yang hebat.

Allah tahu kemampuan kita, dan Allah akan uji dengan apa yang kita mampu sahaja.

bukankah itu janji Allah?
لاَ يُكَلِّفُ اللّهُ نَفْساً إِلاَّ وُسْعَهَا لَهَا

Bersabarlah apabila diuji, kerana itu tanda nya Allah masih sayangkan kita.