Friday, September 16, 2011

Hilangnya satu 'pinjaman'

Tempat: Kedai makan, Serdang
Masa: 2 ptg
Subjek: Saya dan Fatin

"Tak po, adik bayar pah ni..makan dulu"kata seorang pekerja kedai tersebut sambil tersengeh-sengeh gatal.

Kami pon duduk dan makan.

Fatin: "Itulah yang Fatin tak suka bila balik malaysia, orang lelaki 'tempe' (penduduk India) tak pon macam orang lelaki kat malaysia ni. Diorang tak kacau kita pon"

Saya: "Setuju!!!"

Setelah kekenyangan..

Saya: "Alhamdulillah kenyang. Dah lewat ni, jom kita balik"kata saya.

Kami pon berjalan menuju stesen komuter.

Fatin: "Ya Allah, purse Fatin tak ada. Tertinggal kat kedai makan tadi kot."

Saya: "Jom, kita patah balik cepat, takut abang kedai tu ambil pulak.Muka dia macam tak boleh dipercayai"

Setiba di sana, dia bertanya pada makcik tuan punya kedai.

Makcik: "Tak ada lah,nak.Em..ada nampak purse budak ni tak kat meja masa kemas tadi?"makcik bertanya abang gatal tadi.

Abang gatal: "Tak dop pon"

Saya dan Fatin saling berpandangan. Bukan duit yang dirisaukan, tapi segala kad-kad peting ada di dalam purse itu terutama student card dan IC card. Saya masih tak puas hati. Saya suspek 'abang' tu.

Saya: "Fatin bagi nombor Fatin, kalo abang tu betul-betul ambil, mungkin Allah akan gerakkan hati dia untuk pulangkan balik." cadang saya separa berbisik.

Fatin: "Boleh saya tinggalkan nombor hp saya kat makcik?013-*******. Manalah tau ada orang terjumpa dan beri makcik"

Kemudian kami mencari di sepanjang jalan yang kami lalui. Dua kali kami ulang-alik.

TAK ADA!!!

Allahuakbar!...saya menoleh melihat Fatin.

Dia tenang saja.

Fatin: "Tak apalah Adziemah, Kita balik la. Ada orang dah ambil agaknya. Kalo kat India, Fatin tinggalkan kunci motor kat motor pon 'tempe' tak curi"

Saya: "Innalillahi wainna ilaihi rojiun..Fatin sabar ya."

Fatin: "Innalillahi wainna ilaihi rojiun. Baru tadi kat daurah kita semangat nak berjuang, terus Allah uji Fatin..Ya Allah, beratnya ujian ni"

Saya: "kite rasa, Allah pilih Fatin yang hilang purse dan bukan kite sebab Fatin lagi kuat dari kite. Kalau kite, mesti dah menangis memanjang. Kite teman Fatin balik sampai stesen bas ya?"

Fatin: "Tak payah Adziemah. Fatin ok"

Saya tetap membeli 2 tiket ke Bandar Tasik Selatan iaitu arah bertentangan untuk ke rumah saya, Kajang.

Saya lihat dia. Dia lihat saya. Kami diam sahaja.

Saya: "Fatin ok?"

Dia tersenyum kelat.

Sesampainya di stesen Bandar Tasik Selatan, dia bertegas tak mahu saya susah-susah temankan dia ke Titiwangsa.

Fatin: "Tak payah Adziemah, Fatin boleh jaga diri. Membazir je duit Adziemah. Fatin ada duit seringgit je..nak pinjam duit boleh?"

Saya: "Nah, rm50. Em, bolehla Fatin, jangan risau. tak susah pon. Kite risau Fatin pergi sorang macam ni. Tambah pulak tiket bas pon Fatin tak beli lagi. Hp kite pulak mati, lagilah risau"

Fatin: "Tak apa.....tak apa...Adziemah percaya kat Fatin, ok?"

Saya: "Ala...bolehla..sampai Titiwangsa je pon, bukan sampai Pahang."

Dia tetap bertegas tak mahu saya teman kan dia. Rasa serba salah. Saya tak mahu tinggalkan dia dalam keadaan sebegitu. Dalam masa yang sama saya tak mahu memaksa dia.

Saya: "Bolehla Fatin..."

Fatin: "Adziemah, Fatin nak bersama dengan Dia"

Saya: "ok..baiklah"tersenyap saya. Siapalah saya untuk menghalang seorang hamba dalam kesusahan yang ingin bersama Rabbnya.

Setelah berpelukan, dia pon berlalu pergi tanpa menoleh. Mata saya masih tertumpu padanya. Dia memberi sedekah kepada peminta sedekah di situ. Tersentuh saya.

Tiba-tiba ada seorang lelaki menyapa.

Lelaki: "Adik, boleh luangkan masa sikit. Kita sebenarnya ada satu borang untuk diisi. Ini untuk support anak melayu."

Fikiran masih bercelaru..tapi kesian pulak tengok lelaki itu. Saya pon pergi ke kaunter tersebut.

Seorang lelaki lain bercerita panjang lebar mempromosi satu kad insuran. Saya pon tak ingat apa namanya.

Allah saja lah yang tahu, tak faham apa-apa. Otak masih serabut, ditambah lagi dengan keserabutan. Tadi cakap kena isi borang je.

Saya: "Minta maaf sangat-sangat encik..sebenarnya saya tengah ada banyak masalah dalam kepala. Tak dapat nak fokus. Saya betul-betul tak boleh nak decide apa-apa,.. Minta maaf ya"

Lelaki lain: (muke agak kecewa)"eh, adik tak payah minta maaf, saya yang patot minta maaf ambil masa adik"

Saya pon berlalu..

Sedang saya duduk menunggu tren, saya banyak berfikir..

Muhasabah diri..

Hebatnya kawan saya ni. tabah..kami memang rapat. Saya kagum melihat dia. Sia sentiasa melihat semuanya yang berlaku adalah tarbiyah Allah untuk dirinya.

Dulu dia pernah cerita kat saya, dia selalu fikir, semut yang berjalan mendekati dia itu seolah-olah semut tu nak beritahu dia yang dia ada buat dosa hari ini.

Subhanallah, hebat nya dia

Terasa menyesal pulak kerana tak temankan dia.

Tanpa saya sedari, air mata pun mengalir..kesian kat dia. Ya Allah, Kau lembutkan lah hati orang yang ambil purse Fatin, gerakkan lah hati orang tu untuk pulangkan balik.

Datang 3 orang lelaki, duduk sebelah saya. Salah seorang dari mereka rupa macam orang pakistan, dia berketayap dan berjambang.

Mereka berbual dalam bahasa Hindi.

Seorang dari mereka,lelaki 'C' menegur saya.

Lelaki C: "komuter ini boleh gi serdang ke?"tanya lelaki C dalam loghat kelantan sambil tersenyum pelik

Saya: "ya"

Lelaki itu berpaling kepada kawannya. Bercakap sesuatu . Entah kenapa saya rase suaranya kali ini lebih kuat. Dia bercakap dalam bahasa Arab

Kemudian, kembali melihat saya.

Lelaki C: "adik orang mana dan nak pergi mana ni?"sambil asap rokok berkepul-kepul keluar dari mulutnya.

Takut rasanya, saya pon berlalu dari situ.

Lelaki C: "Eh, adik nak gi dah ke? jangan lah pergi lagi"dengan nada pelik..

Adoi...Malaysia...Malaysia...

Tren tiba... saya memilih koc wanita..(pelaksanaan koc wanita adalah tindakan yang sangat bijak dari pihak KTM)

Sesampainya saya di rumah, saya bergegas mnelefon Fatin. Entah di mana dia sekarang.

Fatin: "Adziemah, Fatin ada kat Serdang ni. Tadi ada seorang kakak ni call Fatin, dia jumpa purse Fatin tercicir kat jalan. Ya Allah, Alhamdulillah, kakak tu try cari Fatin guna IC, tapi tak dapat. Allah gerakkan hati dia untuk tanya kat makcik kedai makan tu."

Saya: "Subhanallah!!"

Allahu rabbi..

Kalau difikirkan, Allah macam testing je, nak tengok bagaimana hambaNya menghadapi ujianNya.

Adakah berputus asa denganNya?

Menyalahkan takdir?

Ataupun semakin dekat padaNya?

Menjadikan Dia tempat bergantung...

Hebat sungguh cara Allah mentarbiyah sahabat saya ini. Sesuai lah dengan dia iaitu seorang yang hebat.

Allah tahu kemampuan kita, dan Allah akan uji dengan apa yang kita mampu sahaja.

bukankah itu janji Allah?
لاَ يُكَلِّفُ اللّهُ نَفْساً إِلاَّ وُسْعَهَا لَهَا

Bersabarlah apabila diuji, kerana itu tanda nya Allah masih sayangkan kita.

Tuesday, August 30, 2011

Aisyah Safiyya

Video di bawah ni ialah video anak sedara saya, Aisyah Safiyya...


Apabila ecah berjaya menjawab ape makna perkataan arab yg disebut uuminya...


Saya...

Tergelak penuh makna.

Tersengeh tanpa bicara.

Diam tiada kata.

Tersentap tanpa disentap.

Saya tersoal di dalam hati, "apa makna perkataan tu?tak tahu pun."

Kelakar dan lawak kan???

Budak kecik pon tau..

Sunday, August 28, 2011

Hadith biji benih

Assalamualaikum pembaca-pembaca..

Kali ni saya nak share 1 hadith yang saya belajar iaitu hadith biji benih.

Saya tidaklah orang yang arif untuk mentafsir hadith, cume ingin berkongsi berdasarkan pemahaman yang saya perolehi ketika belajar hadith ini.


Rasulullah s.a.w bersabda:

"Sekiranya di tangan kamu ada benih kurma dan kamu tahu bahawa esok akan berlaku kiamat, maka hendaklah kamu menanam dan jangan biarkan hari kiamat berlaku tanpa menanam benih kurma tersebut"

[Hadis Riwayat Imam Ahmad]

Persoalan 1: Kenapa bukan ibadah?

Kalau secara superficial, kita akan ambil pengajaran dari hadith sebagai "pentingnya menanam pokok", namun berbeza dengan pandangan Syed Qutb. Beliau hairan, kita pon hairan, "awat la Rasulullah tak suroh kita qiam kah,mengaji kah, ni tak, suruh kita tanam pokok". Bunyinye pelik sungguh.

soalan saya: "kalau kiamat esok pagi, apa kawan-kawan akan buat pada malam sebelum esok pagi?"

em...cuba bayangkan dan fikirkan..soalan yang sama saya tujukan kepada adik usrah saya, dan jawapan mereka:-
  1. nak minta maaf kat semua orang
  2. nak solat taubat
  3. nak istighfar banyak-banyak
  4. nak maafkan semua orang

dan banyak lagi (tak ingat la). Kesimpulannya, kita akan beribadah. Tapi yang pasti, tak ada satu pun antara kita akan cakap, "nak study anatomy lah"

Ketika saya disoal, "kenapa tak jawab study sebagai persediaan sebelum kiamat?"
Saya terpukul dan termuhasabah.

sebab apa aku tak jawab belajar??

sedia maklum ayat famous yang sering kita guna iaitu "aku study kerana Allah" hanyalah ayat skema apabila ditanya "kenapa study?". Hanya ayat skema. Kalau tidak, masakan study yang dikatakan kerana Allah itu tak terlintas pon dalam fikiran sebagai ibadah?

Sekularism

Kita memisahkan ibadah dengan pekerjaan kita, ibadah is ibadah, study is study,kerja is kerja. kalau begitu, rugi lah kita kerana boleh dikatakan sepanjang hari, masa kita dihabiskan dengan belajar. Atau, bagi yang bekerja, kerja. Sedangkan kita diciptakan sebagai `abid.

Persoalan 2: Kenapa biji kurma?

Pokok kurma mengambil masa 4 ke 7 tahun selepas ditanam sebelum mereka berbuah

sumber: wikipedia

Secara logik, adakah sempat benih kurma itu menjadi pokok dan berbuah sebelum kiamat?

mustahil bukan? tak rasa kah macam sia-sia kalau tanam benih tu?

Apa yang saya faham daripada pembelajaran saya, pengajaran hadith ialah bukan hasil menjadi ukuran. Apa yang menjadi ukuran pada Allah ialah sejauh mana usaha yang kita lakukan. Kerana apa? Kerana segala hasil ialah di tangan Allah. Apa yg kte mampu lakukan hanyalah usaha dan tawakal.

Dan yakinlah, Allah itu Maha Perancang, Maha Penyayang. Jadi, usahlah berputus asa sekiranya hasil yang kita inginkan tidak kesampaian. Mungkin masanya bukan sekarang tetapi akan tiba,atau boleh jadi ada sesuatu yg lebih baik dari apa yang kita hajati.

Teruskan usaha, never give up. Manusia ni hanya ibarat robot. Kita tak terdaya berbuat apa2 melainkan Allah yang memampukan kita. Kalau kita berjaya, bukan kerana kepandaian kita, tapi itu semua Allah yang tentukan.

Kadang-kadang kita lihat ada rakan-rakan yang belajar sambil lewa, tapi result hebat. Kita pula, belajar sepenuh jiwa raga, tapi result tak sehebat mereka. Sekiranya kita yakin Allah lihat usaha kita dan tak memandang hasilnya, tentu kte tak bersedih hati dengan result yang tak gempak tu dan redha atas segala ketentuanNya.

Teringat waktu saya dengar pengajaran hadith ni sesuai sangat dengan keadaan diri yang down ketika itu..terasa penat belajar medic..habis satu exam, kena hadapi satu exam lain pula. Penat rasanya. Alhamdulillah Allah bagi semangat melalui hadith ni.


Sahabat-sahabat,

Usahalah sehabis mampu, dan serahkan segalanya pada Allah!!! :) Jangan lupa, kita kan ada Allah.

Saturday, August 27, 2011

duh kader-kader manja!


petikan dari sebuah emel daripada sahabati fillah,

buat muhasabah diri lantas bertindak!

bukan menginsafi tanpa berbuat apa2 seperti angan-angan yang dibawa angin lalu..


Duh kader-kader manja,
maunya selalu mendapat, tapi enggan memberi.
Maunya diperhatikan, tapi tak mau memperhatikan.
Maunya dihargai, tapi tak mau menghargai.

Duh kader-kader manja,
merasa paling dibutuhkan dalam dakwah hingga tinggi hati menyerang niat nan suci.
Merasa paling berkontribusi tapi lupa diri, bahwa yang diperbuatnya tak begitu berarti.

Duh kader-kader manja,
masalah pribadi jadi masalah lembaga.
Harusnya fokus memikirkan umat, tapi sibuk mengungkit masalah internal yang dibuat buat.
Kapan kita geraknya sobat?

Duh Kader-kader manja,
selalu enggan datang rapat, kalaupun datang pasti bilangnya “afwan telat”

Duh kader-kader manja,
inginnya selalu instan.
Ingin dapet jabatan.
Ingin terlihat mapan.
Kalau tidak berhasil jadinya menjauh dari perkumpulan.
Barisan patah hati pun jadi bermunculan.

Duh kader-kader manja,
ingin ini ingin itu tapi tak mau bergerak.
Hanya bisa berteriak-teriak, duh sampe suaranya serak, tak banyak manfaat.

Duh kader-kader manja,
senangnya mengkritisi tapi tak memberi solusi, panjang lebar berdiskusi tapi tak ada aksi.

Duh kader-kader manja,
ternyata usia tak selalu berbanding lurus dengan kedewasaan.
Bersikap seperti anak-anak padahal beban dakwah semakin banyak.
Umat ini sedang butuh kontribusimu, jangan kau tambah lagi masalah umat dengan kemanjaanmu.

Ingat, Komitmen kita di jalan dakwah ini akan Allah bayar, jauh lebih mahal dari materi yang selama ini kita kejar. Jadi jangan beralasan meninggalkannya hanya karena disibukkan dengan permasalahan-permasalahan pribadi. Syurga itu amat mahal takkan dapat dicapai dengan upaya seadanya saja.

Buanglah sifat manja, buktikan bahwa kita kader-kader dakwah yang siap bekerja untuk umat dan bangsa.

Wednesday, June 29, 2011

Ceritera kita-kita



Assalamualaikum sahabat-sahabat,

Seperti yang di janjikan sebelum ni, post kali ini adalah mengenai ayat dari Surah Al-Mu`minun

Terjemahan ayat:

Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati (berasal) dari tanah. Kemudian Kamijadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kokoh (rahim). Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha Sucilah Allah, Pencipta Yang Paling Baik. [QS. al-Mukminun (23):12-14]

Ok, dah baca terjemahan ayat kat atas?

Saya teringin nak share ayat ni kerana ayat ni berkait rapat dengan subjek yang saya pelajari iaitu Human Embryology (tentang proses kejadian manusia).

Subhanallah, sebelum adanya teknologi canggih, sebelum pakar saintis,embryologist mengetahui peringkat-peringkat kejadian embryo (nak mudah faham, kira baby la), Al-Quran dah pun menceritakan perihal kejadian kita. Hebat kan? Allahu akbar. Hanya pencipta kita yang tahu bagaimana kita diciptakan. Subhanallah

Sebenarnya bahasa arab ni hebat sangat2. Sebab itula Allah pilih bahasa arab sebagai bahasa Al-Quran. Bagi sesiapa yang pelajari bahasa arab, uniknya bahasa ini ialah 1 perkataan boleh membawa maksud yang pelbagai. Sekali gus dapat menjelaskan sejelas-jelasnya maksud perkataan itu.

Sekarang ni saya nak share tentang perkataan `alaqah yang digunakan oleh Allah swt di dalam ayat di atas. Kalau ikutkan, maksud yang kita faham ialah segumpal darah. Kalau belek terjemahan Al-Quran kat rumah, memamg itulah maksud nya.

Tapi, sebenarnya `alaqah membawa 3 maksud yang berbeza sekali gus menjelaskan struktur tersebut iaitu:

  1. lintah
  2. suspended
  3. darah beku
LINTAH

Anda tahu bagaimana rupa lintah?

kenapa agaknya perkataan ini di pilih?

Mari kita lihat 2 gambar ini, lihat pada rupa bentuk nya, ia seakan-akan sama. Bukan itu sahaja, lihat pada karakter lintah. Lintah ialah binatang parasit yang menyedut darah. Seperti itu jugalah embryo di dalam perut ibunya. Embryo akan menerima nutrisi, oksigen daripada ibunya. Lebih kurang parasit yang menumpang dan mengambil manfaat daripada yang lain. Subhanallah. Sungguh hebat cara Allah terangkan penciptaanNya.


bersambung....

Friday, June 24, 2011

Hantaran Kahwin

Bismillahirrahmanirrahim..

Seseri

Saya terkenang memori masa lalu..

Waktu itu saya di SESERI. Bagi sesiapa yang seangkatan dengan saya yang mengambil SPM pada tahun yang sama, tentu ingat ayat hafazan dari Surah Al-Mu`minin yang perlu kita hafal.

Saya akan share ayat 12-14 dari surah itu pada post akan datang. Sangat menarik kerana ia sgt berkait rapat dengan apa yang saya pelajari sebagai student medic.

Em, bila dikenang-kenang, jahilnya kita ini, hanya menghafal semata-mata untuk lulus exam tapi tidak pernah mengkaji, memahami, menginsafi maksud ayat yang dihafal itu.

Tragedi 11 Sept

Teringat saya pada kata-kata Dr Danial Zainal Abidin dalam ceramahnya, sejak 11 Sept, iaitu saat fitnah terbesar terhadap Islam bermula di Amerika, beribu-ribu terjemahan Al-Quran dalam bahasa inggeris terjual. Sampaikan SOLD OUT. pelik kan?

sebab apa?

Kerana mereka ni nak tahu, apa sebenarnya ajaran yang di bawa oleh Islam. Adakah ajarannya menyuruh saling berperang? saling mengebom?

Mereka mengkaji Al-Quran untuk kenal apa itu Islam. Sejak dari itu berbelas ribu Non Muslim yang memeluk Islam. Islam berkembang dengan tersangatla pesat di Amerika.

Sebab apa?

Tiada kepincangan di dalam Al-Quran. Subhanallah. Malah terbukti dengan penemuan-penemuan sains. Dan mereka yang memeluk Islam ini bukan calang-calang orang, kebanyakan dari mereka ialah pakar saintis, doktor, segala jenis pakar.

Berbeza sungguh dengan kita

Cuba tanya diri kawan-kawan, berapa lama kita kenal Al-Quran?

Sudah lama kan? Sejak kecil barangkali. Namun, adakah kita menjadi Muslim yang sejati? atau sekadar Islam di IC. Kita Islam kerana Islam Warisan. Begitukah?!

Apa itu Al-Quran

Apa itu Al-Quran pada kaca mata kebanyakan dari kita? Hanya senaskah buku untuk dijadikan hantaran kahwin? Hanya ayat jampi untuk halau jin? hanya ayat yang sedap dilagukan? Hanya perhiasan untuk diletakkan di dinding? Hanya untuk dibacakan saat ada kematian?


Oh, sama sekali tidak!! bukan semata-mata itu. bukan kah Allah sudah tekankan bahawa Al-Quran itu diturunkan sebagai panduan hidup. Ala-ala manual kereta. Kalau nak naik kereta baru, kena baca dulu manual nya.

Begitulah dengan Al-Quran, iaitu manual untuk hidup di dunia.

Firman Allah swt:

Maksudnya:

Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;

(Al-Baqarah:2)

Wallahu`alam

Tuesday, May 17, 2011

ini cerita tentang ibu saya

Post kali ini di dedikasikan buat ibu saya, Pn Latifah Mohd Isa a.k.a ex-pengetua saya..

Ibu saya ni terer memasak. Biasala, bekas guru ERT. Semuanya sedap..Moto ibu yang selalu di sebut-sebut, "memasak ni mudah je, main campak-campak je" tapi kalo saya ikut moto ni, silap-silap makanan tu yang kena campak. Seronok bila terkenang memori pergi bercuti di Cameron, PD, Tanjung Tuan..walaupun pergi bercuti tempat asing, tapi still boleh makan sedap-sedap macam 'steamboat ibu'..

Masakan ibu yang menjadi feveret saya,

Laksa Penang, Pari Masak Asam Pedas, Kentang kicap, sambal udang, Nasi Ayam, Nasi Lemak, bihun sup, sup tulang, Kuzi Ayam, Ayam Percik, Ikan siakap bakar, wah....sedapnya!!!! (lapar..lapar..kan best kalo boleh pos laju semua makanan ini)

Ibu saya jugak 'pendengar' yang baik..

pernah 1 hari, saya bercerita tentang masalah saya dengan penuh perasaan, belum sampai separuh jalan, ibu saya dah tido..hahaha..(sori ibu, cerita ni penting untuk diceritakan)

Macam tu jugak kalo tengok movie feveret ibu, Kabhi Kushi Kabhi Gham..

Walaupun da tengok banyak kali, tapi still ibu tak pernah tengok keseluruhan cerita..sebab, mesti ada part-part yang ibu tertidur..hehe

Ibu jugak boleh dikategorikan makcik siber..
sambil memasak pon boleh ber online..kadang-kadang ayah jeles ibu asyik depan laptop..so, ayah pon apa lagi, amek laptop jugak..sweet kan?

Ibu juga sangat sayang periuk belanga yang ada kat dapur tu..lebih-lebih lagi jenama Vission..kan ibu?

Ibu juga pengetua yang berkaliber..
Bayangkanlah, tengah mamai-mamai baru bangun dari tidur, ibu cakap

"Adik, pergi tutup pagar sekolah.." (haha..sebenarnya ibu maksudkan pagar rumah)

Banyak lagi yang ingin saya kongsikan, tapi cukupla setakat ini..

Untuk ibu,

Terima kasih ibu,
sebab telah melahirkan kite di pagi raya..(dapatlah merasa dua besday, satu 26April satu lagi AidilFitri..hehe)

Terima kasih ibu,
sebab jaga kite dari kecik sampai dah boleh kahwin..(ayat cepumas ni)

Terima kasih ibu,
sebab selalu tolong kite buat kerja sekolah..lebih-lebih lagi folio..(taktik saya: bila dah last minute kerja still tak siap, buat muka nak nangis, confirm ibu akan tolong)

Terima kasih ibu,
sebab selalu masak masakan yang sedap-sedap..(sampaikan boleh buat list nak makan apa kalau balik malaysia)

Terima kasih ibu,
sebab ketawa untuk setiap lawak yang kite buat..

Terima kasih ibu,
sebab sanggup datang menjenguk kite di ceruk Manipal ni..(ibu saya datang Manipal, jangan jeles!!!)

Terima kasih ibu,
kerana memanusiakan kite dengan kasih sayang..

Terima kasih ibu,
Terima kasih atas segalanya....

Sunday, April 10, 2011

Mereka ini...



Mereka ini dulunya sekadar kenalan..
Kini menjadi sahabat akrabku..
Hatiku tersenyum mengenangkan kalian, wahai sahabat-sahabat kusayang..
(wah, jiwangnya..hehe)

Rasulullah s.a.w memberi perumpamaan dengan bersabda: “Sesungguhnya, perumpamaan teman baik dengan teman buruk, seperti penjual minyak wangi dan peniup dandang besi; adapun penjual minyak, maka kamu kemungkinan dia memberimu hadiah atau engkau membeli darinya atau mendapatkan aromanya; dan adapun peniup dandang besi, maka boleh jadi ia akan membakar pakaianmu atau engkau menemukan bau busuk”
(HR Bukhari dan Muslim)

Assalamualaikum..

Walaupun diri ini tersangatlah busy, tapi kerana kebaikan mereka ini, membuatkan saya teringin sangat untuk bercerita tentang mereka..

Individu-individu ini ialah kenalan saya semasa di Seseri dan juga di Intec..
Sekarang kami sama-sama di Manipal.

Ingin sekali saya bercerita tentang mereka, mereka yang membuatkan hidup saya bermakna. Tak mungkin ada gantinya..

Mereka ini sentiasa menghulurkan bantuan..membantu tanpa minta balasan, rela bersusah kerana sahabat..

"Biar fatin hantar kan Adziemah..sian enti penat jalan kaki"

"Tidurlah atas katil aku"(tapi saya tolak pelawaan itu dan tidur di lantai..lebih selesa tidur sebegitu di rumah orang)

"Jom aku hantar hang naik motor.."

"Biar aku yang ambil kan makanan.." <--Ainfa

Yang tak pernah lokek memberi sesuatu..

"Ko pinjam lah buku aku ni"

"Makanlah spageti ni, aku memang buat untuk ko makan"<--syahirah

"Fotostat la nota aku, tak apa"

"Jom datang makan kat rumah akak malam ni"<--kak aisyah

"Makanlah, sori..ada biskut je."(walaupun biskut je, aku still hargai la haziqah, atikah..)

"Nah ambillah past year paper ni, aku dah tak guna"

Mereka ini sentiasa memberi semangat ketika saya lemah..

"Ko janganlah sedih..aku sedih tengok ko sedih."

"Bersabarlah Adziemah, Allah tengah uji hang tu"

"Siannye ko, tak apa lah, jangan sedih k"

Sentiasa mengajak kepada kebaikan..

"Jom solat jemaah, ko imam"

"Jom qiam kat umah akak"

"Jom pergi saturday circle kat masjid Manipal.."<--Sen (BatWomen)

Mereka ini lah yang berjaya membuat hati saya sentiasa bersyukur..dikurnia sahabat sebaik ini

Gusar sekali sekiranya diri ini banyak menyusahkan kalian, andaikata sebegitu, maafkanlah diri ini..

Tak mampu untuk membalasnya, namun ku harap Allah membalas jasa kalian dengan sebaik-baik ganjaran..


Moga kita semua menjadi Doktor Muslim yang disegani bukan hanya kerana skill yang hebat malah yang lebih penting ialah kerana iman bercahaya di dalam diri..


Jazakillah sahabat..

Thursday, March 17, 2011

Rindu Si Dia


Assalamualaikum,

Selepas post sesuatu yang saspen sebelum ini, kali ini saya pilih tajuk yang saspen pula..

Sebenarnye si dia itu bukan orang..

Tapi dia itu merujuk kepada memori..memori indahla kan.. takkan memori yang tak best. Semua orang akan rindu memori yang best-best je.

Apa yang saya rindu tu?

Rindu akan ibu, ayah, adik-beradik, anak sedara yang di Malaysia. (ha, jangan nak perasan lebih-lebih)

Atau ayat mudah nye, home-sick..biasala, baru habis cuti sebulan.

Asalnya saya plan cuti lepas, saya akan study anatomy, biochem, physio.

Tengok video-video ustaz Azhar, blogging dengan artikel-artikel yang bermanfaat. Baca buku-buku sirah sahabat..

Tapi, akhirnye lain daripada yang dirancang.

Moral of the story, buat jadual!!!!!

Cerita nye bermula apabila aisyah al-humairah tak sihat. Jadi banyak perkara tergendala.

Aisyah selalu pengsan-pengsan. Padahal selalu bagi aisyah makan.

So, ayah dengan saya hantar Aisyah ke 'klinik'. Lama, nak dekat habis cuti baru Aisyah di benarkan pulang. Rindu betul dengan Aisyah.

Lupa nak cerita, Aisyah tu bukan anak sedara saya yang Aisyah Solehah tu..tapi Aisyah ni unik.
Dia kecil je..kemerah-merahan kulit dia..cantik, cute..

Berjenama COMPAQ..hehe..

Aisyah al humairah tu nama laptop saya. Kenapa bagi nama kat laptop?

Sebab...ustaz saya pernah cerita, Rasulullah s.a.w suke beri nama pada barang-barang baginda. Contohnya pedang.


*Sekadar gambar hiasan..family Aisyah humaira


Sejak itu, sahabat saya ramai yang beri nama pada laptop mereka. Start dengan saya, Aisyah pun lahir. Kawan saya pula letak nama sahabat rasulullah, Tariq bin Ziyad agaknya..(Sori atikah, tak ingat pula..hehe) Naimah pon join juga. Zulaikha sekali ke? tak ingat la..

Bercerita tentang Aisyah, saya tersangatlah sayang pada dia. Kalau di mana-mana daurah, dia selalu berbakti. Jasa lapto
p ini memang sesuai dengan nama nye.

Seolah-olah dia mengikut jejak Saidatina Aisyah, isteri Rasulullah. Banyak menyumbang kepada Islam..

Jadi, laptop saya menjadi pemangkin untuk saya turut berjuang. Sama-sama menyebarkan Islam! InsyaAllah

Wednesday, March 16, 2011

cita-cita

Assalamualaikum sahabat fillah,

Lama rasanya tak bercurahan dengan idea, jadi, saya tersunyi sekejap...ops, lama sebenarnya.

Topik kali ini ialah...cita-cita ku tertangguh kerana cita-cita ku...

ermmm...bunyi macam sastera kan?

seperti ada mesej tersembunyi..

ermmm...

Friday, January 28, 2011

Betulkah belajar kerana Allah?


Petikan dari sebuah emel sahabat saya....


Ya Allah, bagaimana akan ku jawab di akhirat kelak?
Bahawasanya aku belajar
untuk memenuhi egoku sendiri
yang ingin menjadi pandai
yang ingin berasa hebat dengan keputusan yang cemerlang
dengki dengan keputusan orang lain
susah hati dengan peperiksaan
susah hati dengan keputusan yang mengecewakan
aku menjadi pandai, tetapi aku semakin jauh
gembira apabila keputusan diri lebih bagus dari yang lain
bahkan merasakan diri semakin pandai dengan kehebatan sendiri
dan di sebalik semua kehinaan ini, aku mengatakan
"aku belajar kerana Allah"
Kemudian Nabi Adam menerima dari Tuhannya beberapa kalimah (kata-kata pengakuan taubat yang diamalkannya), lalu Allah menerima taubatnya; sesungguhnya Allah, Dia lah yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani.
2:38

Wednesday, January 5, 2011

Antara dua 'D'



Ada dua 'D' yang silih berganti dalam minda setiap pelajar perubatan terutama di kampus saya.

Iaitu:-

i-Distinction
ii- Doktor

Antara mengejar distinction ataupun doktor.

Kalau dilihatkan keadaan sekarang ini, ramai yang berlumba-lumba untuk mendapatkan distinction iaitu kepujian. Senang cerita, cemerlang dalam peperiksaan.

Tunggang terbalik untuk cemerlang dalam semua subjek..

Persoalannya adakah semua yang dipelajari hanya semata-mata untuk berbangga dengan result itu ataupun seharusnya menjadikan diri kita mantap sebagai seorang Muslim yang bekerja sebagai doktor.

Lecturer kata, ramai student yang distinction tapi not doing well in clinical years.

Sebab itu penting nye niat kita..Belajarlah untuk menjadi doktor yang hebat, indirectly, kita akan mendapat distinction.

Bila difikirkan, kelalaian kita untuk menggunakan masa dengan baik sewaktu menjadi pelajar medic, berkemungkinan menyebabkan pesakit menjadi mangsa..

Sebab apa? Sebab kelalaian kita melengkapkan diri sebagai doktor-Study for the sake of passing the exam.

So, mai pakat usaha jadi doktor Muslim yang hebat dan Muslih.